Rabu, 8 Jun 2011

Di petik dari blog Fitrah Islami Online.


Apabila terjadi krisis maka terjadilah hasil hasil atau kesan darinya.Kalau yang berkrisis itu pembesar pembesar, pemimpin pemimpin, ulama ulama dan cerdik pandai dan melibatkan parti politik dan negara maka huru hara lah masyarakat, kedamaian punah, perpaduan hancur, pentadbiran negara, atau parti tergugat.
Mengapa media suka mendedah kan krisis kepada umum? Jika tidak di dedah tidak lah teruk sangat kesan nya. Tetapi oleh kerana sudah menjadi tradisi manusia lebih lebih lagi orang media suka mengheboh hebohkan yang mungkar dan maksiat hingga ruang ahkbar, tv, majalah dan internet penuh dengan cerita cerita tersebut maka terjadilah apa yang patut terjadi.

Antara kesan kesan buruk berkrisis ialah:

  1. Menebalkan sikap menyangka nyaka dan buruk sangka di kalangan orang yang berkrisis dan rakyat yang mengikuti perkembangan nya.Ini akan membawa kepada persengketaan yang kian parah dan tuduh menuduh yang bukan bukan dan ada kala tuduh menuduh yang tidak masuk akal. Sebab itu Allah berpesan, yang maksudnya: "Wahai orang orang yang beriman jauhilah kebanyakkan dari sangka buruk, sesungguhnya sebahagian dari sangka buruk itu adalah berdosa....." (Al Hujuraat: 12)
  2. Apabila berkrisis tentulah saling kata mengata. Habis kekurangan dan kelemahan lawan didedahkan dan ini akan menyebabkan pengikut atau penyokong hilang kepercayaan pada pemimpin yang kena tuduh. Maka bermulalah detik detik kejatuhan dan kegagalan bagi pemimpin itu.
  3. Kalau pemimpin berkrisis penyokong atau pengikut pun apa lagi.Lebih lebih lagi penyokong fanatik dan yang pak turut.Krisis menghilangkan rasa kasih sayang, persaudaraan dan perpaduan. Apa yang kita lihat masing masing memikirkan bagaimana untuk jatuhkan lawan hingga akhirnya rakyat jadi kacau bilau dan pecah belah.Kesan daripadanya para pelabur asing tidak akan melabur lagi di negara ini. Ini kalau berlaku akan mengancam pembangunan dan ekonomi negara.
  4. Bila terjadi krisis dalam satu parti atau negara maka bersoraklah mereka mereka yang memusuhi parti atau negara itu. Usaha mereka untuk menjatuhkan parti atau negara itu rasa terbantu.Musuh selalunya akan gunakan salah satu puak yang yang berkrisis untuk jatuhkan puak satu lagi. Demikian lah krisis memberi kesempatan yang besar untuk menjahanamkan seseorang pemimpin,sesebuah parti atau negara itu di tangan musuh.
  5. Nasib pemimpin pemimpin yang kalah dalam krisis selalunya malang.Mereka akan terpencil dari rakyat dan tidak akan di pilih dalam pilihanraya nanti.


Berkrisis atau bermujadalah walaupun kecil apalagi taraf antarabangsa tidak pernah membawa kebaikan.Pihak yang menang akan sombong, ujub dan bertindak kejam terhadap lawan. Sebaliknya yang kalah rasa kecewa dan selalunya cari jalan untuk membalas dendam dengan cara di luar perikemanusiaan. Kes bunuh dan lain lain jenayah yang banyak berlaku kini sebahagian besar adalah hasil dari kekalahan dalam pergelutan merebut kuasa dan kepentingan duniawi.

Tiada orang berkata krisis adalah baik kecuali orang itu sendiri berhajat sangat untuk cari sesuatu kepentingan dari krisis itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan