26 Penunjuk Perasaan Ditembak Mati Di Syria
07 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -
DAMSYIK 7 MEI : Anggota keselamatan Syria dilaporkan menembak mati sekurang-kurangnya 26 penunjuk perasaan yang mengambil bahagian dalam demonstrasi sempena 'Hari Penentangan' bagi menggulingkan rejim Presiden, Bashar al-Assad, semalam.
Pada masa sama, kumpulan bersenjata dilaporkan membunuh soerang pegawai dan empat anggota polis ketika tunjuk perasaan itu berlangsung. Di Brussels, Kesatuan Eropah (EU) bersetuju untuk menguatkuasakan sekatan terhadap Syaria selepas 13 pegawai negara itu terbabit dalam serangan kejam ke atas penunjuk perasaan sebelum ini.
EU juga sedang berbincang untuk mengheret Assad dalam perkara itu, menurut diplomat hari ini.
Kumpulan hak asasi Syria, Insan berkata angka kematian semalam mencecah 26 orang dan jumlahnya dijangka bertambah lagi.
Satu lagi kumpulan hak asasi, Najati Tayara, berkata anggota keselamatan Syria dilihat melepaskan tembakan bagi menghalang penunjuk perasaan selepas solat Jumaat di tengah bandar raya berkenaan dengan lapan terbunuh manakala beberapa lagi cedera parah. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan