Khamis, 16 Jun 2011

10 Serangan yang telah dilakukan oleh ANONYMOUS hackers kelas dunia di beberapa negara

anonymous

HHRS 2.0 - Anonymous tidak memiliki struktur organisasi dan tidak ada jurucakap. Tapi mereka memiliki beberapa disiplin kolektif. Secara kasar, Anonymous adalah tidak ada. Mereka tidak mempunyai anggota tetap. - Gregg Housh pakar keselamatan internet.

Anonymous adalah jamaah-legion hacker kelas dunia. CNN menobatkan mereka sebagi pengganti Wikileaks. Target operasi Anonymous sudah dijadualkan dalam komuniti forum yang merangkumi seluruh alam maya, namun sasarannya adalah isu-isu kelas tinggi dunia (misalnya Revolusi Arab, Church of Sciencetology, perbankan dunia), mungkin kerana sasaran mereka adalah turut serta mengubah dunia melalui jejaring sosial dunia maya. Biasanya bentuk serangan adalah distributed denial of service (DDoS).


1. Anonymous mengaku bertanggungjawab untuk mematikan atau mengganggu laman MasterCard, Visa, dan PayPal. Serangan terjadi menyusul penangkapan pemimpin Wikileaks Julian Assange.

2. Melancarkan serangan terhadap laman-laman Gereja Scientology.

3. Melancarkan serangan terhadap Motion Picture Association of America.

4. Melancarkan serangan terhadap Persatuan Industri Rakaman Amerika.

5. Anonymous dituduh dalang serangan cyber yang mengakibatkan kebocoran berjuta-juta akaun PlayStation Network (PSN) serta Sony Online Entertainment tetapi Anonymous menjelaskan mereka tidak bertanggungjawab terhadap serangan tersebut.

[Image: zimbabwe-defacement.jpg?w=640]

6. Melancarkan serangan terhadap laman web Zimbabwe.

7. Melancarkan serangan terhadap laman web Amazon yang menyebabkan kegagalan untuk diakses dibahagian negara eropah.

8. Sekumpulan pengodam yang menamakan diri mereka Anonymous telah menyerang laman web rasmi PM Australia Kevin Rudd.

7. Melancarkan serangan terhadap laman web kerajaan Sweden.

8. Melancarkan serangan terhadap beberapa laman web milik kerajaan Turki beberapa hari sebelum 12 Jun 2011 iaitu pemilihan Parlimen.

9. Iran juga pernah menjadi sasaran Anonymous, di mana 10000 e-mel berjaya dicuri dan kawalan terhadap pelayan tempat halaman Menteri Luar Negeri Iran berjaya diambil alih.

10. Pernah melancarkan serangan terhadap laman web Kementerian Maklumat Mesir dan laman web Parti Nasional Demokrat yang merupakan parti Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan