Sabtu, 4 Disember 2010

Perubahan diri perlu dibuat seiring dengan perubahan masa

Perubahan perlu, sebab Anda mahu maju. Orang yang tidak mahu berubah, sebenarnya dia adalah orang yang tidak mahu mencapai apa-apa kecemerlangan dalam hidupnya.

Orang yang sanggup berubah, terbukti dia adalah orang yang mahu mencapai kecemerlangan hidup.

Perubahan adalah dengan meninggalkan sikap lama kemudian mempraktikkan sikap baru. Perubahan perlu dilakukan setiap masa supaya kita bergerak maju ke depan seiring dengan perubahan masa. Jika tidak berubah, Anda tidak akan maju, Anda tidak akan dapat mencapai apa-apa.

Orang yang mahu berubah adalah orang yang optimis mahu memperbaiki hidup.

Jika Anda mahu berjaya, mahu bahagia, mahu cemerlang, sediakan diri untuk berubah. Jadilah fleksibel dan serap sikap-sikap baru untuk merubah diri Anda menjadi semakin baik.

Untuk mencapai impian, Anda tidak boleh kekal pada satu sikap sahaja, terus berubah jadi semakin baik dari sehari ke sehari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan