Peureulak Pusat Peradaban Terawal Islam di Nusantara
oleh Dr.Roslan Mohd.Nor http://iroslan.blogspot.com/ Alhamdulillah, selesai sudah Seminar Internasional Peureulak Sebagai Pusat Peradaban Terawal di Asia Tenggara yang berlansung pada 30 Oktober 201o di IAIN al-Raniry, Banda Aceh. Seminar ini mendapat sambutan yang hangat. Menurut ketua panitia yang memberikan laporan sewaktu acara bermula, kapasiti untuk mengikuti seminar ini penuh setelah hanya 3 hari ia diiklankan. Tempat yang disediakan kira-kira 200 sahaja kerana kapasiti dewan yang terhad.
Para peserta sanggup tunggu hingga ke petang, kehadiran tidak pernah surut. Apa yang membuatkan saya teruja ialah melihat kelainan di sini di mana para peserta disamping profesor2 dan golongan muda, juga ada dilakangan orang-orang yang 'senior' atau 'pencen' @ orang tua. Peserta senior begitu bersemangat, setiap kali diberi ruang soal jawab, mereka tidak ketinggalan memberi idea.
Kertas yang saya bentang mendapat perhatian para peserta. Tajuknya "Peureulak Sebagai Pusat Tamadun Islam Terawal di Asia Tenggara: Satu Tinjauan Sejarah". Kebetulan, rakan pembentang ialah Dr Fakhriati membentangkan tentang aspek filologi dalam sejarah Aceh. Banyak soalan yang kami terima daripada 8 orang yang diberi ruang bertanya.
Kebanyakkan soalan cuba untuk merungkai permasalahan teks dari aspek filologi. Contohnya: bagaimana kita boleh terima teks Izhar al-Haq fi Mamlakat Perlak dan Tazkirah Tabaqat kerana teks yang diterima oleh org yang terdahulu hanyalah fotokopi, bukan original. Ini sudah diperjelaskan oleh Dr Fakhriati.
Soalan kepada saya bersifat umum kerana banyak yang sudah diperdebatkan sewaktu sesi pertama. Mujur saya di sesi kedua, jika tidak pasti panas sesi itu.
Dari aspek sejarah, kedatangan Islam ke Alam Melayu tidak dapat dipastikan dengan tepat. Umumnya, para orientalist lebih cenderung mengatakan Islam datang pada abad ke 12 - 13 M. Namun, tidak kurang yang mengatakan ia berlaku seawal abad pertama H (abad 7 M) lagi. Manakala Perlak sebagai pusat peradaban, saya hanya melihat kepada sumber2 penulis tempatan Aceh yang menyatakan sudah ada kerajaan Islam Peureulak bermula tahun225H, kira-kira 208 tahun setelah kewafatan Rasulullah SAW.
Masalahnya, bukti arkeologi masih perlu dicari untuk memperkuatkan hujah ini.
Sekiranya kita lihat pembentukan kerajaan Islam Peureulak ini, ia adalah kerajaan pertama yang wujud di Nusantara. Apakah ia boleh dikatakan sebagai pusat peradaban pertama? Menurut saya, mengapa tidak? Alasannya? ahhhh, ini yang perlu penelitian. Saya nyatakan, jika Peureulak sebagai pusat pelabuhan dan perdagangan, semestinya ia sudah mempunyai aktiviti yang boleh dianggap sebagai aktiviti bertamadun.. malah, jika ia menjadi pusat, semestinya ia boleh dianggap sebagai bandar... apabila masyarakat sudah mula melakukan aktiviti dibandar2, maka ia adalah ciri peradaban masyarakat itu. Aktiviti sebegini pasti akan menggunakan bahasa resmi perniagaan... jika tidak, bagaimana mereka mahu berurusan? Nah, bahasa juga adalah aspek penting dalam sesebuah peradaban.. makanya tidak boleh untuk kita tolak mentah-mentah mengenai peradaban peureulak ini, bahkan mengikut logik pemikiran, ia boleh diterima sebagai pusat peradaban itu. Ia ditambah dengan kewujudan kerajaan, yang melengkapkan ciri peradaban tersebut. Oleh kerana ia kerajaan Islam pertama di Alam Melayu, maka ia juga adalah pusat peradaban pertama juga.
Manakala teori-teori kedatangan Islam lebih awal ke Barus, Pasai, Kedah atau lainnya, ia tidak dikuatkan dengan kewujudan kerajaan Islam. Oleh sebab itu, aspek pemerintahan tidak ada, maka ciri peradabannya masih belum lengkap. Nah, di sinilah kekuatan Peureulak.
Masyarakat bukan Aceh mungkin tidak boleh menerima ini kerana mungkin tidak mahu tunduk kepada Aceh.. itu pada saya sudah masuk unsur-unsur politik yang boleh menjejaskan sejarah.. bahkan ia boleh menyebabkan penulisan sejarah juga diseleweng. Saya bukan orang Aceh... tetapi saya bangga dengan sejarah Peureulak itu kerana ia membuktikan Islam sudah sampai ke alam Melayu seawal abad pertama H (abad 7 M) .. ini selari dengan pandangan Thomas Arnold, di dalam karya beliau "Preaching Islam".
Para sarjana di Aceh juga sedang mendalami lanjut perkara ini.
Dalam seminar mengenai Aceh yang diadakan di Medan pada tahun 1963, telah mengambil keputusan bahawa Aceh adalah pusat pertama peradaban Islam Alam Melayu. Ramai para nara sumber yang membentangkan idea, termasuk Buya Hamka yang menyatakan perkara tersebut... dan menurut beliau penyebaran Islam itu bukan dari India atau China, tetapi direct dari Mekah.
Sejarah ini menarik untuk diperbahaskan lagi.
Terima kasih kepada Prof Dr Misri Muchsin, Ajidar dan lain-lain yang menjemput kami ke seminar ini.
Terima kasih Yang Terhormat Bapak Rektor Prof Dr Farid Wajdi yang sempat ditemui dalam seminar ini.
Terima kasih semua.. Malaysia dan Aceh.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan