Rabu, 22 Februari 2012

AS minta maaf askarnya bakar Alquran

Khamis 23 Feb.2012
Republika - Pihak Rumah Putih meminta maaf atas tindakan ketenteraan AS di Afghanistan yang membakar kitab suci umat Islam, Al-Quran. Tentera AS membakar Al-Quran dan meletakkannya di tumpukan sampah di pengkalan tentera AS di Afghanistan.

Setiausaha Akhbar Jay Carney mengatakan itu adalah sebuah insiden yang sangat tidak menguntungkan. Menurutnya, aksi tersebut tidak mencerminkan rasa hormat tentera AS.

Namun, Carney menyatakan pembakaran Quran di Lapangan Terbang Bagram itu terjadi secara tidak sengaja. "Penyelidikan sedang dilakukan untuk memahami mengapa hal itu terjadi dan memastikan itu tidak akan berlaku lagi," katanya pada Selasa, (21/2).

Seorang pegawai tentera Barat mengatakan, Al-Quran telah dibuang dari sebuah perpustakaan di sebuah pusat penahanan di Lapangan Terbang Bagram, kerana mengandung mesej ekstremis.

Mengenai soalan berkaitan para pegawai pertahanan, Carney tidak membahas mereka secara khusus. Dia hanya mengatakan kerajaan akan mengkaji masalah tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan