Pasca Pilihanraya Presiden Mesir : Antara Mesir dan Turki
Rabu 27 jun,2012
"Kemenangan Mohammad Morsi dalam pilihanraya Presiden Mesir adalah satu kemenangan kepada semua Gerakan Islam di seluruh dunia. Ini adalah kerana boleh dikatakan semua Gerakan Islam mengambil model dan acuan Ikhwanul Muslimin sebagai ikon dan ikutan.
Berbanding dengan kemenangan AKP pimpinan Recep Erdagon di Turki tentunya ada perbezaan yang besar lagi ketara.
Kemenangan AKP di Turki dalam suasana yang amat berbeza berbanding Mesir. AKP menang dalam situasi Tentera yang fanatik dengan "ugama Sekular Artatuk" dan rakyat Turki berada di bawah pengaruh tegar sekular selama 70 tahun setelah jatuhnya Empayar Uthmaniyyah.
Di Turki, Tentera adalah pelindung "agama sekular ciptaan Artatuk".
Erdagon pernah dipenjarakan gara-gara sekadar baca puisi yang didakwa menghina "agana sekular" ketika menjadi Datuk Bandar Istanbul.
Tentunya Erdagon serta rakannya melakarkan corak pemerintahan AKP di Turki dalam keadaan "amat berhati-hati" agar tidak mendatangkan kemurkaan Tentera. Misalnya dalam soal hubungan dengan Israel. Tentera Turki amat rakan dan akrab dengan Israel sebelum tragedi serangan komando Israel keatas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Setelah menang, AKP tidak memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel walaupun di hati AKP begitu membenci terhadap Israel. Ini adalah kerana faktor Tentera. Jadinya, Erdagon menzahirkan kebencian terhadap Israel dengan mengecam secara terbuka dalam forum yang turut dihadiri oleh PM Israel Shimon Peres ketika itu.
Begitu juga Erdagon begitu berani ingin mengheret Regim Zionis itu ke Mahkamah Dunia atas pembunuhan 9 rakyat Turki atas kapal Mavi Marmara..
Kemenangan AKP di Turki melalui pilihanraya yang normal tanpa didahului oleh demostrasi di mana-mana dataran Turki dan tiada pimpinan Turki yang di jatuhkan. Erdagon memimpin Turki dalam keadaan umpama "menarik benang dalam tepung" atau berhati-hati berjalan diatas hamparan yang penuh duri" dek dengan kekuasaan Tentera yang terkenal dengan rampasan kuasa.
Berbeza dengan Mesir. Sejarah Gerakan Islam di Mesir begitu panjang dan unik. Bermula dengan penubuhan Ikhwanul Muslimin oleh As Syahid Hasan Al Banna hinggalah kini, tentunya penuh dengan tribulasi dan ujian umpama kisah Nabi Yusuf.
Boleh dikatakan semua pimpinan Ikhwan pernah menjadi warga penjara.
Pembunuhan ,penculikan, penyiksaan dan hukuman gantung adalah "warna warni kehidupan" yang dilalui oleh semua pimpinan dan ahli Ikhwan selama 80 tahun bermula dengan pembunuhan As Syahid Hasan Al Banna tahun 1948.
Bagaimana sejarah dan hubungan Ikhwan dengan Tentera? Berbanding dengan Turki, pengaruh tentera ke atas politik Mesir tidaklah terlalu ketat.
Tentera Mesir pernah bersama sukarelawan Ikhwan bersama-sama memikul senjata berperang dengan Israel. Bahkan Presiden Sadat diberitakan pernah mendapat asuhan dari Ikhwan sebelum menjadi Presiden.
Dan beliau dibunuh oleh anggota tentera atas perbuatannya berdamai dengan Israel dalam Pendamaian Kem David tahun 1978.
Cuba lihat bagaimana reaksi Tentera Mesir menghadapi demostrasi di Dataran Tahrir. Tiada tindakan ganas bahkan menjadi sahabat rakyat. Barangkali inilah yang telah difikirkan oleh pimpinan tertinggi Tentera Mesir. Pimpinan tertinggi tentera tahu akibatnya jika mereka bertindak ganas terhadap rakyat. Kesannya, tentera akan berpecah dua dan Mesir bakal menjadi Algeria Kedua ataupun Syria.
Pengaruh Ikhwan keatas anggota tentera tidak boleh dinafikan.Inilah yang disedari oleh pimpinan tertinggi Tentera Mesir.
Sejarah membuktikan jika tentera bersama pemerintah bertindak ganas terhadap rakyat sendiri maka risikonya peperangan saudara seperti Algeria,Syria dan Libya.
Pengaruh Ikhwan dan Al Azhar kepada politik Mesir banyak membantu proses peralihan kuasa berjalan secara aman.
Bagaimana dasar luar Mesir terhadap hubungan dengan Israel dan Perjanjian Kem David ? Inilah yang sedang ditunggu-tunggu oleh Gerakan Islam Sedunia. Amerika dan Israel melihat dengan penuh berhati-hati.
Adakah Morsi akan meneruskan atas alasan seperti Perjanjian Hudaibiyyah? Atau mengenakan terma yang baru keatas Israel?Ini memerlukan pemerhatian kesan jangka pendek dan panjang tanpa menafikan pengaruh Tentera sekutu kuat Amerika.
Apapun, sama-sama kita doakan segalanya berjalan lancar dan Ikhwan membuktikan hasil kesabaran mereka mendidik umat Mesir khasnya dan dunianya akhirnya menghasilkan kemenangan dari Allah Taala.
Kemenangan Ikhwan terhasil setelah ramai rakyat Mesir "terbina Negara Islam" didalam jiwa mereka!
Sumber: Pasca Pilihanraya Presiden Mesir: Antara Mesir dan Turki

Tiada ulasan:
Catat Ulasan