Isnin, 9 Mei 2011

Arab Saudi Nafi Air zam-zam Tercemar

6 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -



JEDDAH: Arab Saudi menafikan laporan stesen penyiaran BBC mendakwa telaga zamzam di Makkah tercemar dan peminumnya boleh mendapat kanser.

Presiden Pusat Kajian Geologi Arab Saudi, Zuhair Nawab, berkata semua langkah perlu diambil bagi memastikan telaga dan air zamzam itu sentiasa selamat.

“Agensi ini bertanggungjawab memantau kualiti air yang penting bukan saja kepada Arab Saudi, malah kepada umat Islam sedunia.

“Pemantauan dilakukan setiap hari dengan mengambil tiga sampel untuk diuji dan setakat ini tiada pencemaran dikesan,” katanya, semalam.

Sebelum ini, BBC mendakwa ujian terhadap contoh dari pili zamzam di Makkah serta air yang dijual dalam botol menunjukkan kandungan nitrat tinggi, bakteria berbahaya dan kandungan arsenik tiga kali lebih tinggi berbanding yang dibenarkan.

Kata Zuhair, proses membotolkan air zamzam dibuat secara moden.

“Bahan cemar mungkin ditemui ketika ia diedar semula dalam botol lebih kecil oleh individu tertentu,” katanya.

AN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan