Sabtu, 28 Julai 2012

Amalan Alternatif Untuk Muslimah Haid/Nifas Pada Bulan Ramadhan
Sabtu 28 Julai,2012

"Ada sebahagian muslimah apabila dia mengalami haid / nifas, dia fikir bahawa tiada ibadah yang boleh dilakukan olehnya.  Pada bulan Ramadhan ini, selain tidak melakukan ibadah solat, dia juga tidak berpuasa.  

Amat rugilah jika dia hanya isikan masanya dengan tidur, lepak, tonton TV, berinternet dan seumpamanya.  Maka terlepaslah banyak faedah yang tersedia dalam bulan Ramadhan jika dia biarkan masanya tidak terisi dengan ibadah.  Apakah bentuk ibadah yang boleh dilakukan oleh muslimah-muslimah yang mengalami haid / nifas pada bulan Ramadhan? 

Berikut disenaraikan secara ringkas dari link ini antara amalan-amalan sunat yang wajar dilakukan sepanjang Ramadhan oleh muslimah supaya mereka tidak terlepas ganjaran berganda pada bulan Ramadhan:
 
Poster Amalan Alternatif Buat Muslimah Yang Haid / Nifas (klik)  

  • Membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran tanpa memegang mushaf al-Quran.
  • Mentadabbur ayat-ayat al-Quran iaitu melihat makna/terjemahan lalu menghayati maksud ayat-ayat al-Quran.
  • Dzikrullah iaitu mengingati ALLAH samada melalui lidah, hati atau perbuatan.  Banyak kalimah-kalimah dzikir yang boleh diucap dan diamati berulang-ulang kali seperti:
    • “SubhanAllah” (Maha Suci ALLAH)
    • “Alhamdulillah” (Segala Puji Bagi ALLAH)
    • “Allahu Akbar” (ALLAH Maha Besar)
    • “La Ilaha illa ALLAH” (Tiada Tuhan selain ALLAH)
    • “SubhanAllahi wabihamdih, SubhanAllahil`Azim” (Maha suci ALLAH dengan segala pujian kepadaNYA, Maha suci ALLAH Yang Maha Agung)
    • “La hawla wa la quwwata illa biLLAH” (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan ALLAH)
    • Dan lain-lain lagi.
  • Memohon ampun kepada ALLAH iaitu beristighfar.  Ucaplah“Astaghfirullah” (aku memohon keampunan ALLAH) berulang-ulang kali.  Memohon keampunan daripada ALLAH adalah ibadah yang utama dan penting untuk dilakukan seseorang mukmin.
  • Berdoa memohon apa yang dihajatkan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.  Berdoa juga adalah ibadah.
  • Bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.
  • Muhasabah diri.
  • Membaca buku-buku agama yang darinya boleh menimbulkan keinsafan dan peningkatan Iman serta makin dekat dengan ALLAH.
  • Melakukan amalan-amalan sampingan lain seperti menyediakan juadah untuk bersahur dan mengejut anak-anak atau teman-teman untuk bangun sahur juga boleh dikategorikan sebagai amalan-amalan yang soleh yang bakal mendapat ganjaran ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.
  • Menghadiri majlis-majlis ilmu.
  • Menjauhi perbuatan-perbuatan syubhah dan haram terutama yang melibatkan lidah.
  • Memberi nasihat, amar ma`ruf nahi mungkar.
  • Menulis di emel, blog, laman sosial dan lain-lain bentuk penulisan yang mengajak manusia kembali beragama.
  • Menyediakan juadah berbuka puasa untuk ahli keluarga dan taulan yang berpuasa.  InsyaALLAH, seseorang yang ikhlas memberikan makanan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka akan turut memperolehi pahala berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa itu.
  • Berinfaq.
  • Membantu orang yang kesusahan.
  • Menyebarluaskan salam.
  • Dan banyak lagi tidak terkira.
Semoga muslimah-muslimah kita diberkati ALLAH, amin...
Sumber:tranungkite

Tiada ulasan:

Catat Ulasan