Ahad, 21 Ogos 2011

Buku Biografi Nabi Muhammad Akan Pecahkan Rekod Dunia

Buku Biografi Nabi Muhammad Akan Pecahkan Rekor Dunia

Sebuah syarikat yang berpusat di Dubai merancang untuk mengalahkan rekod dunia untuk penerbitan buku terbesar dengan 1,500 kg sebuah buku tebal bercerita tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW sebagaimana dilaporkan laman berita www.gulfnes.com kelmarin.

Laman-laman dalam buku ini akan mempunyai tinggi lima meter atau setara dengan ketinggia tiga orang, diperlukan 4 hingga 5 orang untuk memindahkan halaman demi halaman. Pencetakan buku ini akan dilakukan di Jerman tetapi untuk seluruh komponen akan dibawa ke Dubai dalam proses penyelesaiannya

"Ideanya adalah untuk membawa perhatian dunia kepada Islam," kata Hatem Mustafa, pengurus operasi Syarikat Mashahad, syarikat pelaburan yang berada di belakang projek tersebut. Versi normal akan dijual setelah buku raksasa dilancarkan di Dubai akan setelah Idul Fitri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan