Khamis, 22 Julai 2010

SET 3(3)

3.A)Namakan tokoh yang mempelopori Gerakan Islah

Sheikh Tahir Jalaluddin
Syed Syeikh Al- Hadi
Dr. Burhanuddin Helmy


B)Namakan akhbar yang digunakan oleh Kaum Muda untuk menyebarkan idea dan perjuangan mereka

Al-Imam
Neracha
Idaran Zaman
Pengasuh


C)Apakah matlamat perjuangan Kaum Muda ?

Menjana ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia
Gesaan memajukan ekonomi, politik, sosial orang Melayu
Mengkritik raja dan pembesar yang tidak berperanan memajukan orang Melayu
Menuntut ilmu
Mempelajari tawarikh atau sejarah
Mengkritik penjajah


D)Mengapakah Gerakan Islah tidak dapat bergerak dengan berkesan di Negeri-Negeri Melayu ?

Gerakan ini hanya dapat bergerak dengan baik di negeri-negeri Selat sahaja
Undang-undang yang tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Sultan tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah oleh Kaum Muda
Tidak membenarkan risalah dan buku Kaum Muda dibawa masuk ke Negeri-Negeri Melayu
Mendapat tentangan daripada golongan Kaum Tua / alim ulama

E)Nyatakan aspek pendidikan yang diberi penekanan oleh Kaum Muda di Tanah Melayu

Sistem pendidikan Islam
Pendidikan untuk dunia
Pendidikan untuk akhirat
Pendidikan fardhu ain
Ilmu Hisab
Bahasa Inggeris
Pendidikan untuk pelajar perempuan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan