Rabu, 22 Disember 2010

Diari Syukur

Oleh nina mazrina

Ingin mengajak Anda untuk merasai sendiri kesan dari rasa bersyukur yang amat dalam.

Untuk merasai kesannya, Anda perlu ubah energi dalam diri Anda.Buang energi negatif, masukkan energi positif.

Anda boleh tingkatkan energi Anda kepada energi positif dengan rasa kesyukuran. Fikiran Anda kena di fokuskan kepada rasa bersyukur.

Maka untuk itu, Anda perlu tuliskan 10 perkara yang Anda syukuri. Sebagai contoh, berikut adalah 10 perkara yang kami syukuri:

1. Saya bersyukur kerana Anda ada di sini, membaca artikel ini.
2. Anda datang ke sini setiap hari.
3. Saya bersyukur kerana berjumpa buku-buku motivasi yang menjadi penginspirasi Saya.
4. Syukur kerana ada peluang untuk memperbaiki diri setiap hari.
5. Syukur kerana ada rakan-rakan yang menyokong Saya.
6. Syukur kerana mengenali Anda sebagai tetamu Saya
7. Syukur kerana Saya ada rakan2.Thank you!
8. Syukur kerana dapat online setiap hari.
9. Syukur kerana Allah memberi curahan idea tak henti-henti.
10.Syukur kerana Saya diberi peluang untuk berbakti.

Secara peribadi, berikut adalah 10 perkara yang saya amat syukuri:

1.Syukur kerana dapat bangun diawal pagi, menghirup udara segar.
2.syukur kerana dapat bersarapan pagi dengan enak sekali.
3.syukur kerana dapat melayari internet tanpa halangan.
4.syukur kerana dapat menbeli buku motivasi baru setiap minggu.
5.syukur pada Allah kerana dapat bayar tepat pada masanya.
6.Syukur kerana mempunyai keluarga yang amat menyayangi saya.
7.Syukur kerana memiliki sebuah komputer dan sebuah laptop untuk saya bekerja.
8.Syukur kerana dapat sentiasa ada idea untukk menaip kata-kata di sini.
9.Syukur kerana saya ada pekerjaan dan ada sumber pendapatan
10.Syukur kerana nampak peluang untuk memajukan diri.

Anda akan perasan semua perkara yang kami syukuri adalah perkara-perkara kecil. Namun bila memanjatkan kesyukurkan kerana diberi perkara-perkara kecil ini, serta merta hati merasa amat tenang, fikiran jadi relaks, diri Anda jadi bersemangat sebab Anda rasa hepi (feel of joy).

Bagi Anda yang sudah berkahwin, Anda akan merasai kasih sayang pada pasangan semakin bertambah tiap kali Anda bersyukur.

Mulakan diari syukur Anda dengan perkataan “saya bersyukur kerana…” ataupun “syukur pada Tuhan kerana…” mahupun “syukur pada Allah kerana…“. Kesannya lebih mujarab jika Anda tulis perkara-perkara yang Anda syukuri.

Amalkan rasa bersyukur dan berterima kasih pada Tuhan kerana Anda akan nampak perubahan berlaku dalam hidup Anda secara spontan. Anda akan berjumpa dengan situasi-situasi yang amat menyenangkan hati Anda. Semua itu terjadi tanpa di sangka.

Syaratnya, kekalkan energi positif sepanjang masa dengan mengekalkan kesyukuran sepanjang masa. Sedangkan orang Barat di dalam The Secret tahu kebaikkan rasa bersyukur, kita yang beragama Islam ni patut lebih tahu kebaikan bersyukur kerana kesan dan kesyukuran sudah disebut melalui firman Allah di dalam surah Ibrahim, ayat ke-11.

Untuk mencipta perubahan dalam hidup Anda, mulakan dengan menyenaraikan 10 perkara yan Anda syukuri tiap hari. Amalkan. Selepas sembahyang, ngam kiranya Anda bersujud syukur,tanda terima kasih pada Allah atas segala-galanya. Lafazkan syukur dengan sepenuh hati hingga rasa keyuskuran tu meresap jauh ke dasar hati.

Bila sudah terbiasa melakukan Diari Syukur ni, tambahkan senarai tu kepada 20 perkara yang Anda syukuri tiap hari.

Tuliskan tiap hari. Hadirkan rasa kesyukurn semasa Anda menyiapkan senarai tu. Bila dah siap, ingatlah selalu. Anda akan perasan Anda jadi lebih bersemangat daripada biasa.

Tak ada paksaan untuk Anda lakukan hal ni. Ingin mengajak anda untuk membina Diari Syukur untuk membuat Anda bersemangat, untuk membina rasa cinta dan untuk menimbulkan dorongan mahu berbakti dari dalam diri Anda.

Selain menyenaraikan 10 perkara yang Anda syukuri tiap hari, Anda boleh juga tumpukan fikiran pada 10 perkara lain yang Anda cukup syukuri tanpa perlu menulisnya.

Hadirkan rasa berterima kasih pada Tuhan kerana diberi peluang untuk memiliki kesemuanya.

Orang-orang berjaya, walaupun kebanyakannya bukan beragama Islam,sering mengucapkan rasa bersyukur kerana diberikan peluang untuk mencapai tahap berjaya, seperti mana yang mereka capai hari ini. Jaranglah mereka kata seperti “kejayaan ini adalah hasil kerja keras saya”.

Tapi mereka akan kata “syukur dan terima kasih pada Tuhan kerana memberikan saya kejayaan ini, tahap ini berjaya dicapai hasil sokongan Anda dan juga hasil sokongan keluarga.”. Walaupun hakikatnya orang-orang berjaya dapat mencapai kejayaan hasil kerajinan berusaha, mereka mededikasikan kejayaan itu pada Tuhan dan pada orang-orang sekeliling.

Berikut adalah contoh Diari Syukur yang ditujukan khas dalam perhubungan sesama manusia, termasuk perhubungan cinta!

1.syukur kerana ada seseorang mencintai aku sekarang ini.
2.syukur pada Allah kerana menemukan seorang kawan yang menyokong aku
3.syukur pada Allah kerana menemukan aku dengan seseorang yang aku cintai
4.terima kasih Ya Allah, engkau menemukan aku dengan sinar cinta! syukur alhamdulillah
5.Ya Allah, aku bersyukur padamua kerana hidupku dihiasi cinta, syukur Ya Allah.
6.syukur pada Allah kerana kawan aku menolong aku hari ini.
7.syukur pada allah kerana ada kawan menolong aku,saat aku memerlukan.
8.syukur padamu Ya Allah kerana engkau menemukan aku dengan sahabat yang memahami aku.
9.Thank you Allah, engkau hampirkan aku dengan kawan-kawanku, thank you.
10.syukur pada allah kerana mengizinkan aku bergaul baik dengan semua orang, syukur, syukur.

Anda boleh gunakan berbagai perkataan untuk memanjatkan rasa kesyukuran Anda, gunakan perkataan seperti terima kasih, thank you, alhamdulillah,syukur.. kesannya tetap serupa.

Matlamat Anda mengucapkan rasa syukur adalah untuk berterima kasih pada Tuhan dan menghargai apa yang Anda miliki sekarang ini, bermula dari duit yang Anda ada, kerja Anda, kawan-kawan Anda, family Anda,pasangan Anda, kekasih Anda, blog Anda (jika ada),kereta Anda, harta benda Anda hinggalah ke sekecil-kecil perkara seperti makanan dan minuman Anda yang Anda telan setiap hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan