Sabtu, 27 Ogos 2011


Empangan usang risaukan penduduk

28 Ogos 2011

BEIJING: Lebih suku d bandar raya China berdepan dengan ancaman daripada puluhan ribu empangan usang, menyebabkan kerajaan menyegerakan usaha membaik pulih.

Lebih 40,000 empangan di seluruh negara itu telah diguna lebih daripada jangka hayat yang ditetapkan dan tidak diselenggara dengan baik akibat kekurangan dana sejak beberapa tahun lalu.

Akhbar Global Times memetik majalah China Economic Weekly sebagai berkata, lebih 25 peratus bandar dan kawasan pedalaman diancam banjir buruk jika empangan itu pecah.

“Empangan itu menjadi ancaman besar dan akan memusnahkan ladang, landasan kereta api, bangunan, malah bandar apabila ia runtuh,” kata Xu Yuanming, pegawai yang bertanggungjawab terhadap empangan di Kementerian Sumber Air.

Pakar ekologi sejak sekian lama menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan 87,000 empangan China, termasuk projek Empangan Three Gorges di wilayah Hubei.

Pihak berkuasa China mempertahankan projek hidroelektrik terbesar dunia itu sebagai simbol kecemerlangan kejuruteraannya, penyelesaian kepada kekerapan banjir di Sungai Yangtze dan sumber kepada bekalan tenaga elektrik yang amat diperlukan.

Pengkritik bimbang gempa bumi akan menyebabkan bencana lebih buruk berbanding tragedi 1975 apabila 62 empangan musnah akibat hujan lebat, mengakibatkan 26,000 orang terbunuh. - AP

kredit : hmetro.com.my

Info Gallery - Seharusnya penduduk berpindah bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan