Selasa, 31 Julai 2012

SURAH-SURAH YANG PATUT DIBACA SETIAP MALAM.

Rabu, 1 Ogos 2012


Surah-surah yang patut dibaca dan dijadikan sebagai wirid setiap malam. Wirid daripada surah-surah dalam al-quran telah diamalkan oleh para ulama dan diulang-ulang setiap hari atau malam. Surah-surah yang dimaksudkan itu ialah Yaasin, Al-Waqiah dan Al-Mulk. Antara hadis-hadis Rasulullah SAW untuk menguatkan perkara ini ialah:

1. Surah Yaasin.

Maksudnya:

"Daripada Ma'qal Ibn Yaasar R.A bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Jantung Al-Quran adalah Yaasin, sesiapa yang membacanya dan mengharapkan keredhaan Allah dan hari akhirat pasti dia diampuni oleh Allah. Bacalah Yaasin itu kepada yang mati antara kamu" (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, An-Nasai dan lain-lain)

2. Surah Al-Waqiah.

Maksudnya:

"Barangsiapa membaca surah Al-waqiah pada setiap malam, tiadalah akan menimpa kepadanya kefakiran atau kepapaan."

3. Surah Al-Mulk.

Maksudnya:

"Daripada Abdullah Ibn: Sesiapa yang membaca setiap malam hari, Allah akan menghindarkannya dari azab kubur (dan pada masa Rasulullah SAW) kami namakan surah Al-Maniah (Pencegah). Sesungguhnya itu terdapat pada Kitabullah yang merupakan satu surah. Sesiapa yang membacanya pada malam hari, pahala dan kebaikan pasti diperolehnya berlipat ganda." (Diriwayatkan oleh An-Nasai, demikian juga Al-Hakim meriwayatkan yang serupa serta mensahihkannya).

DOWNLOAD MP3 SURAH YAASIN, SURAH AL-WAQIAH DAN SURAH AL-MULK KE LAPTOP/TELEFON ANDA.

Surah Yaasin - DOWNLOAD  
Surah AlWaqiah - DOWNLOAD  
Surah Al-Mulk - DOWNLOAD  
Sumber mengejar cahaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan