Isnin, 29 Ogos 2011

Terbaru 64 Pasukan AS terbunuh di Afghanistan

64 Pasukan AS Tewas di Afghanistan

HHRS 2.0 - Kemenangan bagi pejuang islam dipenghujung ramadan. Jika berita yang dilaporkan ini sah, insiden ini merupakan angka terbesar korban tentera Amerika di Afghanistan.

Diterjemah dari fiqhislam


64 Pasukan AS terbunuh di Afghanistan

Pihak militan Taliban dikatakan berjaya menewaskan 64 Pasukan Amerika Syarikat (AS) dalam dua serangan bom di Afghanistan. Serangan bom itu dikhabarkan berlaku di Kandahar pada Sabtu 27 Ogos.

Berdasarkan laporan, serangan pertama menyebabkan 36 tentera AS terbunuh akibat dibom. Sementara pada serangan bom kedua 28 pasukan disahkan tewas. Demikian diberitakan ABNA, Minggu (28/8/2011).

Hingga saat ini belum ada pengesahan dari pihak AS. Boleh jadi tuntutan Taliban ini hanyalah bualan semata-mata. Jika memang benar ianya terjadi, maka insiden ini merupakan korban terbesar yang pernah dialami oleh pasukan AS selama di Afghanistan.

Sebelumnya 7 Ogos lalu sebuah helikopter tentera Amerika Syarikat (AS) jatuh di wilayah Pronvisi Wardak. Helikopter itu dikhabarkan masuk ke perangkap yang telah disediakan oleh Taliban.

Sebanyak 38 orang dikabarkan tewas dalam kemalangan helikopter tersebut. 30 di antaranya adalah pasukan AS yang diantara terdapat ahli Angkatan Laut AS yang terlibat dalam operasi ketenteraan yang membunuh Osama bin Laden di Pakistan 2 Mei lalu.

Seorang komander Taliban mendakwa pihaknya berjaya mengumpan tentera AS ke perangkap dengan mengatakan ada pertemuan militan Taliban di lokasi jatuhnya helikopter di Wilayah Wardak.

Tidak disangka helikopter berjenis Chinook tersebut masuk dalam perangkap Taliban. Seketika, kumpulan Taliban pun menyerang helikopter tersebut dengan peluru dan roket untuk menjatuhkan helikopter nahas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan