Rabu, 21 September 2011

7 perkara yang akan berlaku jika bumi berhenti berputar


Bumi berputar dengan kelajuan 1600 km / jam. Sejarah menunjukkan, putaran bumi melambat 2 saat setiap 100 ribu tahun. Eksperimen ini mempercepatkan perlambatan itu untuk melihat kesannya pada kehidupan di bumi sebanyak 1 km / jam satu hari. Perlambatan hingga berhenti total direka memakan masa 5 tahun. 7 perkara yang akan berlaku jika bumi berhenti berputar, iaitu:

1. Navigasi pesawat memakai GPS dengan bantuan satelit.

Satelit ikut berputar di atas bumi menyesuaikan dengan waktu di darat. Perlambatan putaran bumi menyebabkan satelit keliru meletakkan pesawat, dan pesawat akan mendarat di tempat yang tidak seharusnya. Dengan kata lain, akan terjadi banyak kecelakaan pesawat. Penerbangan hanya digunakan untuk yang mustahak saja. Penumpang dipaksa mencari alternatif pengangkutan. Akibatnya, kereta api, kapal laut, dan bas penuh sesak.

2. Gejala lain adalah pertambahan masa.

Perlambatan putaran bumi menyebabkan pembaharuan hari. 1 hari bukan 24 jam lagi, tapi akan bertambah menjadi 28 jam selepas 5 bulan. Jam sudah tidak boleh dipercayai lagi.

3. Gangguan keatas graviti bumi.

4. Bentuk Bumi

Rotasi bumi membuat bumi tidak bulat sempurna tapi agak lebar di khatulistiwa kerana putarannya. Yang melebar adalah laut yang terkumpul di khatulistiwa.

5. Banjir besar

Kalau putaran melambat, laut akan mengalir ke kedua-dua kutub yang menyebabkan banjir di Eropah.

6. Paru-paru pecah ketika bernafas

Bukan cuma laut, udara bakal mengalir ke khatulistiwa dan menyebabkan naiknya tekanan udara. Paru-paru penduduk di khatulistiwa boleh pecah menghirup udara seperti itu. Sebaliknya, di belahan bumi utara dan selatan sudah seperti tinggal di gunung, udaranya tipis. Kanak-kanak dan orang tua akan merasa tersiksa.

7. Kehidupan flora dan fauna pun terganggu.

Haiwan yang berhijrah akan kebingungan dengan hari yang terus bertambah panjang dan akhirnya mati kepanasan / kedinginan. Tanaman juga terjejas dengan panas terik matahari yang lebih panjang dari pada biasanya dan juga oleh kesejukan malam yang panjang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan