Rabu, 21 September 2011

Samurai tepati ramalan

22 Sept.2011

CEKAP...Khairul Fahmi menyelamatkan gawang daripada ditembusi penyerang Jepun.
CEKAP...Khairul Fahmi menyelamatkan gawang daripada ditembusi penyerang Jepun.

KETUA jurulatih, Ong Kim Swee akur dengan kehebatan Jepun yang menguasai setiap babak perlawanan sehingga sukar buat skuad Olimpik negara untuk bangkit menentang sehingga tewas 0-2 pada perlawanan pembukaan Kumpulan C Kelayakan Sukan Olimpik 2012, semalam.

Sekalipun tidak gembira dengan apa yang disaksikannya, beliau lega apabila pintu gol Malaysia hanya bolos dua gol.


Katanya pujian harus diberikan kepada ketangkasan kapten yang juga penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Dia bukan saja menafikan banyak percubaan berbahaya tuan rumah, tetapi bijak menyusun semula rakan di benteng pertahanan agar tidak goyah apabila kerap diasak. “Tidak dinafikan Khairul Fahmi memastikan keputusan perlawanan ini kekal 2-0 sehingga tamat,” katanya.


Ditanya apakah sebenarnya yang berlaku ke atas persembahan pasukan yang tidak bermain seperti kebiasaan, Kim Swee memberikan alasan bahawa menentang pasukan sehebat Jepun bukan mudah.


Andai pasukan hilang konsentrasi dan fokus permainan, mereka akan dihukum.

“Inilah yang berlaku seperti apa yang anda saksikan. Malahan pemain langsung tidak dapat bergerak apabila pemain Jepun pantas mengawal kawasan serta mengecilkan kebebasan untuk bergerak.


“Malah mereka tidak langsung membenarkan kita kembali menyusun pergerakan dengan melancarkan asakan dari segenap penjuru padang,” katanya.

Apapun Kim Swee percaya bahawa perlawanan pembukaan kebiasaannya tidak menjadi seperti yang diharapkan.


Jepun memang berhajat meraih kemenangan besar tetapi cuma menjaringkan satu gol pada setiap babak.


“Bagi kami pula, perlawanan ini yang semestinya cukup penting untuk kita mengutip mata, mungkin memberi sedikit tekanan untuk pemain memberikan yang terbaik.


“Terus terang saya memuji komitmen ditunjukkan setiap pemain. Memang bukan mudah menentang Jepun dan keputusan malam ini tidak begitu melukakan,” katanya.

h/metro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan