Ahad, 26 Disember 2010

3-0, Tahniah Malaysia! Kata Mereka Malaysia Curang, Wakaka!

27 December 2010


Tahniah Malaysia! Indonesia mendakwa Malaysia menang 3-0 menentang Indonesia pusingan akhir pertama Piala Suzuki kerana penyokong Malaysian berlaku curang dengan menghala cahaya laser 'cheat laser' ke muka penjaga gol Indonesia, Markus Harison.

Akibat kemarahan penyokong Indonesia, perkataan "curang" menjadi cacian untuk Malaysia telah tersenarai menjadi topik dunia di Tweeter. Begitu juga dengan perkataan 'Malaysiacheatlaser'.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono juga geram akibat laser tersebut dan mengarahkan Menteri Pemuda dan Olahraga untuk memprotes keras tindakan tidak bertanggungjawab penyokong Malaysia.

Wakaka...hebatlah kalau begitu, Malaysia hanya boleh menang dengan cahaya laser. Kalau dah kalah, ada-ada aje. Sebenarnya Indonesia malu kerana mereka bermula garang sebelum ini dan hampir-hampir Piala Suzuki menjadi milik Malaysia.

Jadi penjaga gol Malaysia kena berhati-hati semasa perlawanan di Indonesia nanti kerana beribu-ribu cahaya laser 'Made In China' akan menghala kepadanya...tak gitu!!

1 ulasan:

  1. Halo, anda seorang ahli perniagaan, ahli politik, pemuzik, pelajar dan ingin menjadi kaya, berpengaruh dan terkenal dalam hidup, anda memerlukan kekuatan untuk memenuhi impian anda.
    Anda boleh mencapai impian dan dengan menjadi
    ahli Illuminati. dengan itu semua milik anda
    impian dan berminat hati yang dapat dicapai, jika anda benar-benar ingin menjadi peserta dalam nama-nama hebat Illuminate,
    tanda dan boleh anda lakukan dengan Illuminatistar74@gmail.com
    atau pesan mr terus di aplikasi whats +2348100367800 terima kasih ..

    BalasPadam