Ramai Pengantin perempuan di import dari Albania
Khamis, May 12, 2011Perempuan Albania
Penduduk di kebanyakan di bandar bandar kecil Serbia sudah mengalami kesusutan perkembangan nya, jumlah angka kelahiran semakin rendah kata ketua bahagian perangkaan penduduk, Dragan Vukmirovic baru baru ini.
Begitu juga dengan jumlah kepadatan penduduk bagi kaum perempuan. Kepadatan penduduk Serbia sekarang Cuma 7.3 juta orang dan dianggarkan 200 ribu berkurangan jika dibandingkan 10 tahu lalu. Jumlah ini agak berkurangan, tambah nya lagi.
Banyak kampong kampong sekarang dinegara itu mula menjadi sepi dan hanya 1.4 peratus jumlah kelahiran. Ramai dari mereka berpindah kebandar bandar besar. Hanya bagi Bandar Beograd kadar pertumbuhan agak melonjak. Apatah lagi Negara itu baru saja mengalami dan berada dalam kancah peperangan.
Begitu juga bagi Perempuan perempuan muda, mereka lebih banyak meninggalkan kampong pendalaman untuk berpindah ke kota besar jika dibandingkan dengan lelaki, mengikut kajian statistik. Kecenderungan perpindahan tersebut menyebabkan lelaki Serbia selatan dan kampong kampong kecil mula beralih arah untuk "mengimport" gadis gadis dan perempuan dari Albania untuk dikahwini nya, kata ketua organisasi kemanusiaan Stara Raska Ceda Vucicevic kepada wartawan. – matjejakrasul /komp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan