Rahsia Di Sebalik Mandi Wajib
Khamis Mac 1, 2012
Setiap orang Islam yang dalam keadaan hadas besar wajib untuk melakukan mandi wajib atau mandi junub ini. Apakah hikmah dan rahsia mandi wajib ini?
Mandi wajib adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan. Hukum mandi wajib ataupun mandi junub adalah wajib ke atas orang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.
Hikmah Di Sebalik Mandi Wajib
Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.
Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh. Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.
Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri. Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan, ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.
Tayammum Pengganti Mandi Wajib
Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’ ( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu. Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. – Oleh: Dr Jamnul Azhar Hj Mulkan
Mandi Wajib Mengikut Sunnah Rasulullah SAW
Segala amal ibadah yang hendak dilakukan sebaik-baiknya perlu mengikut jejak langkah Rasulullah SAW.
Al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah r.ha. meriwayatkan sebuah hadis mengenai cara Rasulullah SAW mandi dengan katanya yang bermaksud: “Apabila Nabi SAW mandi janabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya.” (Hadis riwayat Muslim)
Menurut riwayat Muslim, “Kemudian Baginda mencurahkan air dengan tangan kanannya keatas tangan kirinya, lalu membasuh kemaluannya.”
Munurut hadis di sisi al-Bukhari yang diriwayatkan dripada Maimunah r.ha. “Rasulullah SAW apabila mandi jenabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya. Kemudian Baginda menuang dengan tangan kanannya daripada tangan kirinya, lalu Baginda membasuh kemaluannya. Kemudian Baginda berwuduk sebagaimana wuduk sembahyang. Kemudian Baginda memasukkan jari-jarinya ke dalam air lalu menyelati dengannya pangkal-pangkal rambutnya. Kemudian Baginda mencurahkan air di atas kepala sebanyak tiga cebok tangannya ke seluruh badannya. Kemudian Baginda mencuci kedua-dua kakinya“ (Riwayat Muslim). Wallahualam.
-sumber dari hasnulhadiahmad.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan