Kisah sahabat Nabi merawat dengan Surah Al-Fatihah
Sabtu 23 Feb,2013
Dalam sebuah hadis
daripada Abu Said al-Khudri r.a. ia menjelaskan adanya satu kumpulan
sahabat Rasulullah s.a.w. yang keluar pergi musafir. Di tengah
perjalanan mereka telah singgah di sebuah perkampungan Badwi. Mereka
telah meminta makanan, tetapi penduduk kampung tersebut enggan
memberinya.
Mendengarkan harapan
yang begitu tinggi terhadap mereka, sebahagian daripada orang Islam tadi
memberitahu bahawa mereka boleh menolongnya, tetapi oleh kerana
penduduk tersebut pernah menolak permintaan mereka sebelum itu, mereka
tidak akan menolongnya kecuali setelah berjanji memberi upah.
Rombongan itu bersetuju
atas permintaan tadi untuk memberi beberapa ekor kambing. Orang Islam
yang berkenaan datang menemui ketua kaum yang sedang sakit, lalu
dihembusnya dengan air ludah pada tempat yang sakit tadi sambil membaca:
“AlhamdulilLah”. Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa doa yang
dibaca ialah Surah al-Fatihah lalu perawat tadi mengumpulkan air
ludahnya dan
dihembuskan,
menyebabkan pesakit beransur sembuh. Dalam satu riwayat lain,
dijelaskan bahawa upah yang diberi ialah tiga puluh ekor kambing.
Keterangan hadis ini
memperlihatkan bahawa Surah al-Fatihah itu amat besar fadilatnya, di
antaranya ialah untuk merawat pesakit akibat terkena racun, seperti
disengat kala jengking, lipan dan sebagainya.
Dijelaskan juga dalam
keterangan hadis ini bahawa perawat, dengan izin Allah berjaya melakukan
rawatan dengan membaca Ummu al-Qur’an (Surah al-Fatihah). Kalau
difikiri dari segi logiknya, terlalu sukar untuk menerima hakikat,
bahawa pesakit boleh sembuh hanya dengan bacaan Surah al-Fatihah dan
sedikit hembusan air ludah.
Setiap orang Islam boleh
dikatakan tahu membaca Surah al-Fatihah, tetapi untuk meyakinkan bahawa
bacaan yang dituturkan membolehkan seorang pesakit, seperti sakit
terkena gigit kala jengking ataupun lipan boleh sembuh, sering dirasakan
seupama sesuatu yang sukar diterima. Malah kita sendiri mungkin tidak
yakin bahawa usaha seperti ini boleh berjaya. Tetapi, kesembuhan seperti
ini bukan sesuatu yang mustahil, kerana Allah s.w.t. itu maha berkuasa,
tidak digagahi oleh sesuatu, apabila Ia menghendaki sesuatu, Ia
berkata: jadilah maka jadilah (Surah Yasin : 82).
Sumber dari Darussyifa’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan