Gambar sekitar kemalangan ngeri Simpang Pulai, Perak.. Isnin 20/12/2010
28 terbunuh kemalangan bas di Simpang Pulai
Dua puluh tujuh orang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas persiaran yang membawa pelancong negara itu, terlibat dalam kemalangan di Km 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai jam 11.40 pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala seorang lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.
Katanya, bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan