Jumaat, 30 September 2011


Turki: Ikhwan Harus Masuk Politik Syria



Jumaat, 30 September 2011

Turki: Ikhwan Harus Masuk Politik SuriahPerdana Menteri Recep Tayyip Erdogan menawarkan bantuan ke Syria untuk mengatasi demonstrasi dengan syarat, Suriah harus memasukkan beberapa orang dari Ikhawanul Muslimin sebagai anggota kabinetnya.

"Pada Jun lalu, Perdana Menteri Erdogan menawarkan, bila Presiden Syria Bashar al Assad memberikan seperempat dari total kursi pemerintahan ke Ikhwanul Muslimin, Turki berkomitmen akan menggunakan pengaruhnya untuk mengakhiri pemberontakan di Syria," ujar seorang diplomat Barat, seperti dikutip AFP, Jumat (30/9/2011).

Diplomat tersebut juga menambahkan, Presiden Assad menampik tawaran yang diberikan oleh Perdana Menteri Erdogan. Turki juga dikabarkan meminta Syria agar anggota Ikhwanul Muslimin menempati empat posisi di kementerian Suriah.

Menteri Luar Negeri Turki Ahmet Davutoglu meminta Presiden Assad agar tidak melarang eksistensi dari Ikhwanul Muslimin di Syria. Aktivis HAM mengatakan, ribuan warga Suriah ditahan di penjara dalam beberapa dekade atas tuduhan keterlibatannya dengan Ikhwanul Muslimin.

Pelarangan Ikhwanul Muslimin di Syria didasarkan, karena Syria menganut faham sekuler.

Seperti halnya di Mesir, Ikhwanul Muslimin sempat menjadi organisasi terlarang saat negara tersebut dipimpin oleh rezim militer. Namun, saat ini Ikhwanul Muslimin di Mesir justru mendapatkan massanya dan partai Ikhwan di Mesir diprediksikan akan memenangkan pemilihan umum.

Obama Semakin Populer di Israel







Jumat, 30 September 2011 20:41

Obama Semakin Populer di IsraelPopularitas Presiden Amerika Serikat naik tajam setelah dengan lantang ia mengatakan akan memveto permohonan keanggotaan tetap Palestina di Perserikatan Bangsa-Bangsa.

Berdasarkan hasil jajak pendapat yang dipublikasikan hari Rabu (28/9) oleh Jerusalem Post, sebanyak 54 persen Yahudi Israel meilai keputusan Obama itu menguntungkan Israel, sementara 19 persen lainnya menilai keputusan Obama adalah untuk kepentingan Palestina. Dalam jajak pendapat tersebut Jerusalaem Post mensurvei 506 orang dengan margin error 4,5 persen.

Sebelumnya, dalam jajak pendapat yang dipublikasikan Mei lalu, hanya 12 persen warga Israel yang menilai bahwa kebijakan Amerika Serikat adalah pro-Israel dan yang menilai kebijakan AS adalah pro-Palestina sebanyak 40 persen.

Faktor pendorong popularitas Obama di mata Yahudi Israel tidak lain adalah pidatonya di depan majelis umum Perserikatan Bangsa-Bangsa pada 21 September, yang mengatakan bahwa ia menolak upaya Presiden Palestina Mahmud Abbas untuk mencari pengakuan bagi negaranya.

Setelah beberapa waktu menduduki jabatannya sebagai presiden di tahun 2009, ia dihujani kritikan dari kelompok-kelompok pro-Israel, yang berpendapat bahwa kebijakan Obama terlalu keras terhadap Israel, dengan mendesak Palestina dan Israel kembali ke meja perundingan.

Jajak pendapat baru-baru ini oleh media-media Amerika Serikat menunjukkan, popularitasnya di kalangan pemilih Yahudi -- yang secara tradisional loyal kepada Partai Demokrat -- menurun tajam. Sementara Partai Republik mencitrakannya sebagai seorang yang anti-Israel.

Obama memenangkan suara hampir 80 persen pemilih Yahudi pada tahun 2008. Ketidakpopulerannya belakangan ini di kalangan Yahudi Amerika, dapat berakiba buruk terhadap nasibnya dalam pemilihan tahun 2012 mendatang. Sudah pasti ia harus bekerja keras merebut simpati komunitas Yahudi, terutama yang tinggal di kantong-kantong Yahudi di Florida dan Pennsylvania.

hidayatullah.com

Khamis, 29 September 2011

Daripada 5.08 juta penduduk Singapura, Melayu cuma 13 peratus

30 Sept.2011
Oleh: setisab

"Kerajaan Rakyat JUMLAH penduduk Singapura kini mencecah 5.18 juta orang - peningkatan sebanyak 2.1 peratus daripada 5.08 juta tahun lalu.

Pertambahan tersebut disebabkan kenaikan pada jumlah warga dan bukan penduduk Singapura.
Kini terdapat 3.26 juta warga Singapura - kenaikan sebanyak 0.8 peratus iaitu daripada 3.23 juta pada tahun lalu.

Kaum Cina membentuk 74 peratus jumlah penduduk, diikuti dengan kaum Melayu dengan 13 peratus dan India dengan 9.2 peratus.



Penduduk Melayu kini berjumlah 506,600 orang - kenaikan sebanyak 0.5 peratus atau 2,700 orang berbanding 503,900 pada 2010.

Perangkaan terbaru yang mendedahkan jumlah terkini penduduk Singapura sehingga lewat Jun lalu itu diumumkan Jabatan Statistik semalam.

Jumlah bukan penduduk - iaitu warga asing yang berada di sini untuk bekerja, belajar atau tinggal di sini tetapi tidak diberikan status penduduk tetap - meningkat 6.9 peratus kepada 1.39 juta tahun ini berbanding 1.31 juta tahun lalu.

Namun kadar kenaikan tersebut berkurangan daripada jumlah tinggi 15 peratus pada 2007 dan 19 peratus setahun kemudian.

Sementara itu, jumlah penduduk tetap jatuh sebanyak 1.7 peratus kepada 532,000 orang berbanding 541,000 tahun lalu.

Ini berbanding dengan pertumbuhan sebanyak 1.5 peratus tahun lalu dan sekurang-kurangnya kenaikan 6 peratus setiap tahun antara 2005 dengan 2009.

Menyentuh tentang jumlah penduduk yang semakin tua, kadar penduduk Singapura yang berusia 45 tahun ke atas turut bertambah.

Usia median penduduk meningkat daripada 37.4 tahun pada 2010 kepada 38 tahun, tahun ini.

Nisbah jumlah penduduk pada usia bekerja berbanding penduduk tua telah berkurangan.

Terdapat 7.9 penduduk berusia 15 hingga 64 tahun bagi setiap penduduk berusia 65 tahun dan ke atas tahun ini - satu kemerosotan sebanyak 8.2 peratus tahun lalu.

Lebih ramai penduduk wanita berbanding lelaki, dengan nisbah jantina adalah 972 lelaki bagi setiap 1,000 wanita tahun ini - berkurangan sebanyak 974 daripada tahun sebelumnya.

Kadar penduduk yang belum berumah tangga naik daripada 30 peratus pada 2000 kepada 32 peratus tahun lalu.

Kadar bagi golongan yang bercerai atau berpisah juga meningkat daripada 2.5 peratus kepada 3.3 peratus dalam tempoh yang sama sementara kadar penduduk yang berkahwin berkurangan daripada 62 peratus kepada 59 peratus bagi tempoh yang sama.

Profil pendidikan penduduk juga bertambah maju sejak kebelakangan ini.

Sekitar 49 peratus penduduk yang bukan pelajar berusia 15 tahun ke atas tahun lalu mempunyai sekurang-kurangnya kelayakan posmenengah - kenaikan daripada 33 peratus pada tahun 2000.

Jumlah siswazah universiti juga bertambah dengan banyaknya, daripada 12 peratus pada 2000 kepada 23 peratus tahun lalu.

Sekitar 3.12 juta atau 82 peratus penduduk Singapura tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada tahun ini.

Ikhwan ancam boikot pilihan raya pada 28 November depan


3 Zulkaedah 1432H.

KAHERAH: Kumpulan parti pembangkang, Ikhwanul Muslimin bersama 59 parti lain, kelmarin mengancam untuk memboikot pilihan raya yang akan diadakan 28 November depan jika pemerintah tentera tidak meminda undang-undang pilihan raya.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu turut memberi tempoh sehingga Ahad ini bagi memenenuhi tuntutan mereka.

Selasa lalu, Majlis Tertinggi Tentera menyatakan pilihan raya akan bermula pada 28 November depan dan mereka yang mahu bertanding perlu mendaftar semasa hari penamaan calon pada 12 Oktober depan.

“Kami tidak akan menyertai pilihan raya tersebut melainkan undang-undang asal dipinda,” menurut kenyataan yang ditandatangani oleh Gabungan Perikatan Demokratik itu.

warkahdaily/-

AS sedia perang di Pakistan


3 Zulkaedah 1432H.

Yusuf Raza Gilani (kiri) dan Laksamana Mike Mullen
Islamabad tolak tekanan Washington henti sokong kumpulan Haqqani

WASHINGTON: Semakin ramai anggota Kongres Amerika Syarikat menyokong langkah memperluas tindakan ketenteraan di Pakistan daripada sekadar serangan pesawat kawalan jauh yang digunakan untuk menyasarkan militan di sempadan negara itu.

Senator Lindsey Graham, tokoh berpengaruh Republikan mengenai dasar luar dan hal-ehwal ketenteraan, membuat komen itu selepas pegawai kanan tentera Amerika, Laksamana Mike Mullen yang menuduh Pakistan menyokong pergerakan militan Haqqani untuk menyerang Kedutaan Amerika di Kabul, 13 September lalu.

Penyelesaian kepada isu berasaskan tanggapan semata-mata perlu menerusi rundingan. Langkah menyalahkan Pakistan perlu dihentikan dan kepentingan negara Pakistan perlu dihormati.

Yusuf Raza Gilani, Perdana Menteri Pakistan Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton, kelmarin pula berkata Washington semakin hampir memutuskan sama ada untuk melabelkan Haqqani sebagai kumpulan pengganas.

Amerika sudah lama mendesak Pakistan memburu kumpulan Haqqani yang bersekutu dengan Taliban dan paling aktif memerangi tentera asing di Afghanistan.

Kumpulan Haqqani yang berpangkalan di Pakistan menjadi tumpuan sejak pegawai Amerika menuduhnya melancarkan serangan selama 13 jam ke atas Kedutaan Amerika di Kabul kononnya dengan sokongan agensi perisikan tentera Pakistan yang berpengaruh iaitu ISI.

Sementara itu, di Islamabad, pemimpin politik Pakistan meminta Amerika berhenti menyalahkan Islamabad atas ketidakstabilan serantau ketika semua pemimpin parti mengadakan rundingan bagi membincangkan reaksi terbaru dari Washington.

Perdana Menteri Pakistan, Yusuf Raza Gilani ketika mengulas kepada pemberita, berkata: “Penyelesaikan kepada isu berdasarkan tanggapan semata-mata mestilah menerusi rundingan. Pakistan tidak boleh ditekan supaya melakukan lebih banyak lagi.”

Gilani juga memberitahu pemimpin ISI, Leftenan Jeneral Ahmad Shuja Pasha dan pemerintah tentera, Jeneral Ashfaq Kayani:

“Kepentingan negara kita perlu dihormati setiap masa. Bagi kita, pintu rundingan masih terbuka. Kami perlukan kerjasama masyarakat antarabangsa.”

Islamabad, yang menerima bantuan berbilion dolar dari Amerika di sebalik keengganan memerangi rangkaian Haqqani, berdepan tekanan hebat untuk memerangi militan Islam sejak ia menyertai kempen memerangi keganasan tajaan Amerika sedekad lalu. – Reuters

Patung ditemui dibulan oleh angkasawan Apollo 1969 dan baru hari ini didedahkan?

30 Sept.2011


Akhirnya para saintis mencari bukti adanya kehidupan cerdas di permukaan bulan. Bukti tersebut berupa sebuah patung 10 inch yang dinamakan, The angel. Di katakan patung ini ditemui di runtuhan batuan bulan yang di ambil oleh angkasawan apollo XI tahun 1969!!

Kalangan orang dalaman NASA telah lama mengetahui adanya fakta ini namun mereka merahsiakannya dari awam. Hanya baru-baru ini saja seorang bekas saintis di NASA, Dr charles menghebahkannya kepada dunia.

Gaji satu lapis sektor awam diwujud semula, naik hingga 40 peratus

30 September , 2011

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.

Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”.

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).

“Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu.

Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.

Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”

“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.

Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu.

“Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.

“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam ... kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.

“Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi.

Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.

SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam.

SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.

Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi.

The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.

Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.

Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.

Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini.

Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.

Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

themalaysiainsider


Pemimpin yang tidak jujur

30 September 2011

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang diserahkan oleh Allah akan sesuatu urusan dari beberapa urusan pemerintahan kau muslimin, lalu ia tidak mempedulikan tentang keperluan mereka, kesusahan dan penderitaan mereka nescaya Allah tidak akan mempedulikan tentang keperluan, kesusahan dan penderitaannya di hari kiamat nanti.” [HR Abu Daud dan at-Tirmidzi ]

Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya:”Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya. Jika Imam memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya dan jika dia memerintahkan selain itu maka dia mendapat siksa.” (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga)”. (Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi)

Nabi saw. bersabda, "Tiada seorang pemimpin yang memimpin sepuluh orang (dan ke atas) melainkan dibawa datang pada hari kiamat dalam keadaan diikat. Tidak akan melepaskannya melainkan keadilan, atau dia akan dibinasakan oleh kezaliman” (Riwayat Ahmad, Abu Ya’la dan al-Baihaqi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Bukhari)

Letupan kuat kebakaran kilang penapisan Shell, Singapura


30 Sept/2011.

SINGAPURA 29 Sept. - Satu letupan kuat kedengaran di kilang penapisan minyak Shell di Pulau Bukom kira-kira tengah hari semalam ketika operasi memadamkan kebakaran dijalankan di kilang penapisan itu.

Kebakaran di kilang penapisan itu dipercayai membabitkan produk petroleum daripada paip dalam tangki di kawasan kilang itu.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam kenyataan hari ini berkata, keadaan kini adalah terkawal.

Operasi penyejukan masih dijalankan bagi mengelak bahang panas merebak ke tangki simpanan berhampiran.

Dalam operasi memadamkan kebakaran itu, tiga jentera bomba SCDF mengalami kerosakan dengan dua daripadanya rosak teruk. - Bernama

Rabu, 28 September 2011

Iran akan hantar kapal perang ke perairan Amerika Syarikat

29 Sept.2011

Tentera Laut Iran merancang menurunkan armadanya di perairan Atlantik berhampiran kawasan Amerika Syarikat. Langkah ini dilakukan untuk membalas armada AS yang sering berkeliaran bebas di dekat perairan Iran.

Rencana ini disampaikan Iran pada sebuah artikel di pejabat berita IRNA, dikutip oleh CNN, Selasa 27 September 2011. Tajuk artikel tersebut adalah "Angkatan Laut Tentera Iran Akan Memiliki Kewujudan yang Kuat di Sempadan Amerika Syarikat."

"Komandan Tentera Laut Tentera Republik Islam Iran mengumumkan rancangan menempatkan satuannya di Lautan Atlantik. Dia mengatakan 'sama dengan kekuatan arogan dunia berada di perairan sempadan kita, maka kita, dengan bantuan pelaut yang memegang teguh konsep yurisprudensi tertinggi, akan berada di laut sempadan Amerika Syarikat ', "tulis IRNA.

Komandan AL yang dipetik dalam artikel tersebut adalah Admiral Habibollah Sayari pada pidatonya di peringatan 31 tahun perang Iran-Iraq. Sebelumnya, Sayari juga pernah mengumumkan rancangan yang sama pada bulan Julai tahun ini.

Agaknya AL Iran sudah mulai mengembangkan kemampuannya. Sebelumnya pada Februari, dua kapal AL Iran belayar melalui Terusan Suez untuk pertama kalinya sejak tahun 1979.

Selain ke perairan Atlantik, Iran juga merancang untuk menghantar kapal perangnya dari armada ke 16 ke Teluk Aden. Kapal perang ini ditugaskan melindungi kapal tanker minyak Iran dari bajak laut.

Kerajaan Iran berulangkali memastikan kewujudan kapal perangnya di perairan antarabangsa bukanlah ancaman bagi negara-negara lain. Iran mengatakan prinsip angkatan bersenjata mereka adalah berlangsung.

Belum ada komentar apa-apa dari Kementerian Pertahanan AS menjawab rencana Iran tersebut. Tentera Laut AS sendiri memang telah berkali-kali menurunkan armadanya di perairan Teluk Parsi di masa lalu.
Diterjemah dari fiqhislam

PM Thailand miliki kekayaan RM53.7 juta

29 Sept 2011/2 Zulkaedah 1432H.



BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra (gambar) memiliki aset bersih berjumlah 541 juta baht (RM53.7 juta) sekali gus jauh kurang daripada kekayaan abangnya Thaksin, kata sebuah badan pencegah rasuah semalam.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan dalam laporannya menyatakan, anak lelaki Yingluck yang berusia sembilan tahun memiliki aset sebanyak 4.4 juta baht (RM449,233) manakala suaminya mengisytiharkan pemilikan aset berjumlah 76.8 juta baht (RM7.84 juta) bersama hutang sebanyak 369.7 juta baht (RM37.74 juta).
Yingluck yang memiliki aset termasuk hartanah dan pelaburan bukan merupakan anggota kabinet terkaya di Thailand.
Kedudukan tersebut adalah milik Menteri Sains dan Teknologi Plodprasop Suraswadi dengan aset berjumlah 963 juta baht (RM98.3 juta).
Sebelum menjadi Perdana Menteri, Yingluck merupakan Presiden firma hartanah Thailand, SC Asset Corp dan pernah memegang pelbagai jawatan dalam empayar perniagaan abangnya, Thaksin.
Pada Februari 2010, Mahkamah Tinggi Thailand merampas sejumlah AS$1.4 bilion (RM4.4 bilion) kekayaan Thaksin iaitu lebih separuh asetnya kerana dakwaan salah guna kuasa. - AFP

Selasa, 27 September 2011

Takbir, empat buah tanker NATO hancur

28 Sept.2011

Militan Pakistan telah menghancurkan empat lori tanker NATO di wilayah selatan Pakistan Sindh yang mengangkut bahan bakar untuk pasukan pimpinan Amerika di negara jiran Afghanistan, Press TV melaporkan.

Para pegawai Pakistan berkata militan melepaskan tembakan ke arah konvoi lori tanker minyak NATO di bandar Shikarpur di Wilayah Sindh pada hari Isnin lalu (26 / 9).

Lori tanker dibakar dalam serangan itu namun tidak ada korban jiwa yang dilaporkan.

Ratusan tanker NATO dan kontena telah dihancurkan di pelbagai bahagian wilayah Pakistan selama tiga tahun terakhir.

Pejuang pro-Taliban sering mendakwa bertanggungjawab atas serangan tersebut, berkata bahawa serangan itu sebagai balasan serangan udara AS di wilayah kesukuan Pakistan.

Serangan telah mendorong para pegawai AS untuk mencari laluan alternatif bagi bekalan bahan bakar untuk tentera asing di Afghanistan.

Ahmad Idham bersama Nasrudin Hassan

PETALING JAYA: Isu filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan kalimah syahadah akhirnya selesai selepas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) yang diwakili Nasrudin Hassan menerima penjelasan daripada penerbit filem tersebut Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Excellent Pictures dalam satu kenyataan di sini, Isnin, berkata dalam pertemuan itu kedua-dua pihak sebulat suara mencapai penyelesaian dalam suasana yang cukup mesra dan menganggap isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan lagi.

“Pertemuan ini memberikan hasil yang cukup positif. Selain itu, ia juga menunjukkan sifat keterbukaan kedua-dua belah pihak dalam menerima sebarang cadangan sekali gus mampu memperbaiki penghasilan filem pada masa akan datang untuk industri perfileman tempatan.

“Perbincangan ini turut mencapai kata sepakat sementara pihak Pemuda PAS juga bersedia menyokong penerbitan filem tempatan khususnya yang boleh membawa mesej berguna kepada masyarakat,” katanya.

Minggu lalu, filem Hantu Bonceng dikecam oleh DPPM kerana dikatakan telah mempersendakan kalimah syahadah dan menghina agama Islam.

Dalam satu adegan filem itu, Zizan (membawa watak Amran) yang pengsan di hospital akibat kemalangan tiba-tiba terkejut selepas terbayangkan wajah hantu lalu menyebut "Asyhadu anna Muhammadar... Syaitan".

Pihak yang mempertikaikan dialog berkenaan mendakwa ia membawa maksud jika diterjemahkan seolah-olah berbunyi seperti "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu... Syaitan

Dalam pertemuan tersebut, Ahmad Idham turut berkesempatan memberi penerangan kepada DPP berkaitan senario industri perfileman tempatan.

Dalam kesempatan ini juga, kedua- dua belah pihak memohon agar isu berkaitan ini tidak lagi diperbesarkan dan dipertikai oleh mana-mana pihak kerana ia sudah diselesaikan dalam pertemuan berkenaan.

mstar online

Pengakuan Raja Heraclius Tentang Muhammad Saw

Oleh:
zharifjenn

"
Potret Hereclius pada syiling lama

Pada masa Perjanjian Hudaibiyah atau gencatan senjata antara kaum muslimin dan musyrikin Quraisy, Rasulullah saw mengutus beberapa sahabat. Mereka dikirim kepada raja-raja bangsa Arab dan bukan Arab untuk menyeru agama Islam. Salah satu sahabat yang diutus adalah Dihyah bin Khalifah Al-Kalbi. Ia ditugaskan untuk menyampaikan surat dakwah kepada Heraclius, Raja Rom.

Kedatangan Dihyah diterima oleh Heraclius dengan sangat baik. Kemudian Dihyah menyampaikan surat dakwah dari Rasulullah saw kepada Raja Rom tersebut. Setelah Heraclius membaca surat Rasulullah saw, Heraclius segera menyuruh pengawalnya untuk mencari orang-orang yang mengenal Muhammad. Ketika itu Abu Sufyan berada di sana bersama serombongan kafilah dagang Quraisy.

Surat Rasulullah kepada Herclius

Para pengawal kerajaan pun melaporkan keberadaan Abu Sufyan dan teman-temannya kepada Heraclius. Kemudian dipanggilnya Abu Sufyan yang masih membenci Islam bersama teman-temannya ke hadapan Raja Rom tersebut.

Abu Sufyan dan teman-temannya datang menghadap Heraclius. Dengan didampingi seorang penerjemah, Heraclius memulakan pembicaraan dengan bertanya, "Siapa di antara kamu semua yang paling dekat dengan garis keturunannya dengan orang yang mengaku sebagai nabi ini?"

Abu Sufyan menjawab, "Saya, Tuan!"

Kemudian terjadilah dialog di antara keduanya di hadapan para petinggi istana Rom. Berikut adalah dialog yang diceritakan oleh Abu Sufyan dan diriwayatkan kembali oleh Bukhari.

Heraclius : "Bagaimana kedudukan keluarganya di antara kamu?"

Abu Sufyan : "Dia berasal dari keturunan bangsawan."

Heraclius : "Adakah di antara keluarganya mengaku Nabi?"

Abu Sufyan : "Tidak."

Heraclius : "Adakah di antara nenek moyangnya yang menjadi raja atau pemerintah?"

Abu Sufyan : "Tidak ada."

Heraclius : "Apakah pengikut agamanya itu orang kaya ataupun orang kebanyakan?"

Abu Sufyan : "Pengikutnya adatah orang lemah, miskin, budak, dan wanita muda."

Heraclius : "Jumlah pengikutnya bertambah atau berkurang?"

Abu Sufyan : "Terus bertambah dari waktu ke waktu."

Heraclius : "Setelah menerima agamanya, adakah pengikutnya itu tetap setia kepadanya ataupun merasa kecewa, lalu meninggalkannya?"

Abu Sufyan : "Tidak ada yang meninggalkannya."

Heraclius : "Sebelum dia menjadi nabi, adakah dia suka menipu?"

Abu Sufyan : "Tidak pernah."

Heraclius : "Pernahkah dia mengingkari janji atau mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepadanya?"

Abu Sufyan : "Tidak pernah. Kami baru saja melakukan perjanjian gencatan senjata dengannya dan menunggu apa yang akan diperbuatnya."

Heraclius : "Pernahkah engkau berperang dengannya?"

Abu Sufyan : "Pernah."

Heraclius : "Bagaimana hasilnya?"

Abu Sufyan : "Kadang-kadang kami yang menang, kadang-kadang dia yang lebih baik daripada kami."

Heraclius : "Apa yang dia perintahkan kepadamu?"

Abu Sufyan : "Dia hanya memerintahkan kami untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan-Nya dengan apapun, meninggalkan tahyul dan kepercayaan nenek moyang kami, mengerjakan solat, membayar zakat dan berbuat baik kepada fakir miskin, bersikap jujur, memelihara apa yang diamanahkan kepada kita dan mengembalikan dalam keadaan yang baik, memelihara silaturrahim dengan semua orang, dan yang paling penting dengan keluarga sendiri."

Lalu, seperti dikisahkan oleh Abu Sufyan r.a, Heraclius memberikan tanggapan sebagai berikut melalui penerjemahnya.

Heraclius : "Aku bertanya kepadamu tentang salasiah keluarganya dan kau menjawab dia adalah keturunan bangsawan terhormat. Nabi-nabi terdahulu pun berasal dari keluarga terhormat di antara kaumnya.

Aku bertanya kepadamu apakah ada di antara keluarganya yang menjadi nabi, jawabannya tidak ada. Dari sini aku menyimpulkan bahwa orang ini memang tidak dipengaruhi oleh sesiapa pun dalam hal kenabian yang diikrarkannya, dan tidak meniru sesiapa pun dalam keluarganya.

Aku bertanya kepadamu apakah ada keluarganya yang menjadi raja atau pemerintah. Jawapannya tidak ada. Jika ada nenek moyangnya yang menjadi penguasa, aku beranggapan dia sedang berusaha mendapatkan kembali kekuasaan keturunannya.

Aku bertanya kepadamu adakah dia pernah berdusta dan menurutmu, dia tidak pernah menipu. Orang yang tidak pernah berdusta kepada sesamanya tentu tidak akan berdusta kepada Allah.

Aku bertanya kepadamu mengenai golongan orang-orang yang menjadi pengikutnya dan menurutmu pengikutnya adalah orang miskin dan hina. Demikian pula halnya dengan orang-orang terdahulu yang mendapat panggilan kenabian.

Aku bertanya kepadamu adakah jumlah pengikutnya bertambah atau berkurang. Jawapanmu, terus bertambah. Hal ini juga terjadi pada iman sampai keimanan itu lengkap.

Aku bertanya kepadamu apakah ada pengikutnya yang meninggalkannya setelah menerima agamanya dan menurutmu tidak ada. Itulah yang terjadi jika keimanan sejati telah mengisi hati seseorang.

Aku bertanya kepadamu apakah dia pernah ingkar janji dan menurutmu tidak pernah. Sifat dapat dipercaya adalah ciri kerasulan sejati.

Aku bertanya kepadamu apakah engkau pernah berperang dengannya dan bagaimana hasilnya. Menurutmu engkau berperang dengannya, kadang-kadang kamu yang menang dan kadang kala dia yang menang dalam urusan duniawi.

Para nabi tidak pernah selalu menang, tetapi mereka mampu mengatasi masa-masa sukar dalam perjuangan, pengorbanan, dan kerugiannya sehingga akhirnya mereka memperoleh kemenangan.

Aku bertanya kepadamu apa yang diperintahkannya, engkau menjawab dia memerintahkanmu untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan-Nya, serta melarangmu untuk menyembah berhala, dan dia menyuruhmu solat, bercakap benar, serta penuh perhatian. Jika apa yang kau katakan itu benar, dia akan segera berkuasa di tempat aku memijakkan kakiku ketika ini.

Aku tahu bahawa orang ini akan lahir, tetapi aku tidak tahu bahwa dia akan lahir dari kaummu (orang Arab). Jika aku tahu aku dapat mendekatinya, aku akan pergi menemuinya. Jika dia ada di sini, aku akan membasuh kedua kakinya dan agamanya akan menguasai tempat dua telapak kakiku!"

Selanjutnya, Heraclius berkata kepada Dihyah Al-Kalbi, "Sungguh, aku tahu bahawa sahabatmu itu seorang nabi yang akan diutus, yang kami tunggu-tunggu dan kami ketahui berita kedatangannya dalam kitab kami. Namun, aku takut orang-orang Rom akan melakukan sesuatu kepadaku. Kalau bukan kerana itu, aku akan mengikutinya!"

Untuk membuktikan kata-katanya tersebut, Heraclius memerintahkan orang-orangnya untuk mengumumkan, "Sesungguhnya Raja Heraclius telah mengikuti Muhammad dan meninggalkan agama Nasrani!" Seluruh pasukannya, lengkap dengan senjata serentak menyerbu ke dalam ruangan tempat Hereclius berada, lalu mengepungnya.

Kemudian Pemerintah Rom itu berkata, "Engkau telah melihat sendiri bagaimana bangsaku. Sungguh, aku takut kepada rakyatku!"

Heraclius meleraikan pasukannya dengan menyuruh pengawalnya mengumumkan berita, "Sesungguhnya raja lebih senang bersama kamu semua. Tadi beliau sedang menguji kamu semua untuk mengetahui kesabaran kamu semua dalam agama Nasrani. Sekarang pergilah!"

Mendengar pengumuman tersebut, terbubarlah pasukan yang hendak menyerang Hereclius tadi. Raja Hereclius pun menulis surat untuk Rasulullah saw yang terkandung, "Sesungguhnya aku telah memeluk Islam." Herclius juga menyelitkan hadiah beberapa dinar kepada Rasulullah saw.

Ketika Dihyah menyampaikan surat Raja Heraclius kepada Rasulullah saw, beliau berkata, "Musuh Allah itu berdusta! Dia masih beragama Nasrani."

Rasulullah saw pun membagi-bagikan hadiah berupa wang dinar itu kepada kaum muslimin.

"

Bandar raya terapung


27 Syawal 1432H.

PROJEK Utopia lebih seperti bandar raya terapung berbanding sebuah bot.

DARI fiksyen menjadi realiti...projek Utopia seperti tempat persembunyian Stromberg dalam filem James Bond, The Spy Who Loved Me

SOUTHAMPTON: Ia kelihatan seperti sesuatu yang pernah digunakan dalam filem James Bond.

Bagaimanapun, sebuah syarikat Britain percaya, bangunan terapung ini boleh menjadi sebahagian daripada kehidupan masa depan di laut.

Dengan 11 dek yang boleh digunakan sebagai kediaman, kawasan meninjau 360 darjah, empat tempat tempat helikopter mendarat, tempat berlabuh sendiri,

beberapa kolam renang dan ruang yang sama besar dengan sebuah kapal peranginan mewah, ia boleh diangap sebuah bandar raya terapung.

Meskipun ia tidak sesuai untuk digelar kapal mewah, rekaan itu yang dinamakan ‘Projek Utopia, didedahkan kepada pengunjung Pameran Kapal Layar Monaco baru-baru ini.

Perekanya, BMT Nigel Gee, dari Southampton, masih belum meletakkan harga pulau terapung itu atau menentukan jenis pelanggan yang mungkin berminat untuk membelinya.

Ia direka untuk terapung pada empat platform, setiap satu dilengkapi dengan penujah bagi membolehkan keseluruhan pulau terapung ini stabil, walaupun di laut yang bergelora.

Mampu untuk bergerak dengan perlahan, ia terbentang selebar 65 meter di atas permukaan laut, menyediakan dek meninjau 13 tingkat untuk pelawat dengan pemandangan panoramik.

Di bawahnya, dek ruang utama penempatan dan perkhidmatan, yang boleh menempatkan kedai, bar dan restoran, akan dilitupi dengan kanopi yang boleh ditutup dan dibuka.

Pengarah Yatch Design, James Roy percaya, rekaan ini mencabar kepercayaan terhadap seni bina tradisional mengenai pengangkutan laut.

Beliau berkata: “Wawasan mengenai masa depan sentiasa dikekang oleh kebiasaan dengan yang ada ketika ini atau gambaran pada yang lalu.

“Banyak yang dihasilkan dalam masyarakat pereka hari ini bermula di atas sekeping kertas kosong. Tetapi banyak, jika tidak semua konsep kapal mewah merujuk kepada bentuk tradisional.

“Kerana tanggapan bahawa sebuah kapal mewah mesti berbentuk pengangkutan, ia serta merta mengekang ilham pereka.

“Utopia bukan objek pengangkutan. Ia sebaliknya adalah tempat, sebuah pulau yang diwujudkan untuk sesiapa saja, yang ada wawasan untuk mencipta tempat seumpama itu.”

James berkata, rekaan itu yang dihasilkan bersama dengan Yacht Island Design, mempamerkan bagaimana syarikat itu, yang tertumpu kepada pembinaan kapal mewah, kapal komersial dan tentera laut, menggunakan teknologi canggih bagi membawa sesuatu yang baru ke dalam industri itu.

“Dengan merintis idea rekaan seperti Utopia adalah jenis projek yang menjadi kemahiran kumpulan kami.

“Pendekatan pemikiran ke hadapan dan pengalaman kejuruteraan canggih yang tidak ada tandingan membolehkan kami bekerjasama rapat dengan pereka dan syarikat membuat kapal serta menjelmakan idea ini menjadi realiti. - Agensi

Isnin, 26 September 2011

Peta dunia yang menunjukkan kabel internet bawah laut


27 Sept.2011
Headline

Dunia seolah menjadi tegang ketika sambungan internetnya terputus seperti pada saat kabel bawah laut penghubung Eropah dan Timur Tengah terputus tahun lalu atau semasa kapal 'menggores' kabel bawah laut di samudera Hindia seperti dilaporkan Dailymail.

Kini, peta interaktif baru dari Telegeography akan membantu kapal untuk tidak 'mengusik' kabel canggih rangkaian berbilion-bilion dolar yang menyokong 99% perjalanan trafik internet global. Peta ini dibuat menggunakan maklumat dari Global Bandwidth Research Service.

Peta ini menunjukkan kedudukan kabel dan memberitahu stesen pendaratannya, siapa pemiliknya, seberapa panjang, dan bila kabel ini siap beroperasi atau tidak beroperasi. Pada peta versi ini, pengguna cukup menekan kabel untuk mengetahui infonya.

Tim Stronge dari Telegeography yang menciptakan peta ini mengatakan, "Kabel bawah laut ini sangat mahal namun mampu menghantarkan kapasiti besar. Kos pererawatan tahunan kabel ini menghabiskan US $ 10 juta. Jika kord rosak, pemilik kabel perlu membayar kos pembaikan dengan harga US $ 10 ribu per hari.

Kesan kerosakan kabel ini sendiri sangat menakutkan. Pada 2008, satu kabel antara Sicily dan Mesir mengalami kerosakan. Hal tersebut menyebabkan 50% menjadi bandar 'gelap' dan juga menyebabkan industri komputer serta pasaran saham negara itu mati selama berjam-jam.

http://keretaburuk12.blogspot.com

Kelantan serap enakmen hudud dalam hukuman syariah


September 26, 2011

KUALA LUMPUR, 26 Sept — Ekoran sekatan hampir dua dekad, Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mahu memasukkan enakmen hudud dalam hukuman syariah negeri Kelantan untuk diguna pakai oleh Mahkamah Syariah.

Oleh itu kata Nik Aziz, PAS berusaha untuk memastikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hudud dan Qisas) dimasukkan dalam senarai hukum Mahkamah Syariah supaya hakim dapat menggunakannya ketika perbicaraan.

“Usaha kami ialah nak masukkan enakmen hudud dalam senarai hukum Mahkamah Syariah di Kelantan, maknanya kami orang politik berusaha untuk itu supaya ia dapat digunakan oleh hakim,” kata Nik Aziz.

Kata Nik Aziz lagi, “saya ulang sekali lagi, kami hanya nak masukkan enakmen hudud dalam senarai hukum supaya mahkamah akan menggunakan akta ini.”

Jelas beliau, apabila kes dibawa ke mahkamah, hakim akan menentukan ada prima facie atau sebaliknya.

“Kalau ada prima facie, ada peguam bela dan peguam cara. Daripada Malaysia menerima hukuman gantung sampai mati mandatori (dalam kes) dadah (atau) senjata apa, maka lebih baik terima hudud.

“Gantung sampai mati ini menyebabkan keluarga merana, tak ada tempat nak bergantung, merana hidup dalam keadaan lapar, hudud ini tak mati orang, bila kena hudud tak mati manusia,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Pada 1993, Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.

Bagaimanapun sehingga kini ia tidak dapat dilaksanakan kerana dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

http://www.themalaysianinsider.com