Rabu, 27 Jun 2012

Binladin dengan Menara Jam Gergasi Di Sisi Kaabah


Rabu 27 Jun,2012

Binaan bangunan besar, mewah dan moden bersebelahan Masjidil Haram menjadi buah mulut Umat Islam, dan dipersoalkan sejauh manakah keperluannya? Untuk siapa?


  Sebahagian dari Umat Muhammad saw menyatakan: "Menara Jam Tertinggi di Mekah Petanda Kiamat" Sejauh mana benar berita ini sama-samalah kita renungkan.
Perbandingan
Tujuh buah menara yang rata-rata besar dan tinggi, namun menara utamanya yang menempatkani jam gergasi di puncaknya itulah yang menarik perhatian. Menara ini mempunyai 76 tingkat dan 1005 buah bilik hotel 7 bintang,
5 kali lebih besar dari Big Ben di London
Sebuah menara jam tertinggi telah siap dibina di Mekah. Nama lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Ianya terletak bersebelahan Masjidil Haram di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah yang telah diruntuhkan.

Makkah Moden

Sebagai seorang Muslim adakah anda turut merasa hebat, gembira, kagum dan bangga bila diberitahu mengenainya? Di satu sudud, ia memberi gambaran positif bahawa negara Islam telah maju dan telah mampu membina bangunan pencakar langit yang hebat dan mewah. Orang Islam mampu membina bangunan yang luar biasa besar melibatkan 16 juta kaki persegi dan berketinggian 577 meter menjadi yang kedua tertinggi di dunia pada masa ini. Setanding dengan negara yang dikatakan termaju di benua Eropah dan Amerika. Dubai yang telah membina Burj al Khalifa kini di rekodkan sebagai bangunan tertinggi juga sebuah negara Islam.
Menara jam dan perbandingan dengan bangunan sekitarnya
Adakah kerajaan Saudi sedang mempromosi Bandar (Bandaraya?) Suci Makkatul Mukarramah dan Masjidil Haram kepada para penduduk di USA dan Eropah? Memang diketahui umum masyarakat dunia terutamanya di rantau Eropah juga Amerika Utara tentunya USA amat tertarik dengan bangunan tinggi dan mewah lebih-lebih lagi yang berukuran gigantik umpama bangunan di Makkah ini. Secara kasar ia kelihatan sedemikian. Cubaan untuk berdakwah kepada masyarakat dunia moden.
Sesuatu hal yang cukup menakjubkan bagi mereka yang memihak kepada perlumbaan ini. Dunia keseluruhannya amat berminat mengetahui perkara ganjil dan gah dan menjadi kebiasaan bagi masyarakat moden Barat. Secara tidak langsung binaan ini menarik perhatian masyarakat dunia ketika USA, NATO dan Israel sedang melakukan kempen memburuk-burukkan Islam serta membelasah rakyat Pelestin, Afghanistan dan Libya.
Antara yang menarik mengenai kompleks menara jam gigantik ini ialah keseluruhan ruang legarnya amat besar, berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi).  16.1 juta kaki persegi itu sememangnya cukup luas. Ketinggiannya pula melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang mana sebelum ini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia..
Bagaimanakah keadaan hotel bertaraf 7 bintang ini? Berapa pula kadar harga penginapan untuk satu hari? Mungkin ada diantara pembaca yang pernah menginap di hotel bertaraf ini.
Kadar Termurah RM633 
Moevenpick Hotel & Residence Hajar Tower Makkah, Mecca,
mewah
Raffles Makkah Palace, Mecca,
untuk siapa?
Dari segi ketinggiannya, menara jam ini akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian keseluruhan 601 meter, mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).
Jam yang berada pada setiap sisi menara adalah berukuran 43×43 meter menjadikannya sebagai sebuah jam yang paling besar di dunia. Muka jam yang berdiameter 5 kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu.
Jam ini mengguna pakai waktu standard Arab Saudi, tiga jam ke hadapan daripada Waktu Rasmi Dunia (Universal Time Standard). Terdapat ura-ura mengatakan menara jam tersebut bakal menggantikan Universal Time Standard yang sudah berusia melebihi 126 tahun yang lebih dikenali sebagai Greenwich Mean Time (GMT). Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridian dunia kerana kedudukan Mekah di tengah-tengah dunia.

Terletak bersebelahan Masjidil Haram

Spesifikasi bangunan menara jam
Kompleks hotel tertinggi di dunia. Menara Jam tertinggi di dunia. Permukaan Jam terbesar di dunia. Keluasan lantai terbesar di dunia. Bangunan kedua tertinggi di dunia.
Dengan terbinanya menara itu, akan mengukuhkan lagi petanda bahawa Hari Kiamat semakin dekat. Ini berdasarkan hadis di bawah :

Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala kambing berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim" (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Ya Allah.. Tetapkanlah iman kami supaya tidak terpesong dengan permainan duniawi ini. PerkenankanlahYa Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan