Ahad, 18 Julai 2010

SET 2(5)


5.A)Nyatakan enam keistimewaan bandar Mahenjo-Daro dan Harappa.

Bandarnya terbahagi kepada bahagian utama dan bahagian kedua.
Bahagian utama ialah pusat pentadbiran.
Pusat pentadbiran menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam dan tempat menyimpan hasil pertanian.
Bahagian kedua menempatkan kawasan perumahan.
Bandar dikelilingi oleh tembok.
Bandar disusun berasaskan blok segi empat.
Setiap blok dipisahkan oleh rangkaian jalan raya.
Jalan raya berkeadaan lurus dan bersambung
Bandar dihubungkan dengan sungai.

B)Mengapakah masyarakat lembah Indus berjaya membina bandar terancang ?
Memiliki kepakaran dari segi susun atur dan pengisian bandar.
Pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian dan matematik.
Kemajuan dalam ilmu geometri dan pembinaan.
Pertembungan tamadun ini dengan tamadun lain
Pertukaran teknologi dengan tamadun lain.
Peningkatan mutu bahan binaan.
Penghasilan batu bata melalui pembakaran dengan suhu tinggi.
Penyesuaian pengaruh luar dengan keadaan tempatan.

C)Terangkan sumbangan tamadun Indus kepada perkembangan tamadun manusia

Keupayaan masyarakatnya mengeksploitasi kelebihan yang ada untuk membina tamadun
Mereka mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan harian mereka.

Perancangan bandarnya
Mereka berjaya mewujudkan bandar Mahenjo-Daro dan Harappa.
Kejayaan membina bandar adalah gabungan kepakaran dalam pelbagai segi.
Contohnya kepakaran dari segi susun atur dan pengisiannya, kepakaran dalam ilmu geometri, kesenian dan matematik,

Memberikan sumbangan dalam meningkatkan mutu bahan binaan.
Menghasilkan batu-bata menggunakan suhu yang tinggi.

Masyarakat Indus bersifat terbuka dalam membuat hubungan dengan tamadun lain.
Mereka bertukar pandangan dengan tamadun Mesir dan tamadun Mesopotamia.
Segala pengaruh luar disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.

Mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan adalah faktor untuk mencapai kemajuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan