Jumaat, 26 April 2013

Anak Nik Aziz sandarkan pada kemarahan pengundi Pasir Mas lawan Ibrahim


April 26, 2013
Nik Abduh berkata kebanyakannya pengundi begitu bersemangat untuk rampas balik parlimen Pasir Mas untuk PAS. — Gambar oleh Zurairi ARPASIR MAS, 26 April — Nik Abduh Nik Aziz berharap pengundi Pasir Mas masih lagi mengingati Presiden Perkasa yang berubah parti pada pilihan raya lalu dan membiarkan kemarahan mereka menentukan pilihan pada kali ini.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS itu turut berharap mesej itu akan membantunya mengetengahkan dirinya selain daripada dikenali sebagai anak kepada Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang lebih dikenali sebagai “Tok Guru”.
“Saya rasa Pasir Mas dia punya mood pengundi berbeza berbanding kawasan parlimen lain di Kelantan.
“Kebanyakannya, pengundi PAS terutamanaya, begitu bersemangat untuk rampas balik parlimen Pasir Mas,” kata Nik Abduh ketika sesi bertemu penduduk di sini semalam.
Bertemu dengan The Malaysian Insider di sebuah gerai makan Cina, Nik Abduk menjelaskan Pasir Mas yang dipegang PAS sejak 1999, amat terkejut apabila Ibrahim mengumumkan dirinya sebagai ahli Parlimen bebas yang rapat kepada Barisan Nasional (BN) selepas menang pada 2008. Ibrahim bertanding atas lambang PAS, namun meninggalkan parti itu.
Ibrahin yang merupakan pemimpin kumpulan pendesak Melayu dan digelar “katak” kerana melompat parti menyertai BN kali ini sebagai calon bebas selepas calon BN Che Johan Che Pa gagal menyerahkan watikah pencalonan ketika hari penamaan calon.
Yang paling penting sekarang ialah kita nak memastikan kehendak orang Pasir Mas sekarang kepada kepimpinan yang benar, amanah ... Ahli parlimen sekarang ahli parlimen yang khianat,” katanya.
“Nik Abduh ni, dia memang Mat Masjid, jadi susah sikit nak gaul dengan hok Mat Lepak, Mat Rempit ... Memang sebiji lah macam carbon copy Tok Guru,” kata jentera parti yang dikenali sebagai Izzat, merujuk kepada penampilan Nik Abduk yang senyap dan pendiam berbanding Ibrahim yang lantang bersuara.
Bagaimanapun pemimpin PAS itu menjadikan dirinya mempunyai kelebihan dengan ilmu agama yang tinggi, satu perkara yang menjadikan kelebihan kepadanya. Tiga kerusi negeri di bawah Pasir Mas — Tendong, Pengkalan Pasir dan Chetok — kesemuanya dimenangi PAS dalam pilihan raya sebelum ini.
“Kalau tak menang tahun ni, 10 tahun lagi akan menang ... Islam akan naik ... Hok gilo hok celako je sokong Umno,” kata Che Nawi Che Musa, 61, usahawan yang turut mengimbas kembali kenangannya bersama Tok Guru apabila didekati Nik Abduh di kedai gunting rambutnya.
“Ibrahim menang dulu pun sebab dia PAS ... La ni dia tak tau lagi, lawan anak Tok Guru,” kata penarik beca Leman Daud, 78, sambil menyedut asap rokok daunnya.
Bagi menentang Nik Abduh, Ibrahim menggunakan mentornya, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan menawarkan peningkatan infrastruktur yang katanya diabaikan di bawah kepimpinan PAS.
Beliau bercakap mengenai pembangunan setempat dengan industri pelancongan di Pasir Mas dengan mengambil contoh muzium seperti Madame Tussauds di pekan berkenaan. Madame Tussauds adalah tarikan utama pelancong di London yang memaparkan patung lilin selebriti terkenal.
Sambil memakai semula cermin matanya untuk beredar, Nik Abduh bergurau itu akan memberikan kelebihan kepada PAS dan BN jika beliau menang menentang Ibrahim.
“Ni kalau Tok Him menang, Umno sampai bil-bila2 tak dapat tanding Pasir Mas.
Patut kuburkan Tok Him dulu, lepas tu tanding betul-betul,” katanya menyebut nama panggilan Ibrahim.
Nik Abduh mengetuai 18 muka baru dicalonkan Pakatan Rakyat (PR) di kawsan Melayu di Kelantan.
Beliau akan menentang Ibrahim bagi memenangi 72,122 pengundi berdaftar di Pasir Mas, 96 peratus Melayu. Ibrahim menang dengan majoriti 8,991 pada  2008, namun tewas kepada Ismail Noh pada 2004 apabila beliau bertanding sebagai calon bebas.
malaysiainsider

Tiada ulasan:

Catat Ulasan