"
Ayuh
kita sama-sama baca dan hayati apakah yang telah disebut oleh
Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam mengenai keutamaan hari Jumaat
beserta adab-adab berkaitannya. Semoga dengan mengetahuinya, kita dapat
berlumba-lumba mengamalkannya, istiqamah melakukannya serta dapat
menyebarkan dan mengajak orang lain turut sama mengerjakannya.
Keutamaan Hari Jumaat
1) Hari Jumaat Adalah Kemuliaan Buat Ummat Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa dia mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya:
“Kita adalah ummat yang akhir yang wujud di dunia ini dan ummat yang pertama (mendapat kelebihan, ganjaran dan masuk Syurga) pada Hari Kiamat, sekalipun mereka lebih dahulu diberikan Al-Kitab daripada kita. Kemudiannya, hari ini (Jumaat) adalah hari yang ditetapkan (diberi pilihan) kepada mereka (untuk mendekatkan diri kepada ALLAH), tetapi mereka berselisih padanya (tidak mahu menerimanya), lalu ALLAH memberi petunjuk kepada kita (agar menerima hari tersebut – iaitu Jumaat). Hari bagi Yahudi ialah esok (Sabtu) dan bagi Nasrani pada hari selepas esok (Ahad).” [³]
(HR al-Bukhari & Muslim)
2) Jumaat Adalah Sebaik-baik Hari
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu berkata: Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:
“Sebaik-baik hari di mana matahari terbit adalah hari Jumaat. Pada hari itu Nabi Adam dimasukkan ke dalam Syurga dan pada hari itu pula Nabi Adam dikeluarkan dari Syurga.” [¹]
(HR Muslim)
3) Jumaat Dan Jumaat Berikutnya Adalah Penebus Dosa Jika Menepati Syaratnya

“Barangsiapa yang berwudhu dengan sempurna kemudian mendatangi solat Jumaat lalu mendengar khutbah dan memperhatikan (dengar dengan teliti) khutbah, maka diampunilah dosa yang dilakukan antara hari itu sampai hari Jumaat berikutnya dan ditambah dengan 3 hari. Dan barangsiapa yang bermain kerikil, maka sia-sialah Jumaatnya.” [¹]
(HR Muslim)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu dari Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam, Baginda bersabda:
“Solat fardhu yang lima, Jumaat yang satu sampai Jumaat berikutnya, dan Ramadhan yang satu sampai Ramadhan berikutnya adalah merupakan mukaffirat (penebus) dosa-dosa yang dilakukan di antara kesemuanya itu selagi dosa-dosa besar dijauhinya.” [¹]
(HR Muslim)
4) Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat Tanpa Uzur Syar`i
Dari Abu Hurairah dan Ibnu `Umar radhiAllahu `anhum bahawasanya kedua-duanya telah mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda di atas mimbarnya:
“Orang-orang yang biasa meninggalkan solat Jumaat mesti segera meninggalkan kebiasaannya itu atau kalau tidak maka ALLAH akan mengunci hati mereka kemudian mereka termasuk orang-orang yang lalai.” [¹]
(HR Muslim)
5) Ada Saat Yang Istimewa Dikabulkan Permintaan
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawasanya ketika Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam membicarakan hari Jumaat, Baginda bersabda:
“Pada hari itu (Jumaat) ada suatu saat di mana apabila ada seorang muslim yang sedang solat bertepatan dengan saat itu kemudian ia memohon sesuatu kepada ALLAH, nescaya ALLAH mengabulkan permohonannya.” Dan Baginda mengisyaratkan dengan tangannya menunjukkan bahawa saat itu sangat sebentar. [¹]
(HR al-Bukhari & Muslim)
Dari Abu Burdah bin Abu Musa al-Ash`ari radhiAllahu `anhu berkata, `Abdullah bin `Umar radhiAllahu `anhuma bertanya:
“Apakah kamu pernah mendengar ayahmu menceritakan tentang saat yang istimewa pada hari Jumaat dari Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam?”
Abu Burdah menjawab: “Ya, saya pernah mendengar ayah berkata: “Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda: “Saat itu berada di antara duduknya imam sampai selesai solat.” [¹]
(HR Muslim)
Di dalam kitab Feqh as-Sunnah, disebut saat yang istimewa tersebut hendaklah dicari pada saat terakhir pada hari Jumaat iaitu selepas waktu `Asar.
Dari Abu Sa`id al-Khudri dan Abu Hurairah radhiAllahu `anhuma, bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:
“Pada hari Jumaat itu ada suatu saat di mana tidak seorang Muslim pun yang memohonkan sesuatu kebaikan kepada ALLAH Ta`ala dan waktu bertepatan dengan saat itu, melainkan pasti ALLAH akan mengabulkan permohonannya. Dan saat itu ialah sesudah `Asar.” [²]
(HR Ahmad dan menurut al-`Iraqi hadith ini sahih)
Dari Jabir bin `Abdullah radhiAllahu `anhu , dari Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam, sabdanya yang bermaksud:
“Hari Jumaat itu terdiri daripada dua belas saat (waktu), di antaranya terdapat suatu saat di mana tiada seorang hamba yang Muslim pun memohon sesuatu kepada ALLAH Ta`ala, dan waktunya bertepatan dengan saat itu, melainkan akan dikabulkan oleh ALLAH. Dan carilah saat itu pada waktu-waktu terakhir setelah `Asar.” [²]
(HR an-Nasa’i dan Abu Daud, juga oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak dan dinyatakan sahih menurut syarat Muslim. Juga al-Hafidz dalam kitabnya al-Fath menganggap sanadnya hasan.)

Amalan-Amalan Sunat Berkaitan Jumaat
1) Mandi Pada Hari Jumaat
Dari Ibnu `Umar radhiAllahu `anhu bahawasanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:
“Apabila seseorang di antara kamu sekalian datang mengerjakan solat Jumaat maka hendaklah ia mandi.” [¹]
(HR al-Bukhari & Muslim)
Dari Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu bahawasanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:
“Mandi Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang telah dewasa.” [¹]
(HR al-Bukhari & Muslim)
Perintah yang terdapat dalam hadith-hadith di atas memberi makna sunat bukannya wajib berdasarkan hadith lain seperti berikut: [³]
Dari Samurah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:
“Barangsiapa yang berwudhu’ pada hari Jumaat maka beruntunglah dia pada hari itu. Dan barangsiapa yang mandi maka mandi itu lebih baik baginya.” [¹]
(HR Abu Daud dan at-Turmudzi, katanya hadith ini hasan)
2) Memakai Pakaian Yang Terbaik
Dari Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu, dari Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam yang maksu sabdanya:
“Setiap orang Muslim hendaklah mandi pada hari Jumaat, mengenakan pakaian yang terbaik dan kalau ada, hendaklah memakai harum-haruman.” [²]
(HR Ahmad, al-Bukhari & Muslim)
3) Memakai Haruman Untuk Ke Tempat Solat
Dari Salman radhiAllahu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:
“Seseorang yang mandi pada hari Jumaat dan bersuci sesuci-sucinya terus memakai minyak atau memakai harum-haruman yang ada di rumahnya kemudian keluar (untuk melaksanakan solat Jumaat) dan tidak memisahkan antara dua orang (yang sudah duduk) lantas solat sebagaimana yang telah ditetapkan kemudian ketika sang imam berbicara (khutbah) dia diam dan memperhatikan (dengar dengan teliti), nescaya diampunkanlah dosa-dosa yang dilakukan di antara hari itu dan Jumaat berikutnya.” [¹]
(HR al-Bukhari)
4) Datang Awal Ke Tempat Solat Untuk Bersolat Jumaat
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:
“Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi janabah kemudian dia segera pergi (ke masjid dan di sana belum ada orang) maka seakan-akan dia berkorban seekor unta. Barangsiapa yang datang pada saat kedua maka seakan-akan dia berkorban seekor lembu. Barangsiapa yang datang pada saat ketiga maka seakan-akan dia berkorban seekor domba yang bertanduk. Barangsiapa yang datang pada saat keempat maka seakan-akan dia berkorban seekor ayam jantan. Dan barangsiapa yang datang pada saat kelima maka seakan-akan dia berkorban sebutir telur. Apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka datanglah para malaikat untuk mendengarkan khutbah itu.” [¹]
(HR al-Bukhari & Muslim)
5) Mengambil Tempat Dengan Sopan Di Tempat Solat Kemudian Mengerjakan Solat Sunat.

6) Diam Dan Mendengar Khusyuk Akan Khutbah Jumaat

7) Perbanyakkanlah Solawat Ke Atas Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam

(baca artikel tentang keutamaan bersolawat ke atas Nabi SAW - klik)
Dari Aus bin Aus radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kamu sekalian adalah hari Juma`at. Oleh kerana itu, perbanyakkanlah solawat untukku pada hari itu, kerana sesungguhnya solawatmu itu diperlihatkan kepadaku.” [¹]
(HR Abu Daud dengan sanad yang sahih)
8) Memperbanyakkan Do`a
Berdasarkan hadith mengenai terdapatnya saat yang sangat mustajab do`a pada hari Juma`at yang telah disebutkan sebelum ini. (Rujuk nombor 5, Keutamaan Hari Jumaat)

9) Membaca Surah Al-Kahfi
(baca artikel mengenai kelebihan surah al-Kahfi - klik)
Dari Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, ALLAH akan mengurniakannya cahaya selama antara dua Jumaat.” [³]
(HR An-Nasa’i)
Semoga perkongsian ini ada manfaatnya buat kita semua dalam mencari bekal buat menuju redha ALLAH `Azza wa Jalla khususnya berkenaan apa yang boleh diperbuat pada hari Jumaat yang mulia. Kepada ALLAH lah kita memohon akan hidayah dan taufiq, amin…
ALLAHU A`LAM.
- muzir.wordpress.com
—
Rujukan:
[¹] Riyadhus-Solihin oleh Imam an-Nawawi, bab keutamaan hari Jumaat dan segala sesuatu yang berkaitan dengannya.
[²] Feqh as-Sunnah oleh Sayid Sabiq, bab Perihal Jumaat.
[³] Al-Fiqhul Manhaji `ala madzhab al-Imam asy-Syafi`i oleh Dr Mustofa Al-Khin, Dr Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, bab Sembahyang Jumaat.

SUMBER: http://muzir.wordpress.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan