Bagaimana Mengikuti EURO 2012 Pada Era Digital?
Sejak awal pagi ini, para peminat bola semestinya akan mula hangat membincangkan mengenai EURO 2012, dan salah satu soalan hangat semestinya bagaimana mengikuti perkembangannya, mahupun menontonnya dengan mudah terus melalui internet, pada peranti mudah-alih anda.
Menonton Melalui Astro On-The-Go
Seperti semua sedia maklum, salah satu aplikasi terbaru yang dilancarkan oleh Astro adalah Astro On-The-Go. Melaluinya, anda boleh mengikuti perkembangan semasa, malah mengikuti siaran langsung perlawanan EURO 2012 pada peranti mudah-alih seperti iPhone mahupun iPad. Malah melalui versi web yang disediakan, anda terus boleh menontonnya pada komputer anda dengan mudah.
Gambar oleh @techsupremo
Mengikuti Melalui Aplikasi iPhone Dan Android
Bersempena dengan EURO 2012, UEFA sendiri telah mengeluarkan aplikasi rasmi mereka untuk EURO, membolehkan anda mengikuti pelbagai perkembangan dengan mudah melaluinya.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turunnya dengan percuma melalui Google Play Store, dan mengikuti pelbagai perkembangan terus melalui peranti mudah-alih anda. Sekiranya anda menetapkan AppStore anda untuk pasaran UK, anda turut boleh memuat-turunnya untuk iOS.
Saluran Lain
Beberapa saluran lain turut menyediakan kemaskini semasa, dan semestinya salah satu yang popular adalah LiveScore.
Bagi para pengguna tempatan yang inginkan jadualnya dalam waktu tempatan, hanya perlu menggunakan khidmat Google, dimana carian EURO 2012 akan memaparkan waktu permainan perlawanan berikutnya dalam waktu Malaysia.
Sekiranya anda mempunyai sebarang saluran lain yang menarik, jangan lupa kongsikannya bersama kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan