AWAS! MEE PEMBUNUH!
Jumaat 17 Feb.2012
Memang nampak sedap bila dah siap digoreng. Gecor ayor lior, kata orang Perak.
Mee dibuat dari adunan tepung gandum dan telur? SALAH.
Mee dibuat dari adunan tepung gandum dan telur (mungkin tambah tepung ubi) jika miker uli sendiri di rumah. Mee yang dijual di pasar ada ingredien tambahan yang kita tak boleh makan.
Salah satu tugas adik Yong (seperti dalam N3 pisang goreng pembunuh) ialah turut serta dalam pemeriksaan premis kilang membuat mee. Apakah yang sering ditemui dalam pemeriksaan mengejut itu? Pasukan pemeriksa sering menemui asid boric, di dalam premis. menurut kajian, mee di pasaran mengandungi antara 6% hingga 33% asid boric. Kadar asid boric yang tinggi boleh menyebabkan muntah2, kerosakan buah pinggang dan kematian.
Asid boric ada dalam bentuk serbuk dan cecair, biasanya digunakan sebagai racun serangga (pesticide) dan pembunuh kuman (antiseptic). Ada sesiapa nak minum Ridsect dan Dettol?
Asid boric ada dalam bentuk serbuk dan cecair, biasanya digunakan sebagai racun serangga (pesticide) dan pembunuh kuman (antiseptic). Ada sesiapa nak minum Ridsect dan Dettol?
Mengikut Akta makanan, pengeluar boleh dikenakan hukuman maksima denda sehingga RM20,000 dan penjara 2 tahun jika didapati bersalah.
Walaupun pengilang telah berkali2 diberi amaran, mereka sangat ketegar dan terus melakukan kesalahan. Alasan mereka ialah, asid boric dapat mengekalkan rupa mee supaya kelihatan segar!
Carian di laman web Jakim mendapati hanya 9 produk mee kuning yang mendapat sijil Halal Jakim, seperti berikut:
Sekarang komer dah tahu. Komer carile mee dari syarikat di atas jer demi keselamatan keluarga. Persatuan pengguna Pulau Pinang pun dah letih bagi tahu Kerajaan supaya lebih peka! Menurut CAP, pada tahun 1988, asid boric menjadi punca kematian 13 kanak2 dan orang dewasa di Perak. Pihak CAP telah menjalankan kajian selama 25 tahun, tetapi masih tiada perubahan. Salah siapa? Baca di sini.
Isu dah lama, tapi kita sering lupa. Jadi,
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan