Ahad, 11 Julai 2010

CATATAN GC SEJARAH

BAHAN PNP SEJARAH SPM

2 ulasan:

  1. Tips Persediaan Sebelum Ujian atau Peperiksaan
    Berikut merupakan tips untuk anda sebelum Ujian atau Peperiksaan. Harap maklumat ini dapat membantu anda.
    • Guna buku teks sebagai rujukan utama Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
    • Beri perhatian kepada sudut maklumat di buku teks
    • Belajar teknik menjawab yang betul (esei) - Fakta, Huraian, Contoh
    • Perbanyak ulangkaji atau latihan topikal
    • Rujuk soalan tahun lepas ( 2004-2009)
    • Fokus kepada soalan KBKK setiap bab
    • Jawab soalan pemahaman dalam buku teks
    • Guna istilah-istilah sejarah dalam ayat lengkap bentuk esei
    • Tulis sebanyak kombinasi jawapan yang anda tahu untuk jawapan Bahagian A (struktur)
    • Lihat jumlah markah diakhir soalan
    • Jawapan esei tiada pengenalan dan penutup
    Masalah pelajar semasa menjawab soalan ujian atau peperiksaan (kertas 2) :
    • Tidak dapat menjawab soalan KBKK dengan logik dan munasabah
    • Keliru dengan konsep dan kehendak soalan
    • Menjawab soalan tanpa mengikut urutan dan pecahan soalan
    • Tidak menyatakan pendapat (soalan KBKK)
    • Tidak menguasai fakta-fakta penting soalan
    • Tidak menulis kata kunci/istilah sejarah ( huraian umum)
    • Jawapan pelajar kabur dan terpesong.

    BalasPadam
  2. BELAJAR SEJARAH
    Bilakah anda membuat ulangkaji? adakah seminggu lebih awal atau pada malam sebelum hari peperiksaan sejarah? adakah anda mempunyai nota ringkas berbentuk peta minda/rajah untuk ulangkaji? adakah anda ada mencuba menjawab soalan-soalan berkaitan bab yang hendak diuji?

    kejayaan anda dalam peperiksaan itu bergantung kepada persiapan sebelum & semasa hari peperiksaan.

    CARA MEMBACA SEJARAH
    CARANYA: 1. Kedua-dua kamu pilih topik dan membaca selama beberapa minit untuk mengingati fakta-fakta penting (bergantung kepada saiz topik itu).
    2. Rakan anda tutup buku/nota dan anda menyoalnya tentang topik itu sehingga dia dapat memberi sekurang-kurangnya 60 -80% kandungannya.
    3. Anda tutup buku/nota dan giliran rakan anda menyoal anda sehingga anda dapat memberi fakta-fakta yang telah dihafal.
    4. Jika masih kurang dapat mengingati semua fakta, ulangkan langkah-langkah tadi. Ingat, anda mesti serious dan berdisiplin diri.

    Dengan cara ini, anda dan rakan telah menghafal topik itu sebanyak 3 kali : semasa membaca sendiri, semasa menyoal rakan dan semasa disoal oleh rakan.
    Nampak, tak? Mungkin pada awalnya susah sedikit mengamalkan cara ini, tetapi selepas beberapa percubaan, anda pasti berjaya! Dulu semasa saya berada di sekolah menengah, cara tersebut amat berkesan pada diri saya dan rakan-rakan. Selamat mencuba!

    BalasPadam