Sikap Pemimpin Jemaah Islam yang Sepatutnya
14 September 2011Hari ini jemaah jemaah, harakah atau parti Islam begitu banyak sekali.Ada yang besar.Ada yang kecil.Ada yang terkenal.Ada yang tidak terkenal.Ada yang aktiviti nya terhad di sesuatu kawasan sahaja, saperti Parti Islam PAS.Ada yang aktivitinya melangkau hampir keseluruh dunia saperti jemaah Tabliq,Hisbut Tahrir dan Ikhwan Global (dulunya Al Arqam).Ada yang perjuangan mereka sudah menjangkau usia dan ada yang usianya setahun jagung.Ada yang di benarkan berjalan oleh pemerintah dan ada yang di larang.Ada yang benar benar mengikut ajaran Ahli Sunnah dan ada pula yang tidak selaras dengan perjalanan Ahli Sunnah.Ada jemaah yang wujudnya tetapi tidak diketahui langsung oleh orang ramai.
Jemaah jemaah Islamiah yang ada pada hari ini ibarat kapal kapal yang sedang belayar ke satu destinasi.Destinasi yang sama walaupun masa tiba nya tidak ditetapkan atau tidak sama.Masing masing bergerak mengikut arahan Nakhoda masing masing.Matlamat atau misi setiap jemaah ini ialah untuk mengembalikan penghayatan Islam ke seberapa ramai umat manusia yang ingin kembali kepada Islam.Dalam melaksanakan cita cita murni ini sepatutnya tidak timbul pertentangan, iri hati,hasad dengki dan marah oleh sesebuah jemaah terhadap jemaah yang lain.Kerana itu setiap pemimpin jemaah jemaah ini perlu membantu memperkenalkan siapa dia pemimpin sejati untuk zaman ini kepada seluruh pengikut dan seluruh umat Islam amnya, sekalipun pemimpin sejati berkenaan bukan datangnya daripada jemaah pimpinan mereka sendiri.
Hebahan saperti ini perlu untuk memastikan orang ramai tidak tersilap pilih pemimpin yang akan memimpin mereka.Peranan pemimpin jemaah Islamiah amatlah besar dan bererti dalam hal ini.Jangan biarkan umat Islam terus menerus tersalah pilih pemimpin dengan memilih pemimpin yang fasiq dan zalim dan bukan dari kalangan orang yang benar.Sesiapa yang memilih pemimpin selain pemimpin yang ciri cirinya sudah ditetapkan oleh Allah maka mereka adalah juga orang yang fasiq dan zalim.Dan sesiapa yang biarkan dirinya dipilih dan dilantik sebagai pemimpin sedangkan dia tahu dirinya tidak mempunyai ciri ciri kepimpinan yang ditetapkan oleh Allah maka dia adalah orang yang berbuat tiga kali zalim iaitu zalim terhadap seluruh umat Islam, zalim terhadap Allah dan zalim terhadap Rasulnya.
Orang awam adalah golongan yang teramai.Kebanyakkan mereka tidak tahu menahu langsung hendak memilih pemimpin melainkan memangkah di atas kertas undi mengikut rasa.Mereka hanya mudah terpengaruh dengan cakap cakap ahli politik yang berkempen.Sedangkan ramai ahli ahli politik yang apabila berkempen banyak cakap bohong dari bercakap benar. Ingat! pandangan mata dan pendengaran telinga selalunya silap dan menipu kita.Kerana itu ikutlah pandangan dari pihak ketiga yang tidak ada kepentingan politik .Jangan terikut atau terpengaruh dengan retorik orang politik yang berkempen yang terkongkong dalam fahaman dan kepentingan kelompoknya sahaja.
Cara yang paling baik ialah mencari limu yang bersesuaian dalam perkara ini.Dapatkan pandangan dari pelbagai sumber dan tempat.Jangan terlalu mudah menerima satu pandangan dari satu pihak sahaja.Kemudian sembahyang istikharah dan minta petunjuk yang jelas dari Allah.Jangan ikut pandangan masyarakat umum secara melulu dan sempit.Sikap emosional dan fanatik melulu merosakan keadaan.Ini adalah langkah terbaik sebagai seorang Muslim.
(Rujukan: Buku Rahsia Kegemilangan Umat Islam dan Persoalannya oleh Hawari bin Abdul Malik)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan