Jumaat, 17 Disember 2010

Warga Palestin lancar Intifadhah Kubur untuk lindungi ancaman penyitaan

Rabu, 15/12/2010 – Ketua Jawatankuasa Rakyat Palestin, Azmi Shuyukhi, mendeklarasikan pelancaran Intifadhah Kubur untuk membela wilayah yang terancam disita dan dijadikan penempatan Yahudi. Azmi menegaskan pentingnya membela wilayah Palestin dengan apa cara yang boleh untuk melawan pembukaan penempatan Yahudi.

Shuyukhi menyeru seluruh Jawatankuasa Rakyat di semua daerah Tebing Barat dan Al Quds untuk menggerakkan pembelaan terhadap wilayah yang terancam termasuk kawasan perkuburan.

Dalam pernyataannya, Isnin (13/12) Shayukhi menegaskan pentingnya melawan tindakan memusnahkan rumah dan penyitaan tanah serta pembukaan penempatan baru Yahudi. Seluruh penduduk perlu berusaha membela tanah dari dirampas Israel dan pemukim Yahudi, dengan memperluas bangunan, kembali tinggal di wilayah yang terancam disita serta dapat menguburkan mayat di wilayah tersebut.

sumber : COMES

Artikel asal: http://palestinkini.info/?p=8346

Tiada ulasan:

Catat Ulasan