Selasa, 28 Disember 2010

Mavi Marmara disambut meriah setelah kembali pulang ke Turki


Kapal Mavi Marmara, kapal kepunyaan Turki yang pernah digempur Israel ketika berlayar dan menghadapi blokade ke Jalur Gaza dahulu, disambut bak pahlawan oleh ribuan orang ketika kapal itu belayar kembali dan tiba di Istanbul, Turki, kelmarin 26/12/2010..

Orang ramai yang mengibarkan bendera-bendera Turki dan Palestin berkumpul di pelabuhan ketika Mavi Marmara berlabuh di Sarayburnu Istanbul setelah baikpulih yang memakan beberapa bulan di sebuah pelabuhan kawasan Laut Tengah.

Orang ramai yang berkumpul itu melaungkan "Allahu Akbar" ketika kapal tersebut berlabuh, hampir tujuh bulan setelah diserbu secara dramatis oleh pasukan Israel yang membunuh sembilan aktivis rakyat Turki dan hubungan diplomatic kedua Negara itu menjadi tegang..

Kapal itu berusaha mengirim bantuan ke Palestin. namun, Israel menolak hasrat kumpulan kemanusiaan itu untuk berlayar ke wilayah laut yang dikepung itu dan kemudian menyerang kapal tersebut.

Menurut pemilik kapal itu, satu kumpulan pejuang Turki bernama IHH, Mavi Marmara akan menjadi sebahagian dari armada baru yang bakal akan ke Gaza sekali lagi pada 31 Mei 2011, tepat genap setahun setelah serangan kejam itu.- kompacetak/mjr

1 ulasan:

  1. Halo, anda seorang ahli perniagaan, ahli politik, pemuzik, pelajar dan ingin menjadi kaya, berpengaruh dan terkenal dalam hidup, anda memerlukan kekuatan untuk memenuhi impian anda.
    Anda boleh mencapai impian dan dengan menjadi
    ahli Illuminati. dengan itu semua milik anda
    impian dan berminat hati yang dapat dicapai, jika anda benar-benar ingin menjadi peserta dalam nama-nama hebat Illuminate,
    tanda dan boleh anda lakukan dengan Illuminatistar74@gmail.com
    atau pesan mr terus di aplikasi whats +2348100367800 terima kasih ..

    BalasPadam