Pasukan Elite Laut Angin & Tanah si-pembunuh Osama
Navy SEAL adalah sebuah pasukan special dari angkatan Laut Amerika. Ia juga dikenali sebagai Pasukan Enam (Team Six) pasukan ini di rekrut hanya dari anggota SEAL sahaja. SEAL yg bermaksud SE= Laut, A= Air dan L= Land atau tanah. Laut, Udara& Tanah.
Anggota ini disifatkan sebagai sebuah pasukat elite, yg terbaik diantara yg terbaik, dan team inilah yg membunuh tokoh yg digeruni lawan, Osama Laden.
24 anggota ini dibawa dengan helicopter khusus untuk menggempur komplek kediaman Osama bin Laden setelah dirisik sejak ogos tahun lalu. Pasukan Team Six ini yg berpangkalan di Dam Neck, dekat Virginia Beach di Virginia. Team ini salah satu team yg dirahsiakan dalam banyak segi.
Tak seorang pun yg boleh menganggotai pasukanTeam Six ini kecuali anggota dari SEAL itu sendiri. Pasukan komando ini namakan SEAL @ Laut, Udara dan Tanah kerana kemampuan mereka beroperasi dalam apa saja bentuk keadaan mukabumi baik di laut, udara, maupun darat. Sebab itu pasukan ini ditugaskan untuk menghadapi Osama bin Laden.
Pasukan khas yang diilhamkan selepas perang di Vietnam ini kini di anggotai 6.500 tentera terpilih, yang 2.000 diantaranya amat aktif dalam tugas-tugas operasi khusus diwaktu waktu tertentu.
Seperti juga dengan pasukan komando Angkatan Darat AS -Delta Force yg identiti para anggota Team Enam SEAL sangat dijaga rahsia nya. Unit ini benar-benar diselubungi kerahsiaan.
Pasukan elite ini ditubuhkan setelah operasi menyelamat tawanan Amerika Syarikat yang gagal di Iran pada 1980.
Pada 1987, nama kesatuan khusus ini diubah menjadi Naval Special Warfare Development Group, dan bermula Sejak 2001, Team Six terlibat dalam perburuan beberapa operasi paling ‘berharga’ di Afghanistan dan Iraq.
Namun begitu ramai juga anggota SEAL terbunuh dalam rangkaian operasi rahsia di Afghanistan. Identiti mereka yang terkorban memang maklumkankan, tetapi sebab sebab kematian mereka selalunya ditutup dan dialehkan ke cerita lain, bahkan seringkali dikatakan kematian mereka semasa latihan. – m’cahaya/telegraph.co.uk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan