Salam motivasi bagi Anda yang turun bekerja di hari Sabtu atau pada hari Ahad lepas.

Hari cuti camni, tak ramai orang suka bekerja, melainkan yang jadualnya memang menetapkan dia kena turun bekerja. Bagi Anda yang bekerja sendiri dan Anda bekerja setiap hari, syabas diucapkan. Anda ada motivasi tersendiri. Kita sepatutnya kena kagum ngan orang-orang camni.

Kerja ni sebenarnya perbuatan yang tak berat. Kita jadi berat nak membuatnya, malas membuatnya sebab kita tak ada dorongan nak membuatnya. Kenapa tak ada dorongan? Sebab kita tak ada keseronokan ketika dalam proses menyiapkan kerja.

Antara kerja yang kita terdesak nak membuatnya dengan kerja yang kita memang syok membuatnya, kedua-duanya memberikan hasil berbeza. Kerja yang kita buat dalam situasi terdesak, mendesak, didesak biasanya berkualiti sekali saja, mungkin dua tiga kali saja. Kerja yang kita buat sebab kita memang syok buat kerja tu, hasilnya berkualiti sepanjang masa. Berkali-kali.

Maka gitulah…bila kita bekerja niatkan dalam hati kita mahu dahulukan keseronokan bekerja. Duit, upah dan kualiti akan mengikut dengan sendirinya selepas tu. Paling kurang pun, pastikan kerja kita berkualiti. Lama-kelamaan keseronokan bekerja tu akan timbul sendiri.

sumber : imotivasi