Sabtu, 29 Oktober 2011

Kim Jong-Il keluarkan perintah larangan terhadap rakyatnta di Libya pulang ke Korea Utara

Ahad 30 Oktober 2011
HHRS 2.0 - Pemerintah Korea Utara melarang rakyatnya yang bekerja di Libya untuk pulang ke Korea Utara. Ini dilakukan agar rakyatnya tidak menceritakan revolusi yang berlaku di Libya.

Sebelum kehancuran rezim Moammar Khadafi, hubungan Korut dengan Libya sangat erat. Tetapi setelah kematian Khadafi minggu lalu, menjadikan Kim Jong-Il sebagai satu-satunya diktator yang masih tinggal di dunia ini.

Dianggarkan 200 rakyat Korea Utara berada di Libya. Mereka bekerja sebagai doktor, jururawat, dan pekerja bangunan. Mereka dihantar sebagai ganti pembiayaan yang doperlukan oleh Korea Utara untuk membangunkan teknologi misil dan nuklearnya.

Seperti dilaporkan Yonhap, Khamis (27/10/2011), seluruh rakyat Korea Utara tersebut dibiarkan seperti berlaku ke atas rakyat Korea Utara yang berada di Mesir, Tunisa, dan negara Arab lain yang melalui era revolusi.

Keputusan dari pemerentah Korea Utara untuk melarang pulang rakyatnya itu membuktikan bahawa mereka bimbang dengan berita mengenai revolusi di Arab. Pemerintah korea utara takut jika hal itu boleh mempengaruhi rakyatnya.

.Pyonyang sendiri menyekat laporan berita mengenai apa yang terjadi di Arab. Ketika ini, Kim Jong-Il sedar bahawa kestabilan di negaranya amat penting untuk memastikan dinastinya tetap berkuasa di Korea Utara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan