Ahad, 25 Julai 2010

SET 3(5)

5.A)Nyatakan lima sifat terpuji yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w. sehingga dihormati oleh masyarakat Arab Jahiliah.

Perkataan dan perbuatan dipercayai kerana tidak pernah berbohong
Bijaksana dengan menyelesaikan peletakan batu Hajar Aswad
Bersifat pengasih dan bertimbang rasa
Membantu isteri memasak / menampal pakaian / melayan anak / membersih rumah
Memberikan didikan agama yang cukup kepada anak-anak
Mengamalkan cara hidup yang sederhana
Sentiasa merendah diri
Seorang yang pemaaf
Sentiasa menyampaikan (Tabligh)


B)Jelaskan bukti-bukti yang menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam menyebarkan dakwah Islamiah kepada orang ramai

Baginda menyampaikan dakwah secara lemah-lembut dan berhikmah
Tidak memaksa orang ramai memeluk Islam
Memujuk dengan menggunakan akal.
Menggunakan pendekatan membandingkan nilai akhlak masyarakat Arab Jahiliah dengan nilai akhlak yang disarankan oleh Islam
Membacakan ayat al-Quran semasa menjawab pertanyaan para sahabat
Memberi penerangan / penjelasan tentang pemasaalahan Islam
Menunjukkan contoh teladan yang baik.

C)Nyatakan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. dalam bidang perdagangan.

Baginda pernah menjalankan perniagaan secara perseorangan
berkongsi dengan teman baginda.
Sejak berumur 12 tahun
baginda telah mengikuti rombongan perniagaan bapa saudara baginda, Abu Talib
ke Syam.
Baginda berkebolehan menjalankan perniagaan Khadijah
memperoleh keuntungan yang berlipat ganda
Baginda berniaga dengan menunjukkan sifat jujur, tutur kata yang baik.
memberikan layanan yang sewajarnya kepada pelanggan
Seorang pedagang yang dihormati
menjadi contoh kepada masyarakat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan