Isnin, 13 Jun 2011

Kesan Radiasi Komputer..

Kawan aku, doktor yang aku ceghiter pade n3 aku yang lepaih kate,
"Ce kamu ambik mende ni ...


mende ni pun bulih juge to Mad...

Haaa.. pah tu kamu letok depan sekerin laptop kamu tu..
Kajian saintis di Chine nu kabo.. due mende ni bulih menyerap kesan
radiasi daripade komputer melebihi 50%..
Jadi, kesan radiasi yang aku labun haghi tu bulih la kabe(cover la tuh..!) sesikit yak..".
Ghope itu lebih kughang labun die. Aku tukang angguk je kome.. hihihi..
kome idok ke ghase nok nerey hahh ?

Cerita tentang radiasi komputer yang aku dapat daripada google :

Bagi mereka yang sering dan seharian menggunakan komputer, tentunya akan merasa letih dan jemu di depan komputer. Ini disebabkan skrin komputer, cpu atau laptop mengeluarkan radiasi yang menyebabkan mata berair dan mengakibatkan penyakit mata.

Selain bahaya pada mata, kesan radiasi tersebut juga dapat menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan mental, fizikal juga emosi. Tanpa kita sedari sedikit demi sedikit kesihatan kita terjejas akibat terdedah secara berterusan kepada peralatan canggih seperti ini kesan daripada radiasi atau pancaran.

Kajian menunjukkan monitor komputer sebagai sumber radiasi elektrik dan magnetik (elektromagnetik) yang agak kuat. Pendedahan yang berterusan kepada pancaran ini boleh meningkatkan risiko keguguran, kecacatan bayi, beberapa jenis kanser, leukemia dan lain-lain penyakit. Walaupun bukti kukuh masih belum dijumpai, tetapi tetap dilihat ada kaitannya. Dari segi emosi, seseorang yang terdedah secara berterusan pada radiasi atau sinaran akan mengalami simtom-simtom ketidakstabilan emosi seperti panas baran (cepat marah), keliru, cemas, tidak tenteram dan sebagainya.
(sumber)

Berikut merupakan beberapa tips dan cara menghindari dari beberapa bahaya dari pemakaian komputer :

1- Langkah pertama dalam mencegah dan mengurangkan radiasi komputer adalah memakan makanan kaya dengan vitamin A dan C. Ini termasuk makanan seperti epal, tomato, lobak, dan ceri. Vitamin ini dapat membantu mengurangkan kesan berbahaya dari radiasi komputer.

2- Telah diketahui bahawa paparan komputer jenis tertentu memancarkan zat karsinogenik yang sangat berbahaya bagi kesihatan anda. Sebuah cara untuk mengurangkan ini adalah dengan meletakkan komputer anda berdekatan kipas angin atau pendingin.

3-Jarak untuk anda duduk dan bersantai mestilah anggaran jauh dari hadapan komputer kecuali di belakang komputer

4-Gunakan komputer model baru. Jenis komputer model lama mempunyai radiasi yang banyak dari komputer baru.

5-Gunakan filter komputer yang boleh dibeli di kedai-kedai.

6-Memandangkan radiasi komputer juga boleh memberi kesan kepada kulit anda. Anda juga boleh memakai facial mask untuk menlindungi kulit anda dari rays. Selesai siap anda boleh membasuh kembali kerana bahan electromagnetic partikel mungkin akan melekat di facial mask anda itu.

7-Akhir sekali anda boleh meletakkan tumbuhan yang boleh menyerap radiasi berdekatan komputer/laptop anda untuk mengurangkan komputer radiasi. Contohnya meletakkan pokok kaktus boleh menolong meresap sebahagian radiasi yang x elok.(sumber)
Yang ni macam biasa sangat kan ?
  1. Jarak minimum antara mata dan skrin komputer adalah 45 cm.
  2. Letakkan keyboard dalam kedudukan yang tepat, agar anda tidak membongkok akibat lama memakai komputer.
  3. Skrin monitor sebaiknya bertentangan dengan mata.
  4. Jangan menggunakan lampu tidur atau lampu malap untuk menyinari ruangan tempat anda bekerja. Gunakan lampu kalimantang yang dapat menerangi ruangan dengan rata.
  5. Pasanglah filter di depan skrin monitor untuk mencegah kesan radiasi.
  6. Sekali sekala , alihkan pandangan anda dari skrin monitor agar mata anda tidak penat
  7. Jika anda sudah di depan komputer selama satu jam, berehatlah lebih kurang 15 minit untuk mencegah rasa letih pada tubuh anda.
  8. Letakkan kaki anda sebaik mungkin, dengan meluruskan kaki agar tidak letih. Sekali sekala berdirilah untuk meluruskan punggung Anda.
  9. Duduklah dalam keadaan tegak untuk menghindari tulang punggung membengkok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan