Selasa, 12 Jun 2012

FEQH SOLAT : Solat Atas Kenderaan Ketika Musafir
Blog Ibn75.wordpress.com

TIDAK sah solat fardhu yang ditunaikan dalam keadaan tidak mengadap kiblat. Begitulah halnya ketika menunaikan solat sunat.

Oleh yang demikian, bagaimana pula menunaikan solat atas kenderaan ketika musafir yang sememangnya tidak mengadap ke kiblat?


Jawapan :

1) Jika solat yang ditunaikan itu ialah solat sunat, maka ia adalah harus kerana bersandarkan perbuatan Rasulullah saw sendiri – lihat hadis riwayat Amir bin Rabi’ah.

2) Imam Syafie menyatakan keharusan tersebut diberikan bagi musafir yang tidak dengan tujuan maksiat.

3) Adapun bagi menunaikan solat yang fardu, fuqaha’ telah meletakkan syarat atas keharusannya. Ia adalah seperti berikut,
a- Ketika berperang dengan musuh sama ada kafir atau sebagainya. Walaubagaimanapun jika dia mampu turun dari kenderaannya dan menunaikan solat dalam keadaan mengadap kiblat maka wajib dia berbuat demikian.
b- Keadaan takut sama ada kepada binatang, musuh, pencuri, perompak atau sebagainya.
c- Menunggang kenderaan yang tidak boleh diberhentikan seperti atas sampan, kapal, kapal terbang dan sebagainya.
d- Orang sakit yang tidak boleh turun dari kenderaannya.

4) Jika kenderaan berhenti ketika solat sedang ditunaikan, tidak selesai solat lagi maka pada masa itu wajib kepada musalli mengadap kiblat. Jika tidak batal solatnya.

5) sekiranya musalli menunaikan solat di sesuatu tempat yang luas maka wajib kepadanya mengadap koiblat pada segala solatnya. Sekiranya dengan berbuat demikian mengakibatkan kepayahan untuk menunaikan solat maka sah solatnya dalam keadaan arah mana dia hadap.

MASALAH

1) Sekiranya seseorang musalli yang berijtihad telah tersalah pada kiblatnya maka jangan dibatalkan solatnya. Akan tetapi hendaklah dia berpaling terus kepada arah kiblat yang diyakini tersebut.

2) Adapun jika nyata kepadanya akan kesilapan kiblat solatnya setelah dia sudah memberi salam, maka tidak wajib dia mengqadakkan solat tersebut.

3) Imam Hambali menyatakan pula, barangsiapa yang telah tersalah kiblatnya di depan kaabah lalu nyata akan kesilapan tersebut setelah selesai menunaikan solat. Maka wajib dia mengqadakkan akan solat tersebut. Ini kerana solat di depan kaabah tidak dikira sebagai sesuatu yang dizankan. Akan tetapi ia adalah suatu yang diyakini.

4) Berkata Imam Nawawi : Barangsiapa yang solat tanpa zan atau yakin akan mengadap kiblat iaitu dia mengadap kiblat kerana taqlid (ikut orang) maka solatnya tidak sah walaupun solatnya mengadap kiblat.
Sumber:selatanonline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan