2. A)Nyatakan dua tokoh yang mengemukakan teori tersebut.
John Crawford
Syaed Naquib al-Attas
Emanuel Gadinho Eredia
S.Q. Fatimi
Snouck Hurgronje
B)Senaraikan bukti teori kedatangan Islam ke Asia Tengara dari Sem Tanah Arab
Dikemukakan oleh John Crawford
Disokong oleh prof Syed Mohamad Naquib al-Atas
Islam berkembang menerusi aktiviti para pedagang
Bukti catatan Cina Bahawa oarang Arab / Parsi telah mempunyai pusat peraniagaan/petempatan di Canton / Amoy sejak tahun 300 Masehi
Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah , Mesir ke Cina sejak awal lagi sehingga munculnya Islam di Mekah pada abad ke-7
Asia Tenggara sebagai pelabuhan persinggahan pedagang Arab ke negara China
Pedagang Arab membina perkampungan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara.
Persamaan bahan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan sastera Semenanjung Tanah Arab
Orang Arab berkahwin dengan wanita tempatan.
Perkataan Arab yang terdapat dalam tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab
Adat resam dan kebudayaan orang Melayu dipengaruhi budaya Arab
Pengislaman raja di asia Tenggara dilakukan oleh Syeik dari Arab
Penulisan kitab agama menggunakan gaya penulisan Arab
C)Berikan dua cara bagaimana pedagang Islam menyebarkan Islam di Asia Tenggara.
Pedagang mempunyai sikap dan tingkah laku yang murni yang menjadi ikutan masyarakat tempatan
Menjadikan perkampungan / pelabuhan persinggahan sebagai menjadi pusat perbincangan agama Islam di kalangan pedagang
Pedagangan menjalankan dakwah
Pedagang membawa bersama ulama untuk menyebarkan Islam
Mempunyai sifat mahmudah / berhemah / lemah lembut menarik lebih ramai penduduk tempatan
Hubungan baik pedagang dengan pemerintah tempatan yang memberi keistimewaan untuk berdakwah.
Pedagang Islam dianugerahkan jawatan syahbandar di beberapa pelabuhan di Asia Tenggara Mana-mana 2 x 1 m
Nyatakan pengaruh Islam dalam sistem ekonomi masyarakat di Asia Tenggara.
Baitulmal diperkenalkan sebagai institusi ekonomi di Acheh sebagai perbendaharaan Negara harta/fitrah/hasil diperoleh daripada zakat dan sedekah
mencari rezeki yang halal
melarang perbuatan mengemis
rajin bekerja
amalkan unsur-unsur halal semasa berurus niaga / riba tidak dibenarkan
sumber rezeki yang besar datang daripada perdagangan
mata wang bercetak tulisan gelaran Islam bagi Sultan negeri berkenaan seperti Khalifatul Muslimin
membayar zakat harta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan