Selasa, 31 Mei 2011

Perkahwinan ke4 Saleh Yaakob Meriah(Tahniah)

31 May 2011

SALIH bersama isteri keempatnya Samihah selepas majlis akad nikah di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, Johor, semalam.
Sumber gambar dari SinarFm


[BH] KULAIJAYA: Pelajar sebuah universiti tempatan, Samihah Sheikh Ali, 25, semalam selamat diijabkabulkan sebagai isteri keempat pengacara dan pelawak, Salih Yaacob di Masjid Jamek Kulaijaya, di sini.

Salih disahkan menjadi suami Samihah atau lebih mesra dengan panggilan Emi, gadis kelahiran Mersing dengan dua kali lafaz nikah di depan jurunikah, Mohd Fahmi Samad.
Emi pelajar jurusan pengangkutan menerima wang hantaran RM25,000 dan mas kahwin RM23. Sebagai tanda pernikahan itu, Salih turut menyarungkan cincin emas ke jari manis Emi di depan kira-kira 100 saudara mara isterinya. Turut hadir menyerikan majlis itu ibu Salih, Zainun Mat Sidi, 75.
Bila ditanya ke mana nak pergi honeymoon, Salih jawab:

"Pergi China. Semua pergi. Kebetulan cuti sekolah."

Ditanya lagi:semua?

"Ya, semua isteri saya pergi sekali."
-----------------------------------
Dari situ kita dah dapat agak formula apa yang Saleh Yaakob guna untuk tambat hati isteri-isterinya,
Keadilan..
Nabi Muhammad dilindungi sahabat

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

PASUKAN tentera Islam yang mendengar teriakan Ibnu Qam'ah bahawa Rasulullah
telah terbunuh benar-benar menyangka baginda syahid sehingga menyebabkan keadaan
jadi bertambah huru-hara.

Ini menyebabkan tentera Islam ketika itu dikatakan berpecah kepada tiga kumpulan
yang menyebabkan kedudukan mereka menjadi semakin goyah.

Satu kumpulan mahu melarikan diri ke Madinah bagi menyelamatkan diri tanpa
menghiraukan orang lain dan hanya mahu menunggu agar perang selesai.

Golongan ini terdiri daripada Walid bin Uqbah, Karijah bin Zaid dan Rifaah bin
Ma'la.

Golongan kedua masih mahu bertempur dengan hebat dan bersemangat tinggi tanpa
menghiraukan apa yang berlaku sama ada benar-benar baginda Rasulullah syahid
mahupun tidak.

Ini kerana yang penting kemenangan kepada pasukan Islam.

Salah seorang daripada mereka, Tsabit bin Dahdah mengingatkan anggota tentera
Islam dengan berkata: "Wahai kawan-kawanku kalangan Ansar! Sekiranya benar
Muhammad sudah syahid, biarlah baginda syahid kerana Allah sahaja yang tidak
akan mati buat selama-lamanya.

"Oleh itu berpeganglah kamu kepada agama kamu dengan kukuh dan kuat apatah lagi
di medan perang ini.

"Allah sendirilah akan menolong dan memberikan kemenangan kepada kamu!"

Peringatan oleh Tsabiy ini sangat besar pengaruhnya kepada para tentera Muslimin
yang tidak dinafikan ramai yang berada dalam keadaan bingung ketika itu.

Namun setelah mendengarkan kata-kata daripada Tsabit itu walaupun Tsabit
bukannya kalangan pemimpin atau sahabat besar, ia berjaya membentuk kembali
semangat juang yang tinggi untuk tentera Islam meneruskan peperangan dan cuba
mengalahkan tentera Musyrikin.

Sementara golongan ketiga terdiri daripada 46 para sahabat dan panglima-panglima
perang yang tetap teguh berada di sekeliling baginda Rasulullah.

Hanya mereka sahaja yang mengetahui keadaan dan kedudukan Rasulullah yang
sebenarnya masih hidup. Golongan ini terus mempertahan dan melindungi baginda
kerana itu lebih penting daripada segala-galanya.

Mereka membalas setiap serangan yang dilakukan terhadap baginda.

Kumpulan itu terdiri daripada Abu Bakar As Siddiq, Umar bin Al Khattab, Ali bin
Abi Talib, Abdurrahman bin Auf, Zubair bin Al Awwam, Saad bin Abi Waqqas dan Abu
Ubaidah bin Jarrah. Mereka terdiri daripada golongan Muhajirin.

Sementara golongan Ansar yang mengelilingi untuk mempertahankan Rasulullah
terdiri daripada Abu Dujanah, Al Hubab bin Mundzir, Ashim bin Tsabit, Al Harits
bin Shammah, Sahal bin Hanif, Saad bin Muaz dan Usaid bin Hudhair.

Namun dikatakan terdapat golongan keempat di saat-saat kedudukan tentera Islam
mulai goyah.

Golongan itu ialah kaum wanita yang pada awalnya tidak ikut serta dalam pasukan
tentera Islam. Tetapi apabila mereka mendapat tahu berita mengenai kematian
Rasulullah dan begitu ramai tentera Islam yang terkorban, mereka bergegas ke
medan Uhud.

Kaum wanita itu diketuai oleh Ummul Mukminin sendiri, Saidatina Siti Aishah dan
rakan-rakannya yang lain iaitu terdiri daripada Nusaibah bin Kaab, Rumaisa bin
Milhan dan ramai lagi.

Mereka membawa bersama uncang-uncang berisi air dan ubat-ubatan bagi merawat
tentera-tentera Islam yang tercedera.

Kalangan wanita ini sebenarnya turut terdedah kepada bahaya dan ancaman serangan
dari pihak musuh, sehinggakan dikatakan Nusaibah binti Kaab sendiri mengalami 12
luka di badannya.

Seorang lagi, Ummu Umarah iaitu daripada golongan Ansar, ikut terlibat dalam
pertempuran. Pada awalnya dia hanya menyertai suaminya yang turut berperang bagi
membantu menyediakan air untuk tentera Muslimin.

Namun apabila diketahui pasukan Islam dalam keadaan yang sangat terdesak, dia
pun ikut bertempur melawan musuh dengan gagah berani.

Manakala Ummu Aiman daripada kalangan Muhajirin ikut bertempur melawan musuh
sehingga dapat membunuh seorang askar Musyrikin bernama Hubab bin Arafah.

Walaupun mereka terdiri daripada golongan wanita yang sentiasa dilabel golongan
yang lemah namun mereka tidak berganjak malah turut sama berjuang dengan barisan
tentera lelaki yang lain bagi memastikan kemenangan tetap berpihak kepada Islam.

Falsafah Perlaksanaan Hukum Hudud Dalam Masyarakat

>Hudud

Hukum hudud sumber nya dari Al Quran

Kita amat terkejut kerana ada pula segelintir umat Islam yg menolak terus hukum ALLAH (Hudud) ini tanpa hujah yg berasas. Daripada hujah dan penolakan yg dibuat itu nyata pada kita golongan ini tidak faham tentang Islam, agama yg dipilih untuk dianutinya itu. Mengapa mereka mengaku menganut Islam, tetapi kemudiannya mempertikaikan undang-undang Islam?.

Sepatutnya mereka study dulu Al Quran dan Hadis itu sehingga mereka yakin betul kebenarannya, barulah mengisytiharkan, “Saya orang Islam dan akan membelanya.”

Apa, mereka ingat ALLAH tidak fahamkah masalah-masalah yg bakal berbangkit akibat drp perlaksanaan hudud? Dan kalau ALLAH faham, apakah ALLAH tidak buat jalan keluar untuk masalah tersebut?

Kalau benarlah begitu, ertinya tidak lengkaplah ajaran Islam ini. Sebenarnya kitalah yg tidak faham Islam. Memang, kalau tidak belajar, mana nak faham.

Dalam Islam, sebarang masalah ada jawapannya. Dan logiknya jawapan Islam itu mengatasi semua logik akal yg terfikir oleh manusia. Logik yg ALLAH bekalkan dalam wahyu-Nya terasa luar biasa oleh kita, sebab kita tidak terfikir pun logik itu sebelumnya. Hingga kerana logik Al Quran ini, kita akan kagum dgn Islam dan merasa bertuah kerana kita menjadi penganutnya.Di sini kita dengan izin ALLAH akan cuba menjawab persoalan-persoalan yg berbangkit tentang HUDUD . Ia itu jawapan untuk mereka yg terlau ghairah tapi melulu dan jawapan kpd mereka yang menolak kerana tidak tahu.

Moga-moga kita umat Islam akan mendapat jalan keluar yg paling baik dan tepat ke arah melaksanakan hukum-hukum Islam dalam hidup ini. Semoga dgn itu kita akan selamat di dunia dan Akhirat. Dan moga-moga oarang bukan Islam pun akan menghormati kita kerana mereka dapat melihat kebaikan dan kebenaran hukum Islam ini.

ALLAH SWT, sekalipun telah menetapkan hukum hudud namun Dia tetap seolah-olah mempunyai maksud yang hukum itu bukan untuk menghukum. Tetapi sekadar untuk menakut-nakutkan sahaja. Saya berani berkata begitu kerana melihatkan syarat-syarat untuk terlaksananya sesuatu hukum hudud itu begitu diperketatkan Nya. Hingga hampir-hampir hukum-hukum itu tidak boleh dilaksanakan kerana terlalu ketat syarat-syaratnya.

Untuk membuktikan kenyataan ini, saya suka membawa contoh hukuman hudud yg dikenakan kpd penzina. Yakni kesalahan yg mahkamah tidak boleh terima pemberiaan maaf oleh mana-mana pihak. Kalau sabit kesalahannya, pesalah mesti dihukum.

Sebab penzina bukan saja bersalah dgn manusia tetapi yg lebih berat ia bersalah kepada ALLAH. Jadi walaupun mungkin kedua-dua pihak sama-sama suka melakukan kerja terkutuk itu, namun mereka mesti dihukum. Begitulah ketentuan syariat.

Firman ALLAH:

“Perempuan yg berzina dan laki-laki yg berzina maka deralah tiap-tiap orang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kpd keduanya menegah kamu untuk menjalankan agama ALLAH, jika kamu beriman kpd ALLAH dan hari Akhirat, dan hendaklah (perlaksanakan) hukuman mereka disaksikanoleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”(An Nur: 2)

Tetapi mudahkah untuk menangkap seterusnya menghukum penzina? Saya rasa dgn melihatkan syarat-syaratnya, ia hampir-hampir mustahil boleh berlaku.

Syarat-syarat itu adalah seperti berikut:

1. Hakim mestilah adil dan bertaqwa

2.Mesti ada empat orang saksi lelaki yg adil.Saksi-saksi itu pula tidak mencari-cari,
mengintai-ngintai, tidak berpakat dan tidak merancang antara satu sama lain untuk menyaksikan kejadian terkutuk itu.

Saksi-saksi fasik tidak diterima kesaksiannya. Antara ciri-ciri fasiq ialah berjalan tidak menutup kepala, berjalan tidak berlapik kaki, makan atau minum berdiri atau berjalan, kencing berdiri dan orang yg melazimi duduk-duduk dan makan di kedai sedangkan rumahnya dekat.

Orang-orang ini walaupun tidak melakukan dosa, tetapi dianggap tidak senonoh dan tidak berwibawa. Jadi mereka tidak boleh jadi saksi. Apalagi kalau dia seorang yg melanggar syariat. Selain itu, kesaksian juga tidak diterima dari mereka yg berikut:

  • Orang yg pernah dikenakan hukum hudud qazaf (membuat tuduhan palsu) sama ada telah menjalani hukuman atau belum. Kesaksiannya tidak diterima walaupun dia telah bertaubat.
  • Orang yg murtad
  • Orang buta
  • Orang bisu

3. Saksi-saksi mesti menyaksikan dgn mata kepalanya sendiri akan perlakuan zina itu seperti melihat keris dimasukkan ke sarungnya. Tetapi kalau setakat melihat pasangan berada di dalam satu selimut atau bercium atau berpeluk-pelukan atau bersunyian dalam gelap, kesaksiannya ditolak.

Dengan syarat-syarat tersebut,mudahkah ditangkap seorang penzina untuk dihukum? Kalau saksinya ramai sekalipun senangkah nak cari saksi yg warak dan dapat melihat kejadian itu tepat-tepat.

Namun, Islam mensyaratkan wajib empat orang saksi. Kalau tiga orang saksi sahaja, tidak cukup, maka kes tersebut dibuang.

Kemudian senang kah nak ternampak betul-betul peristiwa ‘keris memasuki sarung itu?Yang mana biasanya hal itu berlaku sangat tertutup dan tersembunyi. Sekiranya saksi tidak dapat membuktikan betul-betul kesaksiannya atau kesaksiannya ditolak kerana dia dianggap fasik, bukan saja tuduhannya ituditolak oleh mahkamah, bahkan saksi berkenaan dianggap orang yg suka membawa fitnah atau suka membuka aib orang.

Maka akan dikenakan hukuman hudud keatasnya dgn hukuman rotan 80 kali. Siapa yg berani untuk senang senang menjadi saksi kpd kes zina, kalau begitulah kemungkinan akibatnya. Dan siapa yg berani untuk mencari-cari kesalahan orang lain untuk dibawa ke mahkamah?

Pendek kata, kes zina ini memang susah untuk dikesan dan dihukum. Dalam sejarah yg kita tahu, terlalu sedikit orang yg kena dihukum kerana zina.Kalau ada pun penzina yg dihukum oleh mahkamah ialah kerana penzina itu sendiri yg menyerah diri dan mengaku salah.

Yakni lelaki dan wanita yg baik tetapi terlajak melakukan maksiat. Kemudian ia menyesal. Akhirnya meminta dirinya agar diazab di dunia supaya selamat dari azab Neraka. Ertinya, pada zaman itu penzina adalah orang baik, yg terlajak oleh dorongan nafsu. Bukannya orang yg sengaja mahu berhibur-hibur dgn zina.

Atau yg mencari makan melalui zina dll. Bukti dia baik ialah dia rela menyerah diri padahal dia boleh lepaskan diri. Tetapi itu tidak dilakukannya kerana dia takut kpd ALLAH- Tuhan yg Maha Melihat dan Maha Mengetahui!

Dalam masyarakat hari ini, hukum hudud tidak sesuai untuk dijalankan. Sekalipun zina berleluasa. Ini disebabkan sukarnya mencari seorang hakim yg adil dan saksi yg warak serta adil. Bila tidak cukup syarat, maka hukuman tidak boleh dijatuhkan. Kiranya kes-kes zina itu walaupun memang berlaku tetapi tidak tersabit kesalahannya, sebab tak cukup syarat, maka penzina-penzina lain akan mengambil kesempatan untuk lebih berani melakukannya.

Kerana peluang untuk lari dari hukuman adalah besar. Sebab itu hukuman ini sebenarnya ALLAH turunkan di waktu masyarakat umum sudah baik-baik belaka. Penjahat-penjahat walaupun ada, hanya sedikit bilangannya. Itupun orang yg sudah baik atau sekurang-kurangnya sudah malu dgn anggota masyarakat umum yg sudah baik. Jadi kalaupun lepas dari kes zina, namun mereka ini sudah cukup malu dan insaf.

Sedangkan masyarakat hari ini, kalau penzina terlepas dari kes zina namun dia bukannya makin insaf, tetapi makin akan jadi berani. Sebab dia tak akan begitu malu pada masyarakat yg memang sama-sama tidak baik. Zina sudah lumrah.Tetapi kalau dia seorang saja yg berzina, orang lain tidak pernah didengar melakukannya, baru dia akan rasa malu, terhina dan tersisih dan insaf.

Mengapa ALLAH ketatkan syarat-syarat ke atas hukum zina? Itu tandanya ALLAH bukan mahu memalukan hamba-hambanya yg bersalah itu.

Sebaliknya ALLAh mahu tutup-tutup kesalahan itu supaya tidak terbuka kpd umum dan supaya pesalah tidak menanggung penderitaan yg menghinakan dari hukuman itu.

ALLAH mahu pesalah terdidik dan bertaubat dari kesalahannya. Yakni, bila sesorang yg melakukan zina itu ditangkap, kemudian dibicarakan, tetapi, oleh kerana syarat-syarat untuk dia disahkan berzina oleh mahkamah tidak cukup, kerana terlalu berat syarat-syaratnya itu, maka sipenzina terlepas dari hukuman.Maka apa yg sepatutnya dirasakan ialah, ALLAH telah melepaskannya dari azab yg mengerikan itu.

Tetapi sengaja ALLAH beri peluang untuk ia hidup lagi atau terlepas dari hidup terseksa. Hatinya tentu akan rasa berterima kasih yg tidak terhingga pada Tuhan Yang Maha Baik itu, lantas ia pun bertaubat dgn sebenar-benar taubat.

Bijaksananya ALLAH mendidik hamba-hamba-Nya secara halus dgn melepaskan penzina dari hukuman. Hingga kerana itu penzina mengalami kesan psikologi yg mendalam. Dia sangat insaf dgn perlindungan dan kasih sayang ALLAH. Sedangkan kalau dia dihukum, kesan tidak begitu dirasakan.

Cuma dia merasa patutlah dia terhukum sebab memang dia bersalah. Hal ini hanya mungkin berlaku pada pesalah yg hatinya sudah pernah tunduk pada kebenaran dan tarbiah. Cuma untuk seketika ia lalai dan terikutkan nafsu. Juga pada hati yg sudah dikepung oleh masyarakat yg soleh dan solehah.

Tetapi dalam masyrakat hari ini, yg hati-hatinya sudah degil dan ingkar, susah untuk insaf dgn didikan halus oleh ALLAH itu. Bahkan kiranya terlepas dari hukuman, mungkin dia rasa satu kemenangan.

Dan peluang untuk mengulangi kesalahan masih terbuka. Sebagai kesimpulannya, saya tegaskan sekali lagi bahawa sesungguhnya hukum hudud yg dikatakan menakutkan itu sebenarnya penuh kasih sayang, pendidikan, kebaikan dan keuntungan bagi masyarakat umum dan juga pada individu pesalah.

Ia sebagai satu kaedah pendidikan yg terakhir kpd sebahagian kecil anggota masyarakat Islam, yg tidak dapat dijinakkan nafsunya oleh dakwah dan tarbiah. Apabila pencuri dan pembunuh dimaafkan di mahkamah dan apabila penzina terlepas dari hukuman kerana syarat-syarat terlalu ketat, maka hal itu akan memberi malu dan menginsafkan pesalah-pesalah. Maka dgn cara itu terbinalah akhirnya sebuah masyarakat idaman yakni:

“Negara yang baik (aman dan makmur) dan Tuhan yang Maha Pengampun (penduduknya mendapat keampunan ALLAH) ( Saba’: Ayat 15)

Perlu diingat sekali lagi, bahawa hukuman ini sekalipun sudah ada dalam AL Quran sejak 1,400 tahun lalu, namun perlaksanaannya hendaklah dibuat sesudah program dakwah dan tarbiah selesai dalam masyarakat. Dan sesudah persediaan-persediaan lain diwujudkan seperti yg telah disusun atur oleh Rasulullah SAW dalam langkah-langkah perjuangannya. Dahulukan soal-soal fardhu ain dan fardhu kifayah yg utama.Ini juga sudah lebih dulu ada dalam Al Quran.

Tertib ini jangan diubah-ubah demi tercapai hasil yg tepat. Bila kerja-kerja berhubung dgn fardhu ain dan fardhu kifayah yg utama selesai dan berhasil, barulah disempurnakan atau dipagari hasil-hasil baik itu dengan hukuman hudud. Segala yang saya bentangkan ini adalah rakaman sejarah.

Dan kalau kita mahu melihatnya dgn mata kepala sendiri, demi keyakinan yg mendalam, tidak cukup dgn cerita dan teori ini. Justeru orang lain pun boleh bercerita dan mencipta teori-teori ilmiah yg belum terbukti.

Maka supaya benar-benar menjadi pengalaman bersama, mari kita cuba laksanakan langkah-langkah perjuangan itu mengikut susun atur yg tertib secara istiqamah, sistematik dan syumul.

Disana nanti baru kita akan faham maksud-maksud tersirat ALLAH, hikmah dan falsafah yg mendalam tentang ajaran-ajaran dan hukum-hukum ALLAH. Tanpa praktik dan pengalaman, kita akan sentiasa berselisih disebabkan pendapat yg berbeza-beza, yg biasanya lahir dari nafsu, syaitan dan kejahilan yg kita pertahankan.

HIKMAH HUDUD

Sejarah telah mebuktikan bahawa hukum HUDUD adalah satu peraturan yg bijaksana, adil, mampu mengawal kebaikan dan telah memberi jalan keluar kpd masalah manusia. Dizaman kegemilangan Islam yg lampau orang kafir pun menerimanya. Bagi orang beriman, hukum HUDUD dirasakan satu anugerah yg mengandungi nikmat. Kerana ia memberi dua faedah yg besar:

1. Ia seolah-olah pagar yg mengawal tanam-tanaman dari serangan binatang-binatang yg hendak memakannya. Yakni HUDUD membersihkan masyarakat drp orang-orang jahat yg mahu mengganggu keselamatan dan kebaikan insaniah dan material yg mereka telah cetuskan.

2. Bagi orang-orang yg melakukan kejahatan sama ada sengaja atau tidak, mereka diberi jalan keluar untuk lepas dari hukuman Akhirat. yang mana dosa yg sudah dihukum di dunia (secara HUDUD) tidak lagi dihukum di Akhirat.

Disinilah menunjukkan betapa pentingnya perlaksanaan hudud didahului dengan kesedaran iman dan kefahaman Islam. Sebagai pagar, maka hukum HUDUD hanya mungkin dilakasanakan setelah segala anak benih kebaikan selesai ditanam dan tumbuh dengan subur didalam masyarakat.Orang tidak pernah buat pagar dulu sebelum benih-benih tanaman ditanam.

Dan lagilah tidak pernah berlaku orang yang buat pagar untuk memagari lalang. Ertinya hukum hudud itu ditegakkan dalam masyarakat yg sudah baik-baik demi mengawal kebaikan drp dirosakkan oleh orang-orang jahat yg sudah tidak
dimakan ajar.

Sebaliknya, kalau hukum hudud ditegakkan dalam masyarkat yg majoriti belum baik, maka fungsinya yg sebenar tidak akan berjalan. Sebaliknya hudud akan jadi ‘bala’ dalam masyarakat, yakni masyarakat akan hiruk pikuk dengan hukum, denda, seksa dan lain-lain yg tidak kenal rehat. Hingga masyarakat itu nampak begitu kejam dan tidak ada kedamaian dan kasih sayang lagi.Pagar hanya tahan mengawal dua tiga ekor lembu tapi kalau sudah beribu-ribu ekor lembu, pagar boleh roboh dibuatnya.Sedang dalam masyarakat yg sudah dididik iman dan taqwa, hukum hudud yg diancamkan itu akan benar-benar memberhentikan maksiat.

Cukuplah sekali tangan seorang pencuri itu dipotong dan dipamerkan untuk diambil pengajaran oleh orang-orang lain, maka hasilnya, tidak berlaku lagi sebarang kecurian dalam masyarakat itu.

Tapi hari ini, masayarakat masih liar, bukan saja tangan dipotong, kalau kepala dipotong pun nescaya tidak membuatkan orang lain “bercuti” dari kejahatan.

Sebaliknya orang-orang jahat itu akan mengejek-ejek mengatakan Islam itu kejam, zalim dll.

ALLAH minta kita lakukan amar makruf dulu kemudian barulah nahi mungkar. Yakni tegakkan kebaikan dulu baru cegah kemungkaran. Bukannya ghairah sangat hendak menghukum penjahat sedangkan usaha-usaha mengajak kebaikan tidak diberi perhatian serius.Hukum hudud yg ALLAH sudah tetapkan dalam AlQuran adalah satu kaedah menghukum yg sungguh tinggi nilai dan hikmahnya. Ia lebih bijak, lebih tepat dan lebih adil dari “hudud-hudud duniawa” yg dicipta oleh manusia.

Contohnya dalam kes curi, ALLAH menetapkan hukumannya iaitu dipotong tangan.Manakala mengikut peraturan manusia, pencuri dihukum penjara atau denda. Mana lebih bijak dan adil? Pencuri yg mencuri kerana sengaja bukannya terpaksa atau terdesak, tidak akan dapat diubat penyakitnya itu hanya dgn penjara atau denda. Bagi pencuri yg pakar, hukuman denda mendorong dia untuk lebih kreatif dan aktif mencuri.Maka akan lebih ramai orang yg diseksanya kerana kehilangan harta. Oleh itu, supaya pencuri benar-benar rasa betapa sakitnya orang-orang yg dicuri hartanya itu, sipencuri mesti disakiti dgn kesakitan yg setimpal. Yakni hilangkan atau ‘curi’ tangannya.

Tetapi ALLAH tidak perintahkan dipotong kaki pencuri, walaupun kaki turut terlibat dalam mencuri. Sebab potong kaki agak keterlaluan, kerana itu mengambil atau menghilangkan kehidupan si pencuri kerana tidak boleh bergerak lagi. Sedangkan akibat mencuri itu bukan sampai orang yg kena curi itu tidak boleh hidup lagi. Demikianlah sukatan hukuman hudud, ia betul-betul setimpal dan berpada dgn kesalahan seseorang. Jelas ini menunjukkan tujuan hudud ialah agar pesalah merasa kesakitan yg seimbang dgn kesalahannya keatas orang lain.

Jangan kita rasa hukuman hudud ini kejam. Sebab hukuman itu sama timbangannya dengan kekejaman yg dilakukan oleh pesalah terhadap orang lain.Demikianlah halnya dengan hukum-hukum yg lain dalam Islam. Sudah ALLAH sukat dan tetapkan dgn jelas dan terperinci. Ia tidak boleh ditukar ganti, dirombak, dipinda dan dipersoalkan. Kita cuma dibenarkan mencari hikmahnya untuk kita lebih yakin dgn hukum ALLAH.

Diantara hukuman-Nya yg telah tetap tidak boleh berubah-ubah lagi ialah

  1. Hukuman pancung kpd orang yg tidak sembahyang tiga waktu berturut-turut tanpa uzur syar’i sesudah dinasihatkan.
  • Hukum qisas iaitu membunuh dibalas bunuh, luka dibalas luka.
  • Hukuman sebat kpd orang yg membuat fitnah
  • Hukuman rotan 100 kali pada penzina yg belum kahwin, direjam sampai mati pada penzina yg sudah kahwin.
    Hukuman rotan 80 kali kpd orang yg menuduh orang berzina tanpa bukti yg cukup.
  • Rotan 80 kali untuk peminum arak

Terhadap kesalahan-kesalahan yg ALLAH tidak tetapkan hukumannya, cuma menyerahkan kpd bijaksana hakim untuk menjatuhkan hukuman agar seimbang dgn

kesalahan, itu dinamakan hukum ta’zir. Yakni pesalah diberi malu. Cara-cara memalukan itu boleh berbeza-beza bergantung kpd siapa pesalah dan apa kesalahan. Hukuman ta’zir yg biasa dilakukan ialah diarak keliling bandar serta diconteng mukanya. Atau dipamerkan, didenda, dikerah kerja berat, dipenjara, diikat ditiang tempat lalu lalang umum dll.

Tujuannya supaya dia benar-benar rasa malu dan terhina sehingga dia serik untuk mengulang kesalahan yg dilakukannya. Perlu diingat bahawa hukuman ini sama hebatnya dgn kesalahan yg dibuat.Jadi tak timbul istilah kejam dsbnya. Pesalah sendiri akan mengaku nanti:

“Beginilah hebatnya kekejaman yg aku lakukan. Dan hukuman di Akhirat lebih dahsyat lagi. Biarlah aku dihukum di dunia.”

Sebenarnya ‘hudud dunia’ ini lebih kejam. Ada orang ditangkap tanpa dibicara. Hukum hudud bukan bermaksud menyeksa.Ia lebih bermaksud untuk mendidik orang-orang yg tidak terdidik dgn nasihat dan tunjuk ajar. Bila ia sakit, malu dan susah, baru dia faham yg sikapnya itu tidak baik dan tidak patut. Baru dia dapat berfikir tentang perasaan dan keperluan orang lain.Sebagaimana dia tidak sanggup disusahkan, dimalukan dan disakiti, begitulah orang lain. Keinsafan ini hanya akan timbul kalau hukuman yg dikenakan benar-benar menyakitkan dan seimbang.

Tidak lebih dan tidak kurang. Kalau kurang, ia tidak menakutkan dan menginsafkan. Kalau lebih, akan jadi zalim dan kejam.Siapakah yg lebih bijak dari ALLAH dalam menetapkan lebih atau kurangnya sesuatu hukuman?

Sedangkan kita hendak menghukum anak yg kita sayangkan itu pun kita tidak pasti apakah hukuman benar-benar boleh menghentikan kejahatannya. Susah kita hendak adil. Apa lagi terhadap orang yg tiada sangkut-paut dgn kita. Kalau begitu, janganlah terlalu berani untuk mempertikaikan ketetapan ALLAH!. Konon bangsa asing akan takut hudud. Inipun satu andaian tanpa asas. Yg lebih banyak salah dari betulnya.

Sebenarnya bangsa asing yg cerdik dan rasional lebih terbuka dalam menerima sesuatu hukuman drp orang Islam yg sudah rosak imannya.Buktinya,orang asing boleh terima hukum penjara, hukum bunuh, hukum sebat, hukum gantung dll yg dibuat di dunia selama ini. Kalau hukum bunuh pun dapat diterima, masakan hukum potong tangan dan rejam ditolak? Sedangkan kebaikan akan dapat dirasai oleh masyarakat lebih besar darinya dari tangan yg dipotong itu.

Bahkan saya yakin orang asing itu pun suka kalau pencuri dari bangsanya yg sudah tidak boleh diubat lagi, dipotong saja tangannya supaya harta mereka tidak dicuri lagi dan kesejahteraan masyrakat terjamin. Dalam sejarah Islam, hukum hudud yg dijalankan tepat mengikut cara dan peraturan yg ditentukan oleh Islam, telah memberi kesan yg sungguh baik.

Yakni sesudah hukuman dijatuhkan kpd pesalah yg menyerah diri, kesalahan yg sama tidak berlaku lagi dalam masyarakat untuk beberapa tahun. Keamanan dan kestabilan dan ketenangan hakiki benar-benar dirasai oleh masyarakat. Inilah berkatnya hukum ALLAH dan sempurnanya peraturan hidup Islam.Tetapi kalau syarat-syarat tidak dipenuhi, tidak melalui tarbiah dan asuhan yg istiqamah, memang ia nampak terlalu berat dan mustahil.

Makan nasi pun kalau tidak ikut peraturan dari awal hingga akhirnya akan menyusahkan kita walaupun lauknya sedap. Demikianlah dgn hukum hudud. Ia jadi rahmat kalau dilakukan ikut caranya. Tetapi akan jadi aneh kalau diletak bukan pada masa dan tempatnya.

Pengertian HUDUD dan TA’ZIR:

HUKUM HUDUD ertinya hukum-hukum yg telah ditetapkan oleh ALLAH dalam AlQuran dan Hadis kadar hukuman-nya (seksaannya) keatas kesalahan-kesalah jenayah tertentu yg tidak boleh manusia mengubah, menokok atau mengurangkannya. Adapun kesalahan-kesalahan jenayah yg ALLAH tetapkan ini adalah tidak banyak. Bukan semua jenis kesalahan jenayah yg manusia lakukan itu ditetapkan bentuk hukumannya oleh ALLAH. Lebih banyak dari jenis-jenis kesalahan itu yg ALLAH serahkan kpd kebijaksanaan tuan hakim untuk menjatuhkan bentuk hukuman.

Dengan syarat pesalah itu dimalukan atau disusahkan sepadan dgn kesalahan yg dilakukannya.Hukum jenis ini dinamakan hukum ta’zir.Bahkan kesalahan-kesalahan yg sudah ditetapkan hukuman itu pun, jika tidak cukup syarat untuk dilaksanakan hudud ke atasnya, maka ia dikenakan hukum ta’zir atau buang kes. Biasanya hukum ta’zir ini lebih ringan dari hukum hudud. Kesalahan yg sama oleh orang yg berbeza mungkin pula bebeza pula hukum ta’zirnya. Sebab taraf dan kedudukan orang tidak sama, jadi cara memberi malu juga tidak sama. Hal inilah yg sangat memerlukan kebijaksanaan hakim. Agar setiap pesalah benar-benar rasa malu terasa atau susah atau sakit sepadan dgn kesalahan supaya dia insaf dan kesal dgn perbuatannya.

Tapi kesalahan-kesalahan jenayah yg dihukum hudud, tidak boleh berbeza-beza hukumannya walaupun siapa pun yg terlibat.Tujuan ALLAH menurunkan hukum hudud dan hukum ta’zir ialah untuk menyelamatkan kebaikan yg telah diusahakan oleh majoriti masyarakat manusia drp diganggu atau dirosakkan oleh segelintir penjahat. Sebab kejahatan tidak dapat dihapuskan 100% melalui ilmu dan pendidikan. Sebahagiannya hanya dapat dibaiki dgn hukuman.

Sebab itu hukuman didatangkan sebagai jalan penyelesaian terakhir kpd segelintir masyarakat. Hukuman-hukuman ALLAH sama ada hudud atau ta’zir, jangan dipandang lahirnya yg menyakitkan.Tetapi lihat kebaikannya yg menyeluruh kpd masyarakat. Sepertilah bila doktor mahu membedah pesakitnya atau mahu potong anggota pesakit yg kencing manis/diabetis, jangan dilihat lahirnya yg menakutkan. Tetapi lihatlah natijah(hasil) baiknya yg penuh keselamatan bagi anggota-anggota yg lain.

PERSOALAN QISAS

Hukuman-hukuman ALLAH sebenarnya mempunyai kebaikan yg cukup banyak.
Lihatlah firman-Nya:

“Sesungguhnya dalam qisas itu ada kehidupan, wahai orang yg mempunyai akal, moga-moga kamu bertaqwa.”
(Al Baqarah:179)

Saya akan cuba mentafsirkan ayat ini dgn menggunakan ilmu yg ALLAH berikan.

Ukuran kadar hukuman yg ALLAH tentukan itu boleh menghidupkan jiwa dan fizikal manusia. Proses terjadi adalah begini: Hidupnya jiwa dan fizikal ialah bilamana seseorang yg telah dijatuhi hukuman tiba-tiba dimaafkan oleh pihak yg menuntut bela itu.
Mulanya pesalah sudah kecewa sekali apabila nyawanya akan hilang atau tangannya akan dipotong.

Waktu itu jiwa sudah mati sebelum fizikalnya betul-betul dipengapakan. Tetapi dalam ajaran Islam, biasanya dan sepatutnya, pihak keluarga yg menuntut bela akan rasa bersalah untuk membenarkan mahkamah benar-benar menjalankan hukum yg berat itu pada pesalah. Kerana orang yg bertaqwa itu sangat suka memberi maaf kerana inginkan keredhaan ALLAH. Walaupun mereka itu juga telah disusahkan oleh pesalah, yg mana pesalah patut juga disusahkan, tetapi si Mukmin tidak punya sifat pendendam. Cukuplah pesalah diseksa dgn pembicaraan dan mendengar hukuman yg berat padanya itu. Itupun sudah menyeksakan. Maka atas pertimbangan itu, pihak yg mendakawa sudah dapat menerima bahawa taqdir yg berlaku adalah ujian ALLAH untuk mereka. Tentuhikmah ALLAH cukup banyak dgn menimpakan kemalangan itu kpd mereka. Kalau mereka membalas dendam, ertinya mereka tidak faham maksud baik ALLAH melalui kesusahan itu. Dan menolak peluang mendapat pahala memaafkan, yg amat besar di sisi ALLAH.

Dengan itu akhirnya, seperti yg selalu terjadi dalam sejarah Islam di zaman salafussoleh, pesalah dimaafkan oleh pihak keluarga yg mendakwa. Dalam Islam, pemberian maaf diiktiraf oleh mahkamah terhadap kesalahan sesama manusia. Yakni hukuman ditarik balik. Kalau kena juga cuma hukuman ta’zir yg agak ringan.

Apabila pesalah mengetahui yg ia diberi maaf oleh orang-orang yg dia telah bersalah, jiwanya yg mati tadi hidup kembali bersama keinsafan yg mendalam. Kalau tadi,dia tidak menangis tetapi seelok dimaafkan pasti dia menangis. Kalau mata tidak berair tetapi hatinya hancur oleh keharuan dan kekesalan.

“Aku telah menzalimi orang-orang yg cukup baik padaku. Aku telah menyeksa mereka tetapi mereka telah memulangkan nyawaku, tanganku dan kehormatanku. Mereka telah membela keluargaku dari kehilangan aku dan akibat-akibatnya. Aku insaf wahai Tuhan. Aku bertaubat dan aku berjanji untuk menyelamatkan orang-orang yg telah menyelamatkan aku ini.”

Demikianlah lebih kurang hati manusia akan berbicara terhadap dirinya disaat-saat ia dilepaskan dari kematian dan kesusahan yg sudah pasti.

Itulah kehidupan yg ALLAH maksudkan. Dan ia bukan khayalan penulis tetapi realiti sejarah yg sering berlaku dikalangan masyarakat Islam dalam melaksanakan hukuman hukuman yg ALLAH tentukan itu. Kisah begini mungkin asing pada pembaca kerana ia hampir tidak pernah berlaku dalam masyarakat kita. Lebih-lebih lagi mahkamah di Malaysia dan di dunia hari ini memang tidak menerima pemberiaan maaf ke atas pesalah. Maka tidak pernah berlakulah pesalah diinsafkan oleh kemaafan pihak yg dia telah bersalah.

Sementelahan pula hari ini mana ada hati yg rela memaafkan kesalahan orang lain. Hati umat Islam sudah dirosakkan oleh sekularisme hingga mereka tidak mahu merebut pahala memberi maaf yg sangat ALLAH anjurkan. Sedangkan hukum hudud yg ALLAH turunkan itu ialah kpd masyarakat yg hatinya sudah cinta Akhirat lebih dari cinta dunia.

Mereka mengharap untung Akhirat lebih dari kepuasan dunia yg sementara itu. Sebab itu bila ada orang bersalah pada mereka, mereka mampu memaafkannya. Hasil dari tu pula pesalah turut diselamatkan dari terus dari jahat. Itulah maksud hudud yg sebenarnya.

Maha bijaknya ALLAH, menyembunyikan hukuman yg begitu besar disebalik kesusahan yg ditentukan-Nya.
Benarlah firman-Nya:

“Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan.” (An Nasyrah:5-6)

Sebaliknya, kiranya pesalah terpaksa menjalani hukumannya pun, kerana tidak dimaafkan, itu tetap membawa kebaikan padanya dunia dan Akhirat.

Di dunia, hukuman itu cukup menghina dan memalukan serta menyeksakannya sehingga ia serik, insaf dan terdidik sepanjang masa. Ukuran seksaan itu cukup-cukup untuk ia terasakan pendidikan itu. Tidak lebih dan tidak kurang. Kalau lebih, dia dihantui oleh rasa tidak puas hati. Kalau kurang, dia masih berani untuk melakukan lagi.Tetapi kalau tepat-tepat betul, dia tidak boleh mengelak dan mengakui kesalahan dirinya.Hatinya akan merintih, ”Sebagaimana terseksa orang lain kerana aku, maka padanlah dgn apa yg ku tanggung ini.”

Kata-kata inilah yg dinanti-nanti oleh ALLAH dari hamba-hamba-Nya melalui hukum hudud itu. Alangkah baiknya ALLAH kerana memberi perhatian kpd hamba-Nya yg bersalah untuk dibaiki-Nya. Jika tidak begitu, sihamba akan dibiarkan untuk hidup dibenci dan mati diseksa. Terima Kasih, Ya ALLAH, kerana kasih sayang-Mu yg mahal itu.

Dalam masa yg sama, hukum hudud yg dijalankan pada seseorang mendidik orang ain agar takut untuk membuat jahat. Mengapa hukum-hukum lain yg bukan hukum hudud hari ini tidak pun membuatkan orang lain takut untuk buat salah? Bahkan makin diketatkan, jenayah dan maksiat makin berleluasa. Kalau begitu apa dalilnya untuk kita mengatakan hudud mampu menakutkan penjahat lain dari membuat kesalahan?
Hujah saya begini:Hukum hudud ALLAH datangkan untuk masyarakat yg majoritinya sudah terdidik dgn dakwah dan tarbiah Islamiyah. Masyarakat yg baik-baik, yg telah mencetuskan bermacam-macam kebaikan dalam masyarakat sama ada tamadun lahir atau tamadun maknawiah seperti iman, ilmu pengetahuan, akhlak dll.

Maka untuk mengawal tamadun ini dari gangguan atau dirosakkan oleh penjahat-penjahat yg masih ada sedikit-sedikit lagi dalam masyarakat sama ada sengaja atau terdorong oleh nafsu, didatangkanlah hukum hudud. Dengan kata lain, hukum hudud datang untuk masyarakat yg sudah baik-baik, yg penjahatnya sudah tidak ramai. Yg peluang-peluang kejahatan juga tidak ada dan penjahat pun sudah tahu bahawa perbuatannya adalah kerja terkutuk. Dalam keadaan ini, bila dilihat saudaranya terhukum teruk akibat kejahatannya, dgn mudah saja menakutkandan menginsafkannya. Hatinya mudah untuk insaf dgn melihat hukuman itu. Akibatnya, masyarakat selamat dari kejahatannya, maka hiduplah jiwa, fikiran dan fizikal mereka.

Manusia boleh terus menyambung hidupnya. Ini satu lagi maksud yg terdapat dalam firman ALLAH di atas.
Tetapi dalam masyarakat hari ini, hukuman apa pun tidak akan membuat penjahat takut dan berhenti dari kerjanya.Sebab penjahat menganggap kerjanya baik untuknya. Dianggap bidang tugas yg patut diusahakan.Kejahatan dianggap baik.Kalau tutup satu pintu darinya, dia akan cari pintu kejahatan yg lain pula. Hatinya sudah cukup rosak.

Sebabnya, disamping tarbiah Islamiah memang tidak pernah didengarnya, dakwah pula disekat-sekat dan dibuat bermusim-musim. Keadaan sekitar juga membantunya. Masyarakat dilihatnya lebih kurang sama saja dgn dia. Masyarakat tidak membuat dia rasa terlalu bersalah. Bahkan kalau dia boleh lepas dari hukuman, itu nasib baik bagi dia.Dilihat ada orang yg bersalah dilepas dari hukuman kerana dia orang besar atau anak orang besar. Maka dendamnya pada ketidakadilan itu membuatkan dia lebih berani dan nekad untuk buat salah lagi. Kalaulah hukum hudud dijalankan dalam masyarakat hari ini, yg majoritinya orang-orang jahat, saya kira dia tidak boleh berfungsi sebagaimana sepatutnya, seperti yg ALLAH maksudkan. Sepertilah kita pukul anak yg tidak sembahyang sebelum mendidiknya. Pukulan itu tidak bernilai jadinya. Bahkan anak itu rasa teraniaya dan ayahnya dikatakan kejam. Orang yg tidak faham pun simpati dgnnya dan turut mengatakan hukuman Islam tidak adil.Kalau begitu, jadikah hukuman itu amal soleh dan membawa kebaikan seperti yg diharapkan?

Lebih-lebih lagi dalam masyarakat hari ini, kalau hukum hudud dijalankan, maka ramailah orang besar-besar dan yg berkuasa yg akan terlepas. Tetapi golongan bawahan yg akan ramai terkena hukuman. Kerana tiada siapa yg hendak melindunginya

Sumber:http://heliconia.wordpress.com/

Isnin, 30 Mei 2011

Ekonomis jangka harga makanan turut naik

Aidila Razak
Mei 30, 11

Harga makanan dijangka meningkat seiring pengumuman kerajaan menaikkan tarif elektrik, kata ketua ekonomis Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng.

Katanya, ini ekoran industri pengeluaran makanan menggunakan sebahagian besar tenaga elektrik.

"Sebanyak 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikan tarif elektrik, tetapi mereka akan menghadapi bebannya apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada pengguna," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Hasil daripada tekanan inflasi, Yeah berkata, kerajaan sebaiknya mengatur pemotongan subsidi untuk barangan yang berbeza-beza, sebagai contoh petrol.

"Sekiranya kerajaan memotong subsidi petrol sekarang, ia akan menyebabkan gegaran berganda kepada pengeluar yang akhirnya memindahkan tekanan itu kepada harga barangan pengguna," katanya.

Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bagi pengguna antara 301kW hingga 1000kW unit, tarifnya dinaikkan daripada 0.1 hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30 bermula 1 Jun.

Yeah berkata, pengumuman hari ini akan memberikan tekanan kepada kumpulan berpendapatan rendah walaupun jumlahnya mungkin kecil.

"Ia mungkin tidak signifikan namum ia menjadi perbelanjaan tambahan untuk golongan miskin dan perlu ditelan," katanya.

Tarif elektrik naik 7.12 peratus, kuat kuasa 1 Jun

PUTRAJAYA, 30 Mei – Tarif elektrik akan mengalami kenaikan sebanyak 7.12 peratus berkuat kuasa I Jun ini.Bagaimanapun ia tidak akan memberi impak ke atas 75 peratus pengguna ... Read More

PENSYARAH OXFORD LEPASAN PONDOK

بسم الله الرحمن الرحيم

Anak Melayu Pertama Menjadi Pensyarah di Universiti Oxford (lepasan dari sistem Pondok)



Siapa kata belajar pondok tak ke mana? Takde masa depan? Yang takde masa depan tu sebab belajar nak sekerat sekerat dah bajet alim dan tanak usaha lebih lagi. Kalau betul2 belajar agama dan jadi ahli dalam bidang agama, takkan susah la, Allah akan pelihara.

Buktinya, anak melayu pertama menjadi menjadi pensyarah di Universiti Oxford ialah bekas lepasan pondok dan terus menambahkan lagi ilmu pengetahuan hingga ke negara orang. Lihatlah video di bawah


Nama beliau Dr Muhammad Afifi al-Akiti
MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM – juga dikenali sebagai Sheikh Afifi – is KFAS Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom, dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.



Dr al-Akiti telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008. Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali (d. 505/1111) – penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan (medieval). Selain itu, terdapat juga tiga siri kajiannya yang diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.

Dr al-Akiti, yang berasal dari Malaysia, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi. Beliau telah menerima [[Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.

Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dr al-Akiti beliau telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam.

Pada tahun 2010, Dr al-Akiti telah dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
Akhir kalam, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Genggam bara api biar menjadi abu. Kalau belajar tu, belajarlah betul2, tak kiralah bidang apa pun skali.
Jangan jadikan ilmu agama penyebab tak dapat kerja dan x berjaya. Tapi salahkan diri sendiri yang tidak betul2 dalam menuntut ilmu agama.http://www.blogger.com/img/blank.gif Sedarlah wahai golongan yang belajar ilmu agama, rezeki itu Allah dah tentukan untuk kita. Tinggal untuk kita usaha. Samalah juga dengan golongan yang belajar ilmu lain juga.

sumber : wikipedia - tenangsudey

Eropah Cemas Sayuran Tercemar

30 Mei 2011



SEBIJI timun yang ditanam di sebuah rumah hijau di Algarrobo Sepanyol.

PRAGUE, Republik Czech — Sejumlah sayuran dari Sepanyol yang disyaki dicemari bakteria yang boleh membawa maut ditarik balik penjualannya di Austria dan Republik Czech bagi mengelak wabak penyakit, lapor pihak berkuasa semalam.

Jangkitan bakteria yang dikenal pasti sebagai E. coli itu telah membunuh sekurang-kurangnya sembilan orang manakala ratusan yang lain di seluruh Eropah mengalami keracunan.

Pihak berkuasa Czech menyatakan, sebanyak 120 timun organik Sepanyol yang disyaki dicemari bakteria itu ditarik semula penjualannya dari pasar raya dan kedai runcit.

Pegawai kesihatan di Austria pula memberitahu, hanya sebilangan jumlah timun yang ditarik balik.

Agensi Kesihatan dan Keselamatan Makanan Austria menjelaskan, pihaknya telah mengeluarkan amaran bahawa pencemaran bakteria itu turut merebak pada tanaman tomato dan terung.

Agensi tersebut mendakwa sejumlah sayuran itu mungkin telah dijual dan meminta orang ramai yang membelinya supaya segera membuang sayuran tersebut.

Di Denmark, seramai lapan orang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan bakteria E. coli.

Timun yang dicemari bakteria itu turut dilaporkan turut dieksport ke Hungary dan Luxembourg untuk dijual.

Dua rumah hijau di Sepanyol didapati menjadi sumber bakteria tersebut merebak.

Negara lain seperti United Kingdom dan Belanda juga dipercayai dijangkiti bakteria tersebut.

Orang ramai yang baru pulang mengunjungi Jerman pula diminta untuk berjumpa dengan doktor jika mereka mengalami cirit birit berdarah..

Rekabentuk jambatan Melaka - Sumatera

30 Mei, 2011


Jambatan Selat Melaka yg menghubungi Pulau Rupat dan seterus nya Sumatera Indonesia, lama cadangan akhir dan dijangka bakal menghubungkan Pulau Rupat, Riau, dengan Melaka, dimaklumkan ukuran panjang nya lebihkurang 48.7 kilometer.

Oleh kerana infrastruktur di Pulau Rupat belum dikaji sepenuhnya, anggaran awal nya akan dibangun pula jalan sepanjang 71.2 km dan jambatan yang menghubungkan Pulau Rupat dengan Pulau Sumatera, sepanjang 8 km.

Sebuah syarikat dari Malaysia, Strait of Malacca Partners Sdn Bhd, membuat rekacipta bentuk jambatan utama Selat Melaka yg bakal dibina 12 km berhampiran dengan Pulau Rupat.

Bahagian jambatan yg berhampiran Pulau Rupat tidak menggunakan tiang, hanya diperkuatkankan dengan kabel-kabel besar, dengan jarak antara tiang penyangga kabel sejauh 4.3 km. Jambatan ini juga akan dibina tinggi nya se hingga 76 meter, bagi kemudahan laluan kapal-kapal tangki dan kargo.

Selat Melaka, merupakan salah satu jalurlaluan tersibuk di Asia Tenggara dan sering menjadi laluan kapal kapal besar yg berat sehingga 300 ribu ton serta selat ini mempunyai kedalaman angaran antara 50- 60 meter.

Rekabentuk jambatan ini dibuat penampilan yg agak menarik dan ekonomis malah ianya dijangkan menarik perhatian kepada para pengguna nya yg dapat menikmati keindahan suasana pandangan laut dihiasai dengan beberapa buah pulau yg terdapat dikawasan sekitar.

Kos pembinaan jambatan ini dijangka menelan belanja sebanyak US$12.75 million dollar termasuk sebatang jalan yg menghubungi Pulau Rapat Indonesia. – by budakrompin & teks dari viva

Jumaat, 27 Mei 2011

OIC bantah resolusi draf PBB kecam Syria

May 28, 2011
Rakyat Syria yang tinggal di Jordan mengambil bahagian dalam demonstrasi anti-Presiden Bashar Al-Assad di luar kedutaan negara itu di Amman 22 Mei lalu. - Foto Reuters
NEW YORK, 28 Mei — Negara-negara Islam yang berpengaruh membantah resolusi, yang sedang dirangka Eropah untuk menggesa Majlis Keselamatan mengecam Syria, sambil menggesa agar satu bahagian berkaitan dengan mereka digugurkan.

Diplomat-diplomat Barat mendakwa aduan daripada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menggambarkan kesukaran yang sedang dilalui kuasa-kuasa Barat ketika mereka bekerja keras untuk membawa bersama Majlis Keselamatan yang sudah pun berbelah bahagi dalam pendirian mengecam Damsyik.

Britain, Perancis, Jerman dan Portugal mengedarkan resolusi yang didraf kepada 15 negara anggota Majlis Keselamatan minggu ini. Negara kuasa veto Rusia dan China serta empat negara bukan tetap melahirkan kebimbangan mengenai draf itu, yang mengecam Syria ekoran tindakan kekerasan berdarah terhadap penunjuk perasaan antikerajaan sejak beberapa bulan lalu.

Duta OIC Ufuk Gokcen menghantar surat kepada Duta Perancis ke PBB Gerard Araud mengadu tentang kandungan dalam draf itu, yang merujuk kepada kenyataan media OIC pada 22 Mei lalu.

Dalam suratnya bertarikh 26 Mei, yang diperoleh Reuters semalam, Gokcen berkata, merujuk kepada kenyataan OIC, yang melahirkan kebimbangan mendalam berkaitan keganasan di Syria dan menggesa pasukan keselamatan mengambil pendirian berkecuali adalah sesuatu yang mengelirukan.

“Rujukan di luar konteks dalam resolusi draf kepada OIC.... kenyataan media adalah (tindakann) tidak berproduktif dan memberi gambaran campur tangan dalam hal ehwal domestik Syria yang juga dialog antara OIC dan salah satu anggota penting,” kata Gokcen.

Beliau meminta Araud, presiden Majlis Keselamatan bulan ini agar mengeluarkan bahagian itu dan mengelak daripada membuat rujukan kepada kenyataan OIC dalam resolusi ke atas Syria.

Draf resolusi itu memasukkan bahagian menyambut baik kebimbangan negara-negara Islam dengan perkembangan di Syria.

“Jelas, OIC tidak mahu ada apa-apa kaitan dengan resolusi,” kata seorang diplomat Barat kepada Reuters. “Mereka tidak mahu bertindak tegas ke atas (Presiden Syria Bashar) al-Assad dalam kes ia akan menjadikan keadaan lebih buruk,” katanya.

Washington dan Kesatuan Eropah sudah pun mengenakan sekatan ke atas Bashar dan beberapa pegawai Syria yang lain.

Diplomat-diplomat Barat juga melahirkan harapan agar Rusia dan China tidak akan memberi undi veto ke atas resolusi itu, yang dijangka akan diundi minggu depan, sebaliknya akan bersikap berkecuali dan membolehkannya diluluskan.

Bagaimanapun Timbalan Menteri Luar Rusia Sergei Ryabkov membayangkan kemungkinan Rusia akan memberi undi veto sambil berkata draf itu tidak kena pada masanya dan membawa kemudaratan.

“Tiada alasan untuk mempertimbangkan isu ini di Majlis Keselamatan PBB. Kami juga tidak akan membaca teks itu,” katanya. — Reuters

Panglima Rom masuk islam dan mati syahid



HHRS 2.0 - Kehebatan tentera Islam pada zaman Rasulullah dicatatkan dalam Peperangan Yarmuk pada tahun ke-13 Hijrah antara tentera Rom dan Islam.

Peperangan itu membuktikan jumlah tentera yang ramai bukan senjata terkuat bagi mengalahkan musuh. Peperangan itu membuktikan keazaman, ketaqwaan dan semangat jitu untuk mempertahankan agama Allah menjadi penentu segala-galanya.

Peperangan Yarmuk tercatat sebagai peristiwa gilang gemilang dalam sejarah Islam. Dalam peperangan pada Jamadilakhir itu, 100,000 tentera Rom kalah kepada tentera Islam yang hanya 30,000 orang.

Panglima Islam terbilang, Khalid Al Walid dan Abu `Ubaidah memimpin pasukan Islam. Kemenangan berpihak kepada tentera Islam.

Ada pandangan yang mengatakan peperangan itu berlaku pada Rejab tahun ke-15 Hijrah.

Di sebalik kemenangan itu, turut tercatat bagaimana Islam begitu menghormati hak musuh. Mereka yang ditawan tidak dilayan seperti musuh atau hamba, sebaliknya hak mereka tidak dicabul.

Pekerti yang ditunjukkan pemimpin dan pengikut Islam itu membuatkan musuh yang menentang Islam menerima agama Allah ini dengan hati reda. Islam jelasnya adalah agama keamanan.

Kisah itu dicatat dalam peristiwa seorang panglima Rom bernama George mendapat petunjuk kepada agama Islam.

Dalam peperangan Yarmuk, George dikisahkan memanggil Khalid Al-Walid. Kedua-dua panglima itu saling mara hingga kepala kuda mereka bersentuhan.

George bertanya: “Wahai Khalid, aku meminta kamu berbicara dengan jujur dan jangan berdusta sedikit pun kerana Tuhan Yang Maha Mulia tidak pernah berdusta.

“Jangan pula kamu menipuku, kerana sesungguhnya orang yang beriman itu tidak akan berdusta di sisi Allah.”

Khalid menjawab: “Tanyalah apa yang ingin engkau tanyakan.”

George berkata: “Apakah Allah menurunkan kepada Rasulnya, Muhammad SAW satu pedang dari langit kemudian diberikannya kepadamu hingga jika kamu gunakan pedang itu untuk berperang, pasti kamu akan menang?”

Jawab Khalid: “Tidak!”

George bertanya lagi: “Apakah sebabnya kamu digelar Saifullah (Pedang Allah)?”

Khalid menjawab: “Ketika Allah mengutus Nabi Muhammad, seluruh kaumnya sangat memusuhinya, termasuk aku. Aku adalah orang yang paling membencinya.

“Selepas Allah memberikan hidayah-Nya kepadaku, maka aku pun masuk Islam. Ketika aku masuk Islam Rasulullah menerimaku dan memberi gelaran kepadaku `Saifullah’ (pedang Allah).”

George bertanya lagi: “Jadi apa tujuan kamu berperang?”

Jelas Khalid: “Kami ingin mengajak kamu bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah.

“Kami juga ingin mengajak kamu untuk mempercayai bahawa segala apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad itu adalah benar.”

George kemudian mengemukakan soalan kepada Khalid: “Apakah hukumannya apabila orang itu tidak mahu menerimanya?”

Balas Khalid: “Hukumannya adalah harus membayar jizyah, maka kami tidak akan memeranginya.”

George berkata: “Bagaimana kalau mereka tidak mahu membayar?”

“Kami akan mengumumkan perang kepadanya,” kata Khalid.

George bertanya: “Bagaimanakah kedudukannya jika orang masuk Islam pada hari ini?”

Khalid menjawab: “Di hadapan Allah, kita akan sama semuanya, baik dia orang yang kuat, orang yang lemah, yang dulu atau yang kemudian masuk Islam.”

George bertanya lagi: “Apakah orang dulu masuk Islam kedudukannya akan sama dengan orang yang baru memeluk Islam?”

Khalid menjawab: “Orang yang datang kemudian akan lebih tinggi kedudukannya daripada orang yang terdahulu kerana kami yang terlebih dulu masuk Islam, menerima Islam ketika Rasulullah masih hidup dan kami dapat menyaksikan turunnya wahyu kepada Baginda.

“Sedangkan, orang yang masuk Islam kemudian, tidak menyaksikan apa-apa yang kami saksikan.

“Oleh itu, sesiapa saja yang memeluk Islam yang datang terakhir, maka dia akan lebih mulia kedudukannya, sebab dia masuk Islam tanpa menyaksikan bukti yang lebih meyakinkannya terlebih dulu.”

George bertanya: “Apakah yang kamu katakan itu benar?”

“Demi Allah, sesungguhnya apa yang aku katakan itu adalah benar,”jawab Khalid.

George berkata: “Kalau begitu aku akan percaya kepada apa yang kamu katakan itu. Mulai saat ini aku bertaubat untuk tidak lagi memusuhi Islam dan aku menyatakan diri masuk ke dalam agama Islam, wahai Khalid tolonglah ajarkan aku mengenai Islam.”

Lalu Khalid membawa George ke dalam khemahnya, kemudian menuangkan air ke dalam timba untuk menyuruh George bersuci dan mengerjakan solat dua rakaat.

Ketika Khalid dan George masuk ke dalam khemah, maka tentera Rom mengadakan serangan besar-besaran terhadap pertahanan umat Islam.

Selepas selesai mengerjakan solat, Khalid, George dan kaum Muslimin lainnya meneruskan peperangan sampai matahari terbenam. Pada saat itu kaum Muslimin mengerjakan solat Zuhur dan Asar dengan isyarat saja.

Dalam pertempuran itu, George yang bergabung dengan barisan kaum Muslimin itu syahid terbunuh.

Allahu a’lam bisshawab.


Keajaiban UNTA


HHRS 2.0 - Ilmu pengetahuan moden mendapati bahawa unta mempunyai kelebihan berbanding haiwan-haiwan yang lain dalam hal kemampuan menjaga kestabilan suhu badan. Unta termasuk haiwan berdarah panas. Ia mempunyai cara tersendiri untuk bertahan dalam keadaan sejuk sejuk. Ketika suhu udara sejuk, pembuluh-pembuluh yang terdapat dalam kulitnya mengecut dan mengecut sehingga kulitnya menjadi sejuk. Dalam keadaan seperti ini, kulit unta berfungsi sebagai isolator hawa panas dalam tubuh tidak keluar. Sehingga, mengelakkan menurunnya suhu di dalam tubuh unta. Akan tetapi, jika selepas itu jika suhu badan unta tetap sejuk maka tubuhnya akan mengiggil hingga suhu tubuhnya kembali hangat.

Berbanding dengan haiwan-haiwan lain, unta memiliki daya tahan tubuh dan kemampuan adaptasi yang sangat tinggi terhadap perubahan suhu yang ekstrem seperti di persekitaran padang pasir. Akibatnya, unta mampu menjangka perubahan suhu yang cukup drastik di dalam tubuhnya. Pada siang hari, tubuh unta menjangka suhu udara yang cenderung panas dengan meningkatkan suhu tubuhnya hingga mencapai 40.5 celcius. Sedangkan, ketika cuaca sejuk unta mengantasipasinya dengan memindahkan panas tubuhnya keluar. Tubuh unta dapat bertahan terhadap perubahan suhu yang berkisar antara 35-40.5 celcius.

Jika kita bandingkan dengan tubuh manusia, maka suhu tubuh manusia dalam keadaan normal adalah 37 darjah celcius. Penurunan atau peningkatan suhu tubuhnya, walaupun sedikit, boleh menjadi penunjuk bahawa orang tersebut sakit. Manusia mungkin akan mati jika suhu tubuhnya seperti suhu badan unta, yang boleh berubah-ubah antara 35-40.5 celcius bergantung suhu hawa sekotar.

Disamping itu semua, tubuh unta masih banyak menyimpan misteri yang hingga saat ini belum dapat diungkapkan oleh ilmu pengetahuan moden. Ada beberapa rahsia yang telah didedahkan tetapi belum dapat dijelaskan. Misalnya, mengapa sel-sel darah merah (erythrocyte) unta dan Lama berbentuk rawak (tidak beraturan), tidak berbentuk bulat seperti yang dimiliki haiwan-haiwan lain? Hingga saat ini belum ada seorang pun yang mengetahui jawapannya. Ini semua menunjukkan mukjizat saintifik dalam ayat-ayat al-Quran. (diterjemah dari alsofwah)

Mesti Percaya: Siapakah Orangnya Yang Menemani Anda Di Dalam Kubur.

Assalamualaikum Wbr.

Jika kamu ada lebihan harta...gunakanlah hartamu ke jalan ketakwaan.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.' (Jaminan daripada Al-Quran kepada Sesiapa Yang membacanya)


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) berkata: 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Jaminan yang tak mungkin anda semua mahu lepaskan. Atas alasan apa anda semua mahu lepaskan peluang ini. Siapakah penolong anda di dalam kubur nanti.? Jawapannya ada di atas. Rebutlah peluang ini. Dunia hanya sementara...Akhirat jua kekal abadi.
Jangan bergantung harap pada anakmu....anakmu berdoa semasa umurnya sahaja...(itu pun jika ianya soleh) selepas itu....cucu ???....nama kita tiada akan disebut lagi di dalam doa-doa mereka ketika generasi cucu. (kerana cucu akan menyebut nama ibu bapanya bukan datuknya) Siapakah yang akan membantu kita selepas waktu itu sehingga sampai ke hari kiamat...?

Semoga Allah memberi hidayah kepada diriku dan dirimu. aameen.