Jumaat, 26 April 2013

Kajian tunjuk populariti Anwar lebihi Najib

KUALA LUMPUR: Populariti Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini mengatasi Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak, jika ditinjau dari sudut siapa yang lebih layak menjadi perdana menteri akan datang, menurut hasil kajian terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).
Kajian yang membabitkan 1,407 responden itu dijalankan pada hari pembubaran Dewan Rakyat hingga 20 April lalu - iaitu pada hari penamaan calon, lapor versi dalam talian akhbar Sinar Harian, semalam.
"Peratusan keseluruhan siapa yang layak menjadi perdana menteri menunjukkan Anwar (dapat) 43 peratus, manakala Najib 39 peratus," kata Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.
Tinjauan Umcedel yang dikeluarkan semalam itu juga berkata pengundi Cina Malaysia hampir sudah memutuskan parti mana yang mereka sokong bagi Pilihan Raya Umum tahun ini, manakala pengundi Melayu masih berada "di atas pagar", menurut portal berita The Malaysian Insider (TMI).
Selanjutnya, tinjauan itu mendapati lebih 60 peratus pengundi condong menyokong manifesto Pakatan Rakyat (PR) berbanding hanya 50 peratus yang menyokong 'Akujanji' BN.
"Ia menunjukkan adanya penerimaan umum terhadap manifesto PR berbanding manisfesto BN," jelas Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan dalam satu sidang akhbar.
sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan