Selasa, 21 Disember 2010

Pameran Orang Asli @ MAHA2010

Posted by: admin In: @MAHA2010

orang-asli

Pameran Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) juga turut mencuri perhatian di MAHA 2010 . Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan Orang Asli? Dalam Akta Orang Asli 1954, mana-mana orang yang bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli, yang bercakap Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli……. (selebihnya boleh baca di atas)

suku-kaum-orang-asli

Terdapat 3 kumpulan besar bagi Suku Kaum Orang Asli iaitu Kumpulan Negrito, Senoi, dan Melayu Proto. Setiap kumpulan pula terdiri daripada 6 suku bangsa atau Etnik. Misalnya, Kumpulan Negrito terdiri dari suku bangsa Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq dan Bateq.

suku-kaum-orang-asli2

Kumpulan Senoi pula terdiri dari suku bangsa Temiar, Semai, Semoq Beri, Che Wong, Jah Hut dan Mahmeri. Manakala Kumpulan Melayu Proto pula terdiri dari suku bangsa Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala dan Orang Seletar.

suku-kaum-orang-asli3

Apa yang saya faham ialah, setiap suku bangsa atau Etnik Orang Asli berbeza dari asal usul sejarah kedatangan dan taburan penempatan mereka juga tidak sama. Daripada statistik tahun 2008 yang ditujukkan, bilangan Orang Asli banyak terdapat di Pahang, Perak dan diikuti oleh Selangor manakala Suku Bangsa Orang Asli yang paling ramai pula ialah suku bangsa Semai, Temiar, Jakun dan Temuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan