Selasa, 28 Disember 2010

Petua : Kulit Buah Tembikai Atasi Masalah Rambut Gugur

Rambut gugur dan kepala menjadi botak menjadi masalah utama bagi mereka yang menghadapinya terutama yang masih lagi berusia muda atau bujang sama ada lelaki mahu pun wanita.
Banyak faktor atau punca terjadinya masalah keguguran rambut antaranya seperti perubahan hormon, efek pengubatan, shampoo yang tidak sesuai malah gangguan stres.

Salah satu kaedah rawatan tradisional untuk mengatasi rambut gugur ialah menggunakan kulit buah tembikai. Buah tembikai yang kaya dengan vitamin C dan memang digemari semua orang ternyata berkhasiat dan bermanfaat untuk mengatasi rambut gugur.

Tusuk-tusuk bahagian putih kulit tembikai itu menggunakan garpu supaya keluar cairan. Kemudian gosokkan pada kulit kepala anda dan langirkan atau ramas perlahan -lahan beberapa minit. Cukup lakukan seminggu sekali. Selamat mencuba!
http://maemahi.blogspot.com/

1 ulasan:

  1. Halo, anda seorang ahli perniagaan, ahli politik, pemuzik, pelajar dan ingin menjadi kaya, berpengaruh dan terkenal dalam hidup, anda memerlukan kekuatan untuk memenuhi impian anda.
    Anda boleh mencapai impian dan dengan menjadi
    ahli Illuminati. dengan itu semua milik anda
    impian dan berminat hati yang dapat dicapai, jika anda benar-benar ingin menjadi peserta dalam nama-nama hebat Illuminate,
    tanda dan boleh anda lakukan dengan Illuminatistar74@gmail.com
    atau pesan mr terus di aplikasi whats +2348100367800 terima kasih ..

    BalasPadam