Rabu, 11 Mei 2011


Otai Poligami Salih Yaacob Kahwini Emi Selepas Aidilfitri

12 May 2011

Bukan alang-alang yang sukakan idung Salih!!!
Otai Poligami Salih Yaacob bukan bercakap kosong. Walaupun dah 50 tahun, dia bakal memenuhkan kuotanya dengan gadis yang mahu kenali sebagai Emi, 24 tahun. Kuota terakhir, mengancam abis!!!
Majlis perkahwinan Salih-Emi dijangka berlangsung selepas Aidilfitri. Salih sibuk menguruskan kerjayanya ketika ini selain mahu menyelesaikan beberapa urusan mahkamah berkaitan urusan kebenaran berpoligami. Kalau tak sibuk hujung bulan ini pun jadi tu....
Penuntut sarjana bidang pengangkutan di sebuah institusi pengajian tinggi berkata dia tertarik dengan hidung Salih selain memenuhi kriteria lelaki pilihannya.
“Abang (Salih) comel, saya paling suka hidung dia yang mancung kerana itu juga kriteria lelaki idaman saya,” katanya.
Menurut Emi, walaupun hidung Salih menjadi antara tarikan padanya, namun dia tidak menetapkan kelebihan fizikal sebagai teras utama memilih suami sebaliknya keikhlasan dan sifat dalaman seseorang lelaki yang sentiasa diberi keutamaan dalam melayari bahtera rumah tangga.
“Rupa paras perkara kedua, bagi saya yang lebih penting sifat dalaman yang ada pada diri bakal suami dan saya nampak ciri-ciri itu pada abang, malah dia banyak mengajar dan membentuk saya menjadi insan baik dalam mendepani perjalanan hidup.
Mereka yang terasa nak berbini lebih, berhenti sekejap, pegang hidung, tilik betul-betul adakah hidung itu melayakkannya berbini lagi.
Bukannya apa takut-takut hidung tak mancung, hanya pipi tersorong-sorong!! Alahai idung....bertuah badan!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan