Jumaat, 6 Mei 2011

Ikan Paus Gergasi Jinak di Lagun Mexico

7 MEI 2011



SEBUAH bot pelancong mendekati seekor ikan paus gergasi di lagun San Ignacio, Mexico baru-baru ini.

BANDAR RAYA MEXICO - Para pelancong kini boleh melihat beberapa ekor ikan paus kelabu gergasi seberat 40 tan di barat pantai Mexico, lapor sebuah akhbar semalam.

Sejumlah pelancong dari seluruh dunia bermain dengan sekumpulan keluarga ikan paus tersebut yang tinggal di lagun San Ignacio, Mexico dengan menyentuh lidah dan menggosok badan haiwan tersebut.

Seorang ahli zoologi Mark Carwardine berkata: "Jika anda tidak menggaru dan mengeletek haiwan itu, kumpulan ikan paus tersebut akan mencari sebuah bot lain yang membawa pelancong untuk berbuat demikian."

Pihak berkuasa Mexico menetapkan kawasan yang boleh dilalui bot pelancong untuk melihat ikan paus tersebut yang sebahagian haiwan berkenaan sepanjang 13.71 meter..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan