Jumaat, 18 November 2011

Ahmadinejad menghina dua sahabat Rasulullah!

Ahmadinejad pernah mengeluarkan kenyataan secara terang-terangan menghina dua orang sahabat Rasulullah Muhammad saw.

Kecaman dan hinaan Ahmadinejad itu disampaikan dalam sebuah rancangan televisyen secara langsung di Shabaka 3, saluran televisyen Iran, hanya beberapa hari sebelum pelaksanaan pilihan raya Iran.

Seperti yang diketahui, Iran yang dipelopori Syiah ini salah satu aliran Islam yang dianggap menyimpang jauh menyempitkan ruang gerakan para jemaah ahli Sunnah (kaum Sunni). Di bawah kepimpinan Ahmadinejad, bahkan para jemaah Sunni mengalami penderitaan yang belum pernah dialami sejak Revolusi Rafidi Khomeini.

Dalam rancangan tersebut, Ahmadinejad dengan tegas mengatakan bahawa Talhah dan Zubair adalah dua orang pengkhianat. "Talhah dan Zubair adalah dua orang sahabat Rasul, tapi setelah pemergian Rasul, mereka berdua kembali kepada ajaran sebelumnya dan mengikuti Muawiyah!"
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Nuffnang Ads
Padahal dalam sejarah, Talhah dan Zubair, dua orang sahabat Rasul itu, tidak pernah bertempur dengan Muawiyah, kerana kedua-duanya sudah meninggal sebelum peperangan Jamal pada tahun ke-36 kekhalifahan Islam di mana Muawiyah menjadi rajanya.

Kenyataan Ahmadinejad ini sudah jelas kemana arahnya, iaitu membuat sebuah perbandingan atas sahabat Rasul dulu dengan kejadian politik saat ini di Iran berkaitan dengan rivalnya Mousavi. Sebelum itu, Ahmadinejad sering menghina sekitar 15 juta penganut Sunni di Iran. Bahkan, pendahulu Ahmadinejad, Rafidi menghina dan menganggap remeh menghina 90% Muslim seluruh dunia.

Namun demikian, masih ramai juga pihak atau pengagum Rafidi dan pengingkar sahabat Rasul yang lain seperti Ahmadinejad ini. Mereka adalah orang yang tidak menyedari gerakan Syiah atau mereka yang tidak mahu memahami rejim 12 Imam ini yang merupakan musuh terbuka terhadap para sahabat Rasul.

sumber:hhrs2.0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan