Tentera Singapura Hina Islam: 'Islam Bukan Agama tapi Doktrin Politik otoriter'
Rabu 23 November 2011 Kementerian Pertahanan Singapura (MINDEF) memandang serius tindakan seorang anggota tenteranya yang menghina Islam di laman Facebook nya.
Kenyataan MINDEF ini merupakan jawapan atas soalan media mengenai laporan adanya anggota NSF (National Service in Singapore) yang mengeluarkan kenyataan menghina Islam di lama Facebook.
"Kami memandang serius kelakuan anggota kami di ruangan awam,''kata MINDEF seperti dilaporkan CNA.
Anggota itu dikenali bernama Christian Eliab Ratnam. Dia menyiarkan gambar teks berbunyi 'Islam bukan suatu agama tetapi doktrin politik autoritarian yang ditanamkan secara paksa.'
Ratnam juga menyokong perjuangan Israel dan Yahudi. Itu terlihat dari gambar bendera dan simbol Tentera Pertahanan Israel pada akaun Facebook-nya. Selain itu, dia juga menjadi ahli penyokong rakyat Israel dan Yahudi di Singapura.
Tindakannya turut dikecam oleh rakyat Singapura. Akaun Facebook milik Ratnam telah ditutup.
Salah seorang pemimpin MINDEF, Kolonel Desmond Tan berkata siasatan kes ini sedang berjalan. MINDEF membantu proses siasatan dan akan mengambil tindakan sewajarnya.
Seorang bekas ahli sayap Pemuda Parti Tindakan Rakyat (PAP), Jason Neo, sebelumn itu pernah disiasat kerana menghina anak-anak Melayu yang sedang menaiki bas sekolah. Dia melontarkan hinaannya juga di dalam Facebook.
sumber Diterjemah dari republika.co.id
sumber Diterjemah dari republika.co.id
Tiada ulasan:
Catat Ulasan