Khamis, 27 Oktober 2011

Hari-hari Terakhir Ghadafy Marah dan Sedih

Khamis 27 Oktober 2011




Salah sebuah kereta dalam konvoi Khadafy

HHRS 2.0 - Kolonel Khadafy menghabiskan minggu-minggu terakhirnya dalam persembunyian di Sirte, bandar kelahirannya. Hari-harinya hanya dengan kemarahan dan kemurungan kerana rejimnya tumbang. Demikian telah diceritakan oleh bekas ketua pengawalnya, Mansour Dao, seperti dilaporkan agensi berita AP, Selasa (25/10/2011).

Menurut Dao, bekas pemimpin Libya itu, puteranya Mutassim dan dibawa berjumlah 24 pengikut setia yang sedia untuk mati hampir tidak berhubungan dengan dunia luar ketika dalam pelarian itu. Mereka menduduki rumah-rumah yang ditinggalkan, tanpa televisyen, telefon, atau pun elektrik.

Dao, seorang enyokong Khadafy, mengatakan Khadafy menghabiskan waktunya dengan membaca, membuat nota, atau meminum teh di atas pemanas batu bara. Dia membiarkan anaknya memikirkan rancangan pertempuran. Dao yang bercakap daripada sel penjaranya di Misrata mengatakan, "Dia (Khadafy) tidak memimpin pertempuran. Anak lelakinya yang melakukan itu. Dia tidak merancang apa-apa atau berfikir mengenai suatu rencana."
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Nuffnang Ads
Dao mendedahkan, pada hari penangkapan Khadafy, sebuah konvoi yang membawa para pengikut setia, termasuk bekas pemimpin Libya itu dan Dao sendiri yang naik sebuah Toyota Landcruiser, telah keluar dari Sirte untuk melarikan diri, tetapi kemudian terkena serangan udara NATO. Khadafy dan Dao tercerdera, kemudian ditangkap. Khadafy kemudian terbunuh pada hari itu.

Kerajaan sementara Libya telah bersetuju, atas tekanan antarabangsa, untuk membuka siasatan atas kematian Khadafy. Para pegawai mendakwa, Khadafy terbunuh akibat tembak antara tentera pejuang revolusi dan pengikut setianya. Namun, rakaman video yang muncul menunjukkan, Khadafy dipukul, diejek, dan diseksa oleh para penangkapnya.

Peter Bouckaert dari Human Rights Watch (HRW) berkata, terdapat petunjuk kuat Khadafy dan Muatassim dibunuh dalam tahanan. Dia berkata, seorang perempuan Libya yang ada dalam konvoi itu berkata kepada kumpulan hak asasi manusia itu bahawa Khadafy hanya sedikit cerdera akibat serangan NATO tersebut.

Sementara itu, Dao berkata, dia jatuh tidak sedarkan diri akibat kecerderaanya sebelum penangkapan Khadafy dan tidak tahu apa yang terjadi padanya. "Saya merasa kasihan padanya kerana dia meremehkan situasi itu," kata Dao. "Dia boleh saja pergi dan lari ke luar negara dan hidup bahagia."

Selama di Sirte, Khadafy dan rombongannya berganti tempat persembunyian setiap empat hari, ketika kota itu digempur serangan udara NATO. Para pengikut setia di bandar itu dipimpin Mutassim memimpin sekitar 350 orang. Namun, banyak dari mereka kemudian melarikan diri dan menjelang akhir pertempuran, kekuatannya telah berkurangan menjadi hanya sekitar 150 orang.

Dao mengatakan, Khadafy melarikan diri dari rumahnya di Tripoli sekitar tarikh 18 atau 19 Ogos, sebelum pasukan revolusi menyapu ke bandar itu. Setelah ibu kota itu jatuh, Dao berkata, Khadafy langsung menuju Sirte, ditemani Muatassim.

Anaknya, yang juga calon pewarisnya, iaitu Saif al-Islam, mencari perlindungan di Bani Walid, kubu pengikut setia yang lain. Demikian menurut Dao. Mansour Dao sendiri bergabung dengan Khadafy di Sirte seminggu kemudian, sementara bekas ketua perisikan Libya, Abdullah al-Senoussi, bergerak di antara Sirte dan Sabha, benteng ketiga pasukan pro-Khadafy ketika itu. Al-Senoussi dan Saif al-Islam, yang kini dicari Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas tuduhan jenayah perang, masih bebas.

Para pembantu Khadafy berulang kali mendesak bekas pemimpin negara kaya minyak itu untuk berundur dan meninggalkan Libya, tetapi dia menolak. Menurut Dao, Khadafy mengatakan, dia ingin mati di tanah kelahiranya.

Dao menggambarkan keadaan terkini Khadafy dengan, "Dia tertekan, dia benar-benar marah, dia kadang-kadang 'gila'. Sering kali, dia hanya sedih dan marah. Dia percaya rakyat Libya masih mencintainya, bahkan setelah kami mengatakan bahawa Tripoli telah diduduki. "
Diterjemah dari kompas.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan