Jumaat, 10 Disember 2010

Dah start menyimpan emas ke belum?

Ditulis pada 14 July 2008 – 9:03 pm | by syukor |


Nampaknya ramai rakyat Malaysia yang mencari-cari info berkenaan pelaburan emas di Malaysia. Dengan membaca maklumat dalam blog ini, anda akan terbuka minda untuk memulakan pelaburan emas anda. Bukan setakat bercerita, saya terangkan sekali cara-caranya, kebaikan, keburukan dan lain-lain. Kalau ada soalan, boleh emel kepada saya di admin@jutawanemas.com atau gunakan contact form kat atas tu.

.Jadi pembaca sekalian, ilmu anda dah ada… bila nak start?

.Ingat. ilmu yang tidak diamalkan samalah seperti pokok tidak berbuah. Sia-sia.

Jangan ulangi kesilapan saya!

Pada Disember 2005, saya telah membeli majalah Personal Money. Majalah nie memang bagus kerana banyak aspek pengurusan kewangan di dalamnya.

Tajuk utama edisi Disember 2005 ialah Gold Shines Again.

Antara artikel yang dimuatkan ialah:

1. Why investor should still consider this precious metal (gold) for their portfolios despite soaring prices.

2. The gold dinar alternative, and other option for investing in gold.

Dengan kata lain, sejak Disember 2005 saya telah tahu mengenai kelebihan membeli dan menyimpan emas.

.Kesilapan saya?

Buat tak tahu, tidak beli emas dan biarkan maklumat berharga ini begitu sahaja.

Pada tahun 2008, hasil daripada program seminar Dinar dan Dirham di Universiti Multimedia Melaka, saya tersedar. Alamak! ruginyer tak beli emas awal-awal. Jadi saya pun buat research habis-habisan… saya kaji tentang pelaburan emas di malaysia, Singapore dan USA.

Dengan ilmu yang saya ada nie, saya mulakan aktiviti membeli emas dan menyimpan emas. Saya juga berniat nak sebarkan perkara nie kepada anda semua. Sebab tu terhasil laman web www.jutawanemas.com nie :)

Walau apapun, peristiwa yang dah lepas tu kira dah lepas lah… yang penting apa yang akan datang. Dengan ketidakstabilan ekonomi US, kebanjiran dollar di pasaran dunia serta peningkatan hutang US yang terlalu banyak menyebabkan US Dollar kehilangan nilainya. Jadi untuk langkah keselamatan, pelabur kini beralih kepada emas.

Portfolio emas saya.

Sekadar nak berkongsi, kalau anda baca blog nie dari awal artikel sampai ke ke akhir anda akan mendapati bahawa saya mencadangkan anda membeli:

1. syiling emas (cth. Kijang Emas, Maple Gold coin etc.)
2. emas jongkong (dipanggil bullion) 24K ( 999.9) minima 1 Oz

Kalau modal kecil anda boleh beli dinar emas Kelantan dan diikuti oleh gold saving passbook Public Bank dan Maybank.

Saya lebih prefer emas fizikal berbanding kaedah gold saving. Ini kerana emas fizikal boleh digadai kalau nak pakai duit sedangkan emas gold saving passbook perlu dijual kalau nak pakai duit.

Setakat hari ini, saya telah memiliki:

1. Beberapa ketul Emas jongkong (Bullion) PAMP Suisse 100 gram yang dibeli melalui Etika Emas Estet Sdn Bhd.

2. Emas jongkong (bullion) PAMP Suisse 50 gram dan 31.10 gram
(beli kat kedai emas Poh Win)

3. Seekor Kijang Emas 1 Oz (31.10 gram) (beli kat Maybank) :)

Saya belum lagi membeli dinar emas kelantan dan dinar emas Islamic Mint. Sebabnya dinar emas Kelantan nie jauh dari tempat saya dan dinar emas Islamic Mint nie tinggi sangat perbezaan harga belian dan jualannya.

Jadi apa tunggu lagi? mulakan koleksi emas anda sekarang.

Gerenti tak menyesal :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan